Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Garlic Complex Shaklee

Assalamualaikum

Personally, saya tak suka bawang. Dari kecil tak suka bawang. Entah kenapa sebab bila makan, rasa macam pening kepala. Maybe sebab bau. Ha ha. Tapi yang paling tak suka ialah kuah bawang murtabak yang warna pink tu dan dengan murtabak2 tu sekali saya tak suka. Tapi sekarang murtabak dah boleh terima. Kuah bawang je belum boleh.

Lagi bawang yang saya tak suka termasuk bawang besar yang dalam burger dan bawang goreng. Tapi kalau garlic, saya suka. Macam garlic bread dan garlic spread. Infact, garlic bread makan dengan roti dan bakar, suka sangat!. Ala2 garlic bread la tu kan. Ha ha. Tu je lah kot bawang yang saya boleh terima. Tapi tau2 aje lah garlic ni. Mulut nanti bau semacam. Pastu kena gosok gigi kan. Tapi tu pon tak hilang sepenuh. Hu hu.


Janganlah anda risau, time memasak, saya sanggup je tumis bawang. Walaupun saya tak pasti sejauh mana contribution tumisan bawang tu pada masakan, namun saya buat juga. Well, tak biasa lah terus masuk lauk taknpa didahului dengan bawang. haha.

Saya baru tahu garlic ni banyak kelebihan. Nasib baik garlic yang banyak kelebihan bukan bawang besar/merah tu. Jadi seronok lah saya makan garlic ni nanti. Cuma, kalau makan banyak2 nanti bau busuk. Masalah betul lah. Saya juga baru perasan shaklee ada satu jenis supplement nama Garlic. Ni gambar dia. 

Haha. Kelakar pula rasa. Tak pernah teringin pon nak ambil tahu. Tapi tadi sembang2 dengan kawan2, diaorang mention garlic ni memang takboleh tinggal sebab awet muda. Isk. Memang taboo la key word awet muda nih pada saya. Maklum lah, dah tua. 

Jadi saya pon sebok2 lah cari kelebihan garlic ni. Rupanya banyak sangat! Apparently, dia adalah antibiotik tradisional. Rupanya di mesir pubakala dah guna dah garlic ni. Wah. Dasyat betul finding ini! 
Dari middle east, east asia, nepal, french, spanish and portugese, semua pon agree benefit garlic ni. Impressive sangat kerana bangsa2 yang saya list kan tadi tu kan jauh2 antara satu sama lain dan tak ada common / interaction sesama sendiri. Nampak nya garlic benar2 terbukti bagus. 

Garlic ni dia berkait rapat dengan sistem darah dan jantung. Jadi rupanya garlic bagus untuk penyakit2 yang berat2 ni macam bronchitis, hypertension / high blood pressure, TB, kembung perut, demam danlainlain. Cuma satu la masalah garlic ni, ia berbau. Jadi disarankan kepada yang tak nak mulut berbau, boleh lah ambil pil garlic complex shaklee ni. Ada 60 tablet sebotol. Harga pon bawah RM50

Sekian dulu. Nak order garlic complex shaklee ni boleh hubungi saya k.


Kekman @ goldenlounge
019 2661775

Tuesday, October 22, 2013

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum
 
Hari ini Sustain Release Vit C yang sekian lama kehabisan stok, kembali lagi.
 
Kecil2 dulu, kami ada vitamin C. Multivits kadang2. Penting kan vitamin C ni? Dah besar baru tau elok sangat makan vitamin c. Apakah antara yang anda bakal dapat dengan mengkonsumsi vitamin c ni?
 
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihati.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. 
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen

  • Banyak sangat!
     
    Dengan kebaikan2 diatas, tentu anda mahukan ia SENTIASAA didalam badan anda kan? Itulah fungsi "sustain-release". Iaitu, ia melepaskan vitamin C secara perlahan2. Jadi badan anda sentiasa penuh dengan Vitamin C. Dan itu lah kelebihan Vitamin C Shaklee disamping sebiji tablet bersamaan dengan 7.5 biji oren = 500mg!
     
    Sebotol SR Vit C Shaklee mempunyai 180 bj. Harta retail adalam rm92.50. Jika anda inginkan harga special, boleh SMS/whatsapp direct pada kami.
     
