Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Set family wellness. Show all posts
Showing posts with label Set family wellness. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Ibu, Sayangi Diri Anda

Assalamualaikum
 
Monday morning. Malam minggu bertungkus lumus lipat baju (atau tak), weekend kemas rumah, sapu sampah kemas mainan anak2, basuh baju, jemur baju, kutip baju. Alamak hujan pulak, bertimbun lagi baju. Basuh pinggan, kemas dapur, masak, kemas meja makan etc. Letih kan?
 
Weekdays kerja, balik kerja fikir makan. Datang lewat balik lewat terkecoh2 nak fikir dinner dan kemas dapur siap baju esok. Gosok baju. Tak dapat datang awal sebab hantar anak ke nursery. Dan the cycle goes. Kan?
 
Belum masuk layan anak2, layan suami, anak2 nak minta suap makan. Minta bacakan buku. Main sama2, diri sendiri nak mandi, nak solat beribadat. Semua cram dalam tak berapa jam selepas maghrib sehingga tidur. Dengar pon penat kan?
 
Ibu2 biasa jadi heroin dalam rumah tangga. Sangka kita lelaki itu gagah dan kuat. Hakikatnya, jangan bohong, ibu2 yang biasanya menjadi tulang belakang sesebuah keluarga. Jika suami demam, suami akan terlantar di katil dan berehat. Jika isteri demam, biasanya isteri akan tetap menjalankan tugas harian sebagai ibu seperti biasa. Betul kan? Kan home is where mom is. Dan ibu2 biasanya gembira jika semua di atas Berjaya di accomplished. Apatah lagi jika kerjaya turut cemerlang.
 
Tapi jangan bohong badan kita. Badan kita juga punya hak. Ibu2 biasanya mengabaikan badan sendiri demi keluarga. Jika lapar, diberi anak dan suami makan dahulu. Nanti jika ada lebih, baru dimakan. Lepas makan suami dan anak2 berehat dan bermain. Ibu di dapur kemas dapur. Selesai mengemas baru semua akan siap2 nak tidur. Semua tunggu ibu.
 
Berapa lama badan boleh tahan? Terkadang gizi yang diambil ibu tidak seimbang kerana makan ikut dan. Mandi malam2 tunggu anak2 tidur. Tidur tak sempurna dek anak bangun malam mahupun stay up lipat kain.
 
Perkara biasa kan? Jangan zalimi badan kita. Sayangi diri anda wahai ibu2. Pastikan ada waktu diberikan pada diri sendiri. Ada makanan yang berkhasiat masuk ke perut kita. Ambil supplement untuk menampung kekurangan2 dalam gizi pemakanan dan makanan harian. Pastikan anda mendapat balanced diet. Ambil supplement untuk mendapat extra tenaga yang diperlukan.
 
Yeah, bukanlah bermakna yang mengambil maid untuk membantu kerja2 rumah harian itu lemah. Dan bukan juga bermakna yang mengambil supplement untuk memberi tenaga lebih dan kecergasan dan kesihatan badan itu lembik. Itu semua bermakna ibu2 masih sayang diri sendiri dan juga keluarga.
 
Badan yang sihat bakal melahirkan emosi yang tenang dan stabil. Itu yang penting dalam menangani kehidupan harian yang mencabar dan juga menangani stress.
 
Emosi yang tidak terkawal dan ekstrem akibat badan yang lapar dan letih bakal menghasilkan impak negative. Otak juga akan lebih tertekan dan lesu akibatnya tidak mampu berfikir dengan baik dan rasional.
 
Boring. Tapi itulah hakikat hidup. Orang kata, hidup mesti positif. Macamana nak positif kalau badan pon letih dan tidak dapat berfikir dengan baik serta emosi yang tidak stabil?
 
Sayangi diri anda. Anda sayang diri anda kerana dengan itu, anda juga membuktikan anda sayang keluarga anda.
 
 
 
Kekman @ goldenlounge
019 2661775

Saturday, February 2, 2013

Tenaga mempengaruhi Emosi

Assalamualaikum

Nak tulis entry dari semalam lagi tapi tak berkesempatan. Ni baru ada masa. Semalam saya pergi yoga. Biasala, nak stretching sana sini sikit. Kan ke gaya hidup sihat hehe. Lepas ni harapnya boleh pergi jogging. 

Balik tu memang sakit badan. Maklumla 2 minggu tak yoga. Lepas tu nak layan 3 3 orang budak ni lagi. Biasala budak2, time dengan mak bapak lah nak bawa keluar semua perangai yang ada. Memang sabar nyee lah walau pun rasa nak jentik2 je! Dah badan sakit2, letih lagi, perangai lagi. Memang nasib baik makan supplement. Dan minum performance drink. Kalau tak, memang tak tahan sabar dan tak ada tenaga. Betul, life di kl memang hectic. Lagi kalau naik public transport. Sentiasa berdiri dan bersesak2, balik rumah nak kena layan anak2 lah kan sebab dah tinggal diaorang more than 8 hours. Kena adil pada hak anak2. Tapi diri sendiri juga ada hak. Jadi saya utamakan hak anak2 dulu. Hak pada diri, saya assume dalam menjaga kesihatan. 

