Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka Malaysia

Assalamualaikum

Haritu jamuan raya di ofis, department jiran sebelah buat raya bertemakan super heros. Boleh? Jadi bila tiada orang saya ambil kesempatan main topeng diaorang yang paling canggih sekali. Siap ada lampu. Saja ambil gambar nak tunjuk kat budak2 (walhal mak budak yang lebih takpa2). 

Taraa! Hebat kan topeng ni berlampu

Selamat hari merdeka! We need super heros now. Insya allah 3 orang (Ahmad, Hasan & Yasir) sedang dalam pembikinan.


p/s: Later baru saya find out topeng ni ada di jual di shah alam. Rm 13 ke macam tu. Lupa lah!

Sunday, August 16, 2015

Online Carboot :)

Assalamualaikum

Saja nak announce, haritu saya ada bawa anak2 buka carboot di IRM (will blog about this later ya! i hope so #crossfingers). Sekarang dah tak sempat nak pergi buka carboot. Jadi saya buka online je lah di blog www.mytrashandtreasure.wordpress.com. 


Jemputlah datang ya. Kenapa wordpress? kalau anda perasan, site tu saya buka pada tahun 2008. Lepas tu buka macam2 site lain lagi ops vacant kejap, so ni nak sambung balik. Malas pula rasnya nak buka yang baru teruskan aje la kan ? :). Jemputla datang. Murah je rm8 pon ada.

Sekian terima kasih!

Sunday, August 9, 2015

Sheriff Callie

Assalamualaikum

Tau tak apa itu Sheriff Callie? Ah rupanya sejenis cartoon di tv. TV apa? jangan tanya. Saya pon tak berapa pasti. Malah, nak dapat ejaan "Sheriff Callie" pon saya google. Bukan apa, beria ahmad imitate. Dia kata Sheriff Callie ni bagus. Suka tolong orang. 

"mama sheriff callie tu dia ada tali atas topi dia. macam ni" 
tah tali apa dia rembat tah warna oren tu

"lepas tu dia cakap yeehaa"

Saya ingatkan cowboy. Rupanya....

cowgirl ke?! Huk aloh. Ahahaha :D

Monday, July 27, 2015

Hobi Hari Isnin

Assalamualaikum

Saja nak share banyak satu tabiat buruk / addiction / hobi yang akan menjelma bila saya tak ada kerja, atau need something to occupy myself or rather, to take my mind elsewhere. or to kick my ass to start to work. Iaitu try2 untuk tengok harga tiket flight. Haritu saya jumpa ini!



RM2812.29 sahaje! Airasia KUL - MLE - KUL. Omg. Dan macam biasa, saya let go sebab husband tak nak pergi. Haha. Dekat 2 jam cari tiket. Saja2 je. Seperti tujuan di atas :D.

Antara lain, hobi ini is a great way to start your monday kan? Ekeke. Lepas dah dapat rasa puas hati walaupun sakit hati sebab tak beli :). Enough to kick start your week!

Have a great Monday everyone!

p/s: i bet lepasni mesti korang pon terus buka website airasia kan kan :D

Thursday, July 23, 2015

Imagination

Assalamualaikum

Logic will get you from A to B. 

Imagination will take you everywhere

-Albert Einstein


"mama tengok ni..teropong"
Hasan ketika tak ada mainan. Hanya ada ruang kosong berkarpet. Cawan pon boleh jadi teropong :D

Kids and their imagination is very impressive :)

Luv, mama

Wednesday, July 22, 2015

Aktiviti Dalam Kereta Untuk Perjalanan Jauh

Assalamualaikum

Kami cuti raya pendek je. Maklumlah tak ada nak travel jauh2. Tapi tahun ni kali tukar sikit plan raya. Tiba2 je angin apa datang ntah terasa nak pergi beraya di kampung saudara jauh sekaligus beraya di kampung kawan suami. Sebab dua2 di tempat sama iaitu batu pahat. Batu pahat je ponn Ha ha.

Perjalanan bermula pada hari raya kedua. Wow nampaknya raya kedua ramai yang dah mula bertukar arah. Jadi jalan ada jem sikit. Mak Anak2 pon dah restless. Jauh benar rasa perjalanan. Macamana la ye orang2 yang setiap tahun travel jauh, lagi teruk, yang pergi utara selatan timur barat. Adoi. Hu hu.

Dalam kereta tak banyak aktiviti boleh buat. Surprisingly, anak2 saya kemain aktif bermain teka teki. Bilalah diaorang nak tidur nih hu hu. Macam2 tekateki rekaan yang keluar. Makin lama, makin senang. Mungkin kerana dah kehabisan idea.

Jadi tiba2 saya pon ada idea nak bagi pada mereka2 yang jenis travel jauh2. Mungkin dah terlambat untuk kegunaan raya tahun ni, tak apa boleh guna untuk tahun depan k.

Kebanyakan idea ni hanya menggunakan mulut dan otak tanpa perlu ada apa2 peralatan lain lagi. Maklumlah saya nak yang mudah2 aje dalam kereta space kecil, gegar2 dsb.

1- Teka teki (ha ha ha ini tiru idea anak2 saya)
Buat lah teka teki apa jenis pon. Kemudian suruh anak2 teka. Lepas tu suruh anak2 pula reka tekateki dan kita teka. Teka teki boleh berbunyi decent seperti:

"pokok apa yang akarnya dalam tanah tapi daunnya dalam air?" Jawapan: "pokok teh"
bertukar kepada sinis jenaka
"bom apa yang selamat?" Jawapan: "Bomba"
mahupun rekaan menjadi mengarut
"benda apa yang bulat, kalau sepak pon tak gerak2?" Jawapan: "kepala ahmad :D"

2- Teka benda sepanjang perjalanan
Cuba teka apa benda yang warna hitam, bentuk bulat. Ada dalam kereta ni? Jawapan sebenar: Stereng kereta. Jawapan cubaan anak2: Biskut, rambut, kepala, butang, tayar blabla

Reka lagi benda2 di kereta depan, atau signboard etc.

3- Perbincangan ilmiah
Ini mak2 kena kreatif dan becok. Ops
"Tengok tu siapa tau tu pokok apa?"
"Tengok belah kiri ni banyak pokok kelapa sawit. Kelapa sawit ni kegunaan dia untuk blablabla"
"Eh cepat2..tu ada steamroll tengah gerak. Tengok dia gelek tar"
Anak2 akan start bertanya tentang macam2. Termasuklah: "mama, ada tak binatang yang 3 alam?". Kalau dapat soalan2 cepumas macamtu, anda kena tengok length perjalanan ke destinasi. Kalau agak2 lambat lagi nak sampai, jawap lah "apa alam ke 3 tu?". Tapi kalau agak2 dah nak sampai, jawap je lah "takde". Kihkihkih

4- Berlakon lumba kereta
Cuba berlakon konon2 semua adalah pemandu kereta lumba. Jerit "Vroommm vromm!" "eeekkkk (bunyi break)" seraya mengikuti pemanduan bapa sebagai pemandu. "Ok papa potong kereta depan tu!"

5- Makan
Biasalah, siapa yang tak suka makan2 munch2 time dalam kereta kan. Tapi letih sebab nak kena make sure tak comot. Nanti baju comot kereta comot. Sampai rumah