     
     
     
     
    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Friday, October 11, 2013

    Nutriferon Sebagai Pengganti Ubat

    Assalamualaikum

    Harini birthday saya. Hehe. Alhamdulillah hari yang seronok. Tapi pagi2 ketika breakfast dengan kawan2 dan bos2, ternyata salah seorang bos itu sakit sejak semalam. Beliau ke pharmacy semalam untuk mengambil antibiotik. Antibiotik! wah, saya terkejut juga. Tiada prescription boleh ambil ya?

    Kata beliau, dah biasa ambil yang ini. Kemudian kawan lain menambah, mengatakan beliau juga mempunyai pelbagai ubat dalam bag. Termasuk juga antibiotik, ubat angin, panadol dan segalamacam. Yelah preparation incase sakit2. Fikir saya, rumit juga kemana2 kena bawa satu bakul ubat. Ala2 first aider dah ni. 

    Sepatutnya boleh ambil nutriferon sahaja. Sebab semua tu ubat2 general bukan specific dan continuous. Jenuh juga tengok bos tu tadi telan beberapa ubat. Leceh nak bawa lagi. Apakah ingredientnya ok? Nutriferon terjamin asli dan selamat. Infact, bekerja dari dalam untuk activate antibodi.  Nanti saya nak suggest pada bos itu agar bawa dan ambil nutriferon sahaja. Mudah dan insya allah berkesan. Lagi murah pulak tu.

    Sepanjang saya di jakarta ni, memang ubat yang diambil hanya nutriferon dan mealshake. Saya penah order ubat selesema dan batul pada kawan saya ketika hasan selesema dan batuk. Kesian tengok. Tapi kemudian saya tak jadi ambil. Well, frankly, saya nampak ubat tu macam lopek je. Bole caye ke? itulah yang bermain di fikiran. Jadi saya bagi je lah hasan sikitt nutriferon. Yelah bawah umur setahun kan. So alhamudlillah, ok je dalam 1-3 hari. 

    Sejak tu, alhamdulillah. Dan saya bersyukur kami semua masih berkesihatan baik. Saya doakan anda juga. Tapi jangan lupa berusaha ya!

    Jika mahu mencuba nutriferon, boleh hubungi saya via SMS/whatsapp di 0192661775


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Tuesday, June 25, 2013

    Nutriferon, Mealshake dan Jerebu

    Assalamualaikum

    Saya suka travel. Masalahnya bila travel, bawa budak2. Budak2 ni tau lah kan antibodinya baru nak develop. Renyah ramai2. Kang demam susah. Selesema susah. Batuk susah. Semua lah. Bila travel, hours semua berubah. Normal hours dah jadi kacau bilau. Sekejap tidur, sekejap bangun. Kadang2, time zone berubah. Jenuh la. 

    Yelah dah travel jauh2 takkan nak duduk dalam bilik je ye tak. Jadi saya memang bawa nutriferon (especially) dan mealshake kemana2. Biasanya, nutriferon memang ada dalam hand carry. Sebab dia kecil. Macam mealshake, kena ada bekas. Tapi usaha la juga untuk bawa. Kalau suspect budak2 dah nak start selesema ke dedar sikit badan ke apa, terus bagi mealshake. Mealshake ni kaya dengan vitamin. Budak2 ni  kadang taknak kunyah vitalea tu. Lagipun, vitalea hanya untuk 4 tahun keatas. Kalau teruk sikit, bagi nutriferon. Nutriferon activate antibodi secara semulajadi. Ia terdiri daripada campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. So far berkesan lah alhamudlillah. Macam setakat ini tiada lagi yang serious dan alhamdulillah tidak tergolong dalam budak2 yang sentiasa demam tiap bulan mahupun begitu sensitif terhadap persekitaran. 

    Itulah, kadang2, mak bapak pon mungkin pembawa virus. Dah keluar tiap hari guna public transport dan mingle dengan pelbagai orang, mestila sikit sebanyak ada kuman terbawa balik. Sebab tu antibodi parents pon kena kuat juga. 

    Di jakarta, sentiasa jerebu. 90% merokok. Dalam shoping mall pon merokok, kalau bukan mall yang besar2. Tempat makan jangan cerita. Belum asap kereta bagai. Saya seriously rasa kalau orang yang sensitif memang payah nak selesa. Alhamdulillah, kami masih boleh survive.