Mesti anda fikir, poyo nye kan apa kaitan makan supplement dengan anak2. Kerana saya memegang jawatan anak, isteri, ibu, pekerja, dan majikan, maka semua dependent saya expect hak masing2 daripada saya. Untuk memenuhi keperluan dan memberi dengan terbaik segalabagai hak tu, saya perlukan tenaga yang lebih. Dah lagipun makin tua. Makin tua banyak lah issue nya. Semua pon tak baru lagi. Tenaga yang lebih bakal mempengaruhi emosi sekaligus terpancar melalui fizikal dan kata2. 

Jika kita letih, kita tak dapat berfikir dengan waras. Malahan nak bercakap pon penat. Apatah lagi nak layan kerenah2 pelik2, anak2 nak baca buku, nak dokong, nak suap etc. Semua pon nak attention. Kalau penat, alih2 semua tak dapat kecuali kena marah. Kesian kan? tak adil untuk marah anak2 yang tak tau apa2 kecuali nak attention mak ayah. Paling kuat kena bersabar. Tapi tahap mana sabar kita kalau kita penat sangat? 

Disitu supplement membantu dimana saya masih bertenaga ketika pulang. Kalau penat letihh sangat pon, jika saya minum performance drink tu, insya allah, siap boleh stay up dan update blog. Paling basic ambil lah family wellness set, bertenaga sikit

Tengok ni budak bertiga tu. xoxo



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, September 4, 2012

Vita Lea

Apakah Vita-Lea?

Vitalea adalah multi-vitamin dan mineral pertama di cipta di dunia. Vitalea adalah product pertama Dr. forest C. shaklee. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting
Kenapa vitalea berwarna hijau? Ini kerana ia disalut dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Vitalea juga dihasilkan dengan kaedah "explo-tab" dimana ia merupakan tablet multivit yang paling pantas didunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. 
Mineral yang terkandung didalamnya amat mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.
Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan vitalea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Pada tahun 2000, didalam Public Interest, vitalea shaklee telah dipilih oleh Centre for Science sebagai THE BEST MULTIVITAMIN. 

Vitalea adalah killer product of Shaklee. Ia mempunyai iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.

Vitalea banyak membantu dalam kestabilan kesihatan sistem tubuh badan, mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, akar rambut yang kuat, mencegah penyakit tirion (yang biasanya terjadi akibat kekurangan iodin), membantu untuk badan sentiasa bertenaga dan tidak lesu
  1. Ia sesuai untuk orang yang berdiet kerana kebiasaan mereka yang berdiet tidak mengambil makanan berzat. Vitalea membantu menjadi supplement dan memberi rasa bertenaga. 
  2. Ia juga sesuai untuk ibu yang mengandung dan menyusu kerana ketika waktu sebegini, ibu memerlukan banyak zat, vitamin serta keperluan iron. 
  3. Ia sesuai untuk mereka yang sering pening kepala dan mudah rasa pitam. Ini kerana mereka yang disebutkan tadi hakikatnya kekurangan zat besi dalam pengambilan diet harian. Iron/zat besi ini boleh didapati dengan pengambilan makanan laut seperti kerang dan tiram. Malangnya, kebergantungan kepada makanan yang mempunyai zat besi adalah terhad. Terhad dalam konteks sumber untuk mendapatkannya, harga, keaslian/kesegaran dan juga alergy kepada makanan laut bagi setengah orang. Kekangan ini menjadi penyebab kepada keperluan additional supplement untuk menampung kekang tadi.
Sebab sebab di atas juga menjadikan vitalea sebagai komponen asas dalam set basic family wellness shaklee.

Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh hubungi kami di Golden Lounge. Juga disediakan trial pack.


Golden Lounge
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, August 23, 2012

Family wellness set


Supplement shaklee paling basic yang harus berada di setiap rumah adalah set family wellness. Set ini adalah untuk seisi keluarga. Set family wellness terdiri daripada Vita Lea, Vit C, Bcomplex dan ESP. 

ESP:
ESP adalah protein drink dimana protein adalah makanan kepada sel sel dalam tubuh. Anda boleh rujuk pada entry saya yang lalu untuk kebaikan ESP ini di sini.

Vita Lea:
Vitalea adalah sejenis multivitamin yang terdiri daripada 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Oleh kerana kita tidak dapat menjamin pemakanan yang sihat dan seimbang setiap hari, maka pengambilan multivites adalah sangat penting untuk general health. Vitalea berfungsi untuk 'top-up' kekurangan vitamin dan mineral dalam tubuh.

Vit C:
Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Vitamin C amat cepat musnah dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Vitamin C yang baik adalah vitamin C yang dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan. Bagi tujuan ini, Shaklee telah menghasilkan vitamin C dengan konsep sustained-release. Konsep sustained-release membebaskan vitamin C secara perlahan-lahan agar khasiat vitamin C dapat diserap oleh tubuh dan bertahan dengan lebih lama.

B-Complex:
Bcomplex Shaklee mempunyai kesemua 8 jenis vitamin B. Ini termausklah Thiamin (B1), Ribiflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyriodoxine (B6) Cyanocobalamin (B12), Biotin (7) dan Folic Acid (B9). Bcomplex berfungsi untuk memberikan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari dengan menukarkan makanan kepada tenaga. Tahukah anda bahawa vitamin B membantu melawan stress dan kemurungan? Vitamin B juga membantu daya tumpu. Anda akan menjadi lebih bertenaga dan tinggi daya focus.

Bagi mereka yang ingin mencuba set shaklee, set ini amat disyorkan. Anda boleh mendapatkannya dari Golden Lounge!



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com