    Sekarang di malaysia tengah jerebu. Kesian sangat tengok anak2 kawan2 yang dah start demam, batuk2, ada yang athma dll. Kadang2 saya malas nak propose mealshake atau nutriferon. Orang kata nak menjual. Tapi macam tak sampai hati tengok anak dia lembik macam tu. Tak apa, mothers knows best. Kita yang tengok dari luaran tak boleh nak lebih2. Cuma ikhlas hati saya harap anak2 kawan2 dan semua sihat dan cergas seperti biasa. 

    Dan moga jerebu terus hilang. Ameen


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Thursday, June 6, 2013

    Promo June 2013 - Mealshake

    Assalamualaikum

    Promosi bulan June adalah Mealshake. Mealshake adalah minuman multivitamin dan juga mengandungi protein dan calsium. Berperisa vanilla. Boleh diambil oleh orang dewasa mahupun kanak2. 

    Kalau malam2 saya lapar, atau mahukan quick breakfast, saya minum mealshake + ESP = kenyang
    Kalau anak2 dah start selesema atau batuk, saya campurkan sedikit mealshake + nutriferon dalam susu = ok and better.

    Sempena promo, regular customer dan regular mealshaker borong 2-3 tin sekaligus. Terus beli untuk persediaan bulan puasa nanti. Penjimatan terhebat! 
    Hubungi saya untuk pesanan ya





    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Friday, May 10, 2013

    Udara Jakarta

    Assalamualaikum

    Sekarang ni saya berada dijakarta. Jakarta udaranya tidak seperti di KL. Udaranya lebih berdebu dan terlalu ramai yang merokok sehingga dalam supermarket. Sukar untuk saya bawa anak2 berjalan. Hari ini, kawan saya batuk. Sejurus kemudian beliau terbatuk betul2 depan saya. ALlah. Setengah jam kemudian, saya pula mula batuk. Terasa gatal sangat tekak hingga batuk berkali2. Terlintas dihati, wah ini bahaya juga jika balik bertemu anak2, kemudian berjangkit. Saya lupa untuk makan nutriferon. 

    Sejurus pulang, saya lantas makan nutriferon (sekali dengan kolagen dan performance drink). Harapan saya, agar ia dapat membantu menguatkan antibodi saya dan dapat dipass pada hasan. Badan hasan agar dedar. Namun alhamdulillah, sehingga tidur tadi, dah tidak dedar langsung. 

    Ya, esok insya allah akan bagi sarah dan ahmad mealshake, sedikit nutriferon dan madu. Ya, kita mencuba. Ibu mana yang tak bimbang kesihatan anak2. Harap2 Allah kurniakan kesihatan. Bukan mudah sakit dinegara orang.  

    Ni gambar replika eiffel tower di Pasific Palace (PP). Sebutannya Pe Pe. Comel bukan. Background LV dan galeries lafayette. Saja, bagi real :)



    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Sunday, March 3, 2013

    Hasan dan Demam Combo


    Assalamualaikum 

    Sunyi sepi blog ni. Saya teramat sibuk sekarang. Memang anda nampak facebook saya selalu update seolah tiada apa berlaku. Update facebook mudah saja. Saya jarang scroll kebawah2. Apa yang keluar dalam newsfeed aje. Jadi minta maaf kalau saya tak terupdated pasal siapa2. Jangan la marah :)


    Minggu ini saja sarah dan ahmad demam combo. Hasan batuk selesema. Dengan suami tiada, budak2 semua merengek dan buat perangai ketika saya balik kerja. Wah dan demand kerja makin melampau sekarang. Kesian budak2 bila saya balik lambat, tambahan lagi demam. Sarah dah banyak kali tanya bila mama nak cuti. Dan hampir setiap pagi akan cakap, mama balik la awal hari ni. Sobss!! 

    Sarah pernah kata, mama ambil la sarah balik sekolah. Wah, memang sadis. Nenek saya kata budak2 ni demam rindu. Rindu ayah mereka yang lama tak jumpa. 4 hari sarah tak ke sekolah. Lepas 3 hari, alhamdulillah ahmad sihat, cuma tinggal sisa selesema sikit. Sarah agak berlarutan demam. Tapi hari ini, nampak sihat sikit. Cuma selesema agak teruk sumbat hidung menyebabkan dia susah makan dan perut masuk angin. Hehe memang berangkai2. Dan saya? alhamdulillah, 'demam rindu' tak menjangkiti saya. Setakat bangun malan dan tak cukup tidur, dah memang rutin bertahun2 :)

    Yang ajaib saya nak cerita ialah hasan. Hasan memang batuk sikit dan selesema. Selesema tu menjadikan dia agak cranky sebab tak dapat menyusu lama kan. Hidung tersumbat. Saya syak dia akan demam sebab kakak abang tengah demam dengan hebat. Tapi ajaib dan bersyukur bila hasan tak demam langsung. Surut selesema, alhamdulillah dia pon ok. Wah, bibik pon impress. Haa, saya rasa sebab dia menyusu badan lah. Saya makan nutriferon haritu. He he kantoi 'pakai' perisai. Sebab saya tahu nutriferon increase antibodi saya dan antibodi adalah antara komponen dalam susu ibu yang ditransfer pada bayi. Saya takde lah kaji betul2, tapi tau lah juga. Jadi, samada susu saya memang semulajadi hebat, atau enhancement nutriferon tu bertindak dengan jayanya. Mana2 pon, ia memberi konklusi bahawa susu ibu adalah terbaik. Dan teori susu ibu increase antibodi adalah betul. Teori susu ibu adalah yang terbaik buat bayi juga adalah betul.

    Jadi untuk anda diluar sana, kalau boleh, susukan anak anda hingga 2 tahun. Buat lah apa terdaya untuk menyusukan anak anda. Yang terbaik akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk yang terbaik. :)


    Alhamdulillah semua pon ok. Cuma saya macam nak pengsan jaga orang demam serentak. Badan sendiri dah macam zombi. Time zone lari dah. Apa apa pon, Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjaga ketiga2 amanah besar ini. DI saat2 macam ini memang nampak bertapa kesihatan diri sendiri amat penting. 

    p/s: Taknak lah susah2 jaga anak sampai diri sendiri pon huru hara tunggang terbalik, sakit2, muka kusam tua dari usia, tulang reput, blabla


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Monday, January 28, 2013

    Vita-Lea for Children

    Assalamualaikum

    Lagi tentang vitalea chewable :)


    Vitalea for children ini lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan kanak-kanak. Dengan pengambilan vitalea chewable secara konsisten, anak anda akan:
    • Mendapat tumbesaran yang ideal
    • Lebih sihat dan sukar untuk jatuh sakit
    • Peningkatan sistem imun badan
    • Tulang dan gigi yang kuat dan sihat
    • Lebih cergas dan cerdas
    Vitalea chewable ini tidak mengandungi pengawet, perasa atau pemanis tiruan. Rasa manis pada vitalea chew ini adalah disebabkan penambahan xylitol yang tidak akan menyebabkan kaviti pada gigi. 


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, January 26, 2013

    Musim Hujan Lagi

    Assalamualaikum

    Sekarang ni musim hujan. Yeke? macam panas juga kan minggu2 lepas. Frankly speaking, saya sukaa musim hujan. Sebab kalau tak hujan, panasnya ya rabbi. Setiap hari pasti saya doa supaya hujan. hu hu. Walaupun musim hujan dikaitkan dengan musim demam batuk selesema, saya lebih pilih hujan. Mungkin sebab saya lagi stress kalau panas berbanding demam/ anak2 demam. Lagi pula, saya memberi anak2 makan makanan tambahan dan vitamin agar badan mereka kuat antibodi dan tahan melawan penyakit. Dikala suami saya jauh, kami semua perlu sihat kerana susah juga kalau apa-apa terjadi.

    Dah tak menjadi rahsia lagi apa yang saya bagi pada anak2. Tapi saya cerita lagi sekali lah. Saya bagi mereka mealshake dan vitamin C chewable. Untuk anak sulung saya, tambahan vitalea chewable kerana beliau menginjak umur 6 tahun tahun ini insya allah. Ada ketika mereka demam, saya bagi nutriferon. Ya, last time mereka demam/batuk/selesema adalah pada entry saya tentang demam combo. Jangan risau, saya akan insya allah update disini jika anak saya demam kerana saya pasti berkongsi apa yang saya bagi dan berapa lama efek. 

    Anda nak cuba?


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Set Kanak-Kanak Shaklee

    Assalamualaikum

    Ini adalah set untuk kanak-kanak. 
    Mealshakes adalah sejenis minuman multivitamin yang lengkap dan berperasa sedap. Ia digunakan sebagai pelengkap makanan dan untuk kesihatan secara am. Tidak mempunyai perasa dan perwarna tiruan serta berperisa vanilla yang enak. Ia digunakan untuk menambah selera makan kanak-kanak yang picky eater. Sesuai diberi ketika mereka demam dan secara occasional untuk kesihatan general. 544gm pada harga RM113.75, anda berhak mendapat harga istimewa ketika membuat pembelian dari kami.

    Vitalea adalah multivites kanak-kanak. ia boleh diambil oleh kanak-kanak bermula umur 4-12tahun. 65 biji pada harga retail RM 48.75, anda boleh mendapat pada harga yang lebih menarik jika membuat pembelian dari kami.

    Vitamin C Chewables adalah vitamin C 100mg, yang dikunyah dan berperisa oren/lemon. Sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang sukar menelan supplement. :). 90 biji sebotol pada harga retail RM 37.50.

    Pembelian set ketiga2 di atas bakal mendapat harga yang lagi istimewa dan berbaloi2. Siapa yang tak sayang anak kan? :)



    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Wednesday, January 9, 2013

    Meal Shake dan Selera Makan



    Ini mealshake. Ramai menggunakannya untuk meningkatkan selera makan anak, diet dan sebagai makanan tambahan.

    Ada customer menggunakannya untuk menaikkan berat badan. Alhamdulillah, beratnya naik 2 kg selepas mengikut jadual yang diberikan. Saya cari testi, tapi rupanya dah terdelete conversation tu.

    Ada yang menggunakannya sebagai alat bantu diet. Alhamdulillah mereka tidak lapar dan dapat mengurangkan size serving ketika makan. Mereka juga menggunakannya ketika lapar ditengah malam

    Majoriti customer menggunakannya untuk menaikkan selera makan anak.  Anak2, jika kurang makan, biasanya akan banyak minum susu. Vice versa. Kenapa anak2 minum susu? Susu adalah pelengkap makanan dimana susu mempunyai pelbagai kelebihan bukan. Tapi sumber utama khasiat adalah dari makanan. Susu tidak dapat menggantikan makanan. Lantas anak2 perlu makan untuk membesar dgn sihat. Mealshake bukan diberi seperti susu. Sukatannya hanya sedikit.

    Saya pula? Saya memberi mealshake pada anak2 ketika mereka demam. Dan kadang2 seminggu sekali utk general health. Alhamdulillah, anak2 saya so far memang tiada masalah makan. Semua kuat makan

    Mealshake mempunyai vitamin, mineral dan berperisa enak. Mungkin mealshake boleh memberi manfaat pada anda. Cubalah:)


    Hubungi kami untuk pesanan di 0192661775


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Sunday, January 6, 2013

    Demam Combo

    Assalamualaikum

    Kelakar bila ibu boleh memberikan ice cream dan coklat pada bayi dengan alasan "bagi rasa-rasa", tapi bimbang jika mau berikan omegaguard pada anak mereka. Kelakar juga bila antibiotik dan ubat selesema disumbat masuk 2.5ml tanpa ragu, namun pemberian nutriferon amat merisaukan. Frankly speaking, saya tak kesah pon apa anda bagi dan tak bagi anak anda. Sebab tu anak anda. Kalau anak saya, ye saya kesah. Tapi kadang pelik kenapa orang lain terlebih kesah pada anak orang lain. Bukan kesah dalam erti kata positif, malah siap mengutuk dan kasihan pada anak tersebut. Sedangkan anak orang itu sihat2 sahaja, malahan anak beliau yang konon dijaga makan minumnya itu pula sering keluar masuk hospital. Ha ha teremo pula. Kesimpulan dari perenggan ini ialah, setiap ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Anda dipihak luar tidak berhak menjadi judgemental terhadap apa yang ibu lain buat kerana anda tidak sekali tahu apa sebenarnya berlaku apatahlagi mengalami. 

    Di sini saya share sahaja apa yang saya berikan pada keluarga dan anak2. Sebab itu selalu saya kata, mungkin anda punya cara lain yang anda rasakanterbaik. Terpulanglah. 

    Hari ini cerita pasal demam combo. 

    Saya rasa virus kali ni agak power. Disyaki dibawa pulang oleh suami yang mengakibatkan beliau demam yang agak berlarutan hingga 4-5 hari. Namun tidak teruk. Virus lay low, SLow and steady sahaja demam beliau malah kami siap ke kuantan lagi. Kemudian menjangkiti hasan dimana hasan demam 2 hari. Hasan sihat dari demam dan virus pulang ke kamar iaitu suami saya demam dengan teruk selama 3 hari. Wah kali ini beliau mengambil sepeket nutriferon berturut selama 2 hari. Memang teruk. Virus merebak kepada ahmad dan sarah dimana mereka demam serentak! saya mmberikan mereka nutriferon dan mealshake. Kami juga ke klinik untuk mengambil ubat. Alhamdulillah sarah cepat sangat sembuhnya. Ahmad demam kebah namun batuk selesema masih ada sisa sisa. Virus cuba menyerang saya dan saya start sakit tekak. Ok selepas mengambil speeket nutriferon, macam biasa saya akan sakit kepala. Disebabkan virus sangat power, saya terpaksa mengambil sepeket lagi nutriferon dan mealshake berturut2 dan menyebabkan sakit kepala berlarutan. Namun seperti yang dijangka, selepas itu baik seperti sediakala kecuali suara mungkin berubah ala2 ning baizura. Selepas cuti krismas, alhamdulillah semua baik dan sembuh.

    Wah hanya seperenggan saya berjaya menceritakan pengalaman demam combo yang saya rasa paling teruk melanda. Sibuk jadi nurse hingga saya lupa haribulan dan miss kenduri dan program. haha. 

    Yang kelakar dari pengalaman di atas, orang sekitar bertanya "eh demam? tak ambik shaklee ke?" "macamana bole tak sihat ni, shaklee tak berkesan". Kelakar. Adakah anda fikir shaklee ini ubat kebal dan anda pasti tidak mati jika mengambilnya? he he. 

    Ini supplement dimana ia membantu proses pemulihan. Bukan ubat kebal jika anda ambil anda akan kebal virus dan menjadi tuhan. Wah sarkastiknya saya? ya, saya nyaris mahu jawap "akai ada ka tanya soklan itu macam?" 
    Senang cerita, mungkin jika anda ambil shaklee, demam jadi 3 hari instead of 7 hari. 

    Saya memang fanatik nutriferon. Sebab saya suka prevent dari cure. Cure susah. Tengok? kan rugi cuti duduk dirumah saja tending to orang2 sakit :) 


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, December 15, 2012

    Batuk Selesema Lagi

    Assalamualaikum

    Nak kongsi tentang nutriferon, mealshake dan selesema batuk anak2 (lagi :))

    Jumaat
    Ahmad (anak kedua saya berumur 2tahun stgh) dijangkiti batuk. Kemudian selesema. Biasalah batuk dan selesema memang adik beradik. Batuk kuat dan selesema. Saya dah mula risau, biasalah kan..ibu. Lagipun saya takut batuk Ahmad berjangkit pada Hasan (anak ketiga saya berumur 6 bulan).

    Sabtu
    Sabtu pagi saya campurkan sedikit mealshake dalam susu Ahmad. Batuk kuat lagi dengan bunyi kahak. Selesema juga meleleh2. Ini takboleh jadi. Sabtu malam saya campurkan nutriferon sahaja (kerana mealshake telah diberi tadi pagi) dalam susu ahmad. 

    Ahad 
    Ahmad masih batuk selesema lagi. Ahad juga saya dijangkiti. Terasa sakit kepala dan seperti mahu demam. Saya risau berjangkit pada hasan. Ahad malam saya sendiri makan nutriferon setengah peket campur dengan ESP. Sekali lagi saya juga mencampurkan nutriferon dan mealshake kedalam susu ahmad. 

    Isnin
    Batuk ahmad mula berkurang, selesema juga mula kering. Saya masih tetap sakit kepala. Pagi itu saya makan sepeket nutriferon + mealshake + ESP. Sekali sakitt sangat kepala pagi tu hingga seharian. Malam saya tidur..esoknya.

    Selasa
    Alhamdulillah..macam tiada apa2 berlaku. Sihat sesihatnya. Ahmad juga baik alhamdulillah 90% pada hari yang sama. 

    Orang tanya kenapa bagi nutriferon dan mealshake. Jawapan saya, mealshake mengandungi vitamin2 dan nutriferon menguatkan antibodi untuk melawan penyakit. Alhamdulillah kesyukuran dikembalikan pada Allah diatas kesembuhan. Betul2 bersyukur di atas kesembuhan dan kesihatan yang diberikan. Nutriferon dan mealshake hanyalah alatbantu, ikhtiar dan usaha. Tapi hakikat kesembuhan dan kesihatan adalah atas kuasa dan ihsan Allah. Saya benar2 mohon padaNya agar dikurniakan kesihatan yang baik bagi kami sekeluarga. Kesihatan juga adalah rezeki yang sering dipandang enteng oleh banyak orang. Sungguhpun medical kami covered by company, yakni tidak memerlukan pengeluaran duit yang banyak untuk medical (sekiranya terjadi apa2), namun saya tetap berharap agar diberi kesihatan yang baik.

    Benar, orang yang sihat adalah orang yang kuat. Orang yang kuat, boleh memberi banyak manfaat pada orang lain. Saya pilih untuk sihat dan berharap agar dapat memberi manfaat banyak pada orang lain. Anda?


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Wednesday, October 31, 2012

    Travel dengan Nutriferon

    Assalamualaikum
     
    Ingat tak entry saya tentang trip kami ke jepun? Refresh di sini. Kali ini saya sambung lagi experience travelling saya dan nutriferon. Since demam hari itu, alhamdulillah anak kedua saya tak demam lagi hingga sekarang. Dan kami have been travelling half the world since then.

    Ini termasuk amsterdam, den haag, paris dan brussel. By all means of transportation. Ini termasuk by foot, tram, train, bus, flight and boat. Dan saya bukan jenis over protect anak; tak bg outdoor, tak bg jalan/main lecak, kutip kerang, sentiasa dokong, pegang sana, pegang sini. For me outdoor activity is what develops the child. Travel by train bukan mudah. Turun naik keluar masuk, kdg2 berdiri sebab org sesak. Begitu juga dgn bus dan tram. Siapa kata tidak mudah dijangkiti kuman dengan keadaan sebegitu? Dengan confined air dlm long hours flight, pelbagai jenis manusia di airport, lebih lagi airport schipol?
     
    Traveling by public transport with 3 kids memang hassle. Hujan di paris, brussel dan amsterdam; dan kami tidak mempunyai payung. Hanya berharap pada hood jacket untuk anak2 saya. Termasuk baby saya berumur 3 bulan. Menyusu di public place, menukar pampers dalam tram :) -typical..makan ikut dan. Ada kawan tanya saya "tak bawak periuk nasi ke pergi paris". He he. Travelers cannot be fussy and choosy. Nak selesa either u become very rich or dont travel. Senang kan.

    Lagi cuaca yang berubah2 di pelbagai negara, amat mudah untuk anak2 sakit dan demam. Sedangkan orang dewasa pon belum tentu boleh withstand all the weather changes. Jadi bagaimana? Saya memberi anak2 saya nutriferon, kemudian berdoa dan tawakkal. Saya beranggapan adalah tugas saya untuk berusaha memcegah. Result usaha adalah terpulang pada apa yg Allah mahu berikan. Jika Allah menghendaki sakit bg anak2 saya, maka saya redha dan terima sbg ujian.

    Kita tidak mampulah protect anak2 sepanjang masa especially dari virus dan kuman. sedangkan dalam rumah pon belum tentu bebas-virus, apatahlagi diluar. Jadi yang paling penting skrg ialah antibodi yang kuat.

    Nutriferon berfungsi dengan meransang antibodi secara semulajadi. Untuk long term antibodi akan lagi kuat dan resistance terhadap penyakit meningkat. Tak payah claim bnda lain sama dengan nutriferon sebab itu hanya di shaklee. Patented. :).

    Dah ramai yang membeli nutriferon dari saya untuk mereka dan anak2. Alhamdulillah semua memberi pengkhabaran positif.

    Saya rasa, tak perlulah saya katakan jangan bertangguh untuk mendapatkan nutriferon ini. Kuman dan virus tidak memilih siapa dan anak siapa. Dia masuk ikut dan. Saya percaya environment exposure kita sama.

    Jika anda meletakkan kesihatan sebagai prioity dan mahu mencuba nutriferon, hubungi saya di 0192661775.

    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, October 20, 2012

    Musim hujan

    Assalamualaikum


    Sekarang musim hujan. Asal petang je hujan. Musim hujan biasa selesema batuk. Anak saya dah start nak batuk. Saya hidung sumbat. Takboleh jadi. Saya tak boleh biarkan melarat. Jadi saya continue ambil vitamin c, dan tambah nutriferon untuk boost immune sistem. Untuk anak2, saya start bagi mereka mealshakes, vit c chewables dan sedikit nutriferon.

    Bukan apa. Saya memang berpegang pada "prevention is better than cure". Kalau saya yang sakit boleh tahan lagi. Masalahnya anak saya ada yang masih menyusu. Nanti berjangkit susah. Kalau anak2 sakit, ibu yang susah. Tambahan lagi duduk nursery memang open virus-sharing. Takboleh nak elak, kena equip anak anda dengan pertahanan diri yang kuat. Especially when you are not there to defend your kids.

    Kesihatan memang anugerah Allah. Tapi kita boleh berusaha. Dan kalau memang ditetapkan sakit, redhalah, tapi tetap berusaha agar sembuh. Ada kawan saya anak beliau selalu sakit. Selalu MC or EL. Ulang alik pergi hospital. Tak apalah, anak dia sorang je baru, tatang macam minyak yg penuh. Kalau dah ramai? Nauzubillah selalu sakit macam tu. Even kalau seorang anak pon saya kalau boleh nak sihat taknak selalu sakit macam tu. Rawatan untuk cure biasanya lagi mahal dari prevent. Anda sebagai ibu, anak, kakak, abang, adik boleh menilai sendiri mana yang lagi bagus. Pilihan memang terletak pada anda. Saya bersyukur kerana masih mampu mendapatkan apa yang saya rasa terbaik untuk kesihatan anak2. Ada yang bersungguh2 mahu membeli tapi tidak mampu. Bagi saya, kesihatan tiada tolok banding dengan benda lain. Pendapat kita mungkin berbeza. Terpulang :)


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Tuesday, October 9, 2012

    Nutriferon untuk wanita mengandung

    Assalamualaykum

    Mari tengok testimoni tentang nutriferon. Saya kongsikan di fb page saya. Jemput like :)

    Mungkin ada yang tanya Nutriferon tu apa? Jawapannya di sini. Yang ini cerita testimoni saya dengan nutriferon. Allah yang menyembuh kan. Tapi kita perlu ikhtiar :)


    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Friday, September 21, 2012

    Demam anak dan Nutriferon

    Assalamualaikum

    Bulan lepas saya sekeluarga pergi bercuti di Tokyo, Jepun. Pada hari terakhir kami di Jepun, badan anak kedua saya (2 tahun) mula suam-suam. Rasanya seperti nak demam. Beliau mula buat perangai, kurang aktif dan tidur. Nasib baik itu adalah hari terakhir di sana. Naik kapalterbang, panas meningkat. Awal pagi, setiba di Malaysia, kami memberikan beliau PCM. Panas badan beliau surut sedikit. Selang 4-6 jam kemudiannya, badan masih panas. Satu lagi dos PCM diberikan. kami pergi open house jiran, ternyata anak saya masih demam dan tidak enjoy pergi bermain. 6 jam kemudiannya, badan masih panas. Tetapi saya tidak mahu memberikan PCM lagi.

    Saya teringat Nutriferon yang dibeli ketika promosi. Saya mencampurkan sedikit ke dalam susu anak saya dan bagi minum. Selebihnya saya simpan. Keesokannya, badan masih panas namun surut. Anak saya sudah aktif seperti biasa. Peliknya, naik ruam-ruam merah pada badan beliau. Mula-mula saya abaikan kerana tidak ada tanda kegatalan atau ketidakselesaan pada beliau. Dan anak saya begitu aktif. Namun ruam bertambah. Kami agak cuak. Puas fikir balik apa yang salah makan atau apa tambahan yang diberikan pada beliau. Nyaris nak bawa ke klinik, saya teringat ada bagi nutriferon malam sebelumnya. Kami tangguhkan dahulu untuk ke klinik dan observe. If simptom persist (macam kat botol ubat pulak kan:)), barulah bawa ke klinik. Alhamdulillah, ruam hilang dan anak saya terus aktif seperti tiada apa-apa berlaku. Even selesema pon hilang sertamerta. Ternyata ruam itu adalah healing crisis. Sejak itu, dengan izin Allah, tiada demam hingga ke hari ini.

    Sejak itu juga, Nutriferon memang dibawa kemana-mana. Harganya agak mahal, bersesuaian dengan kualitinya. Akan tetapi, bukan perlu dimakan hari-hari. Cukup sekadar dimakan bila perlu atau sepeket seminggu untuk kesihatan berpanjangan. Jika anda berminat dan perlukan pandangan/nasihat, boleh hubungi kami.


    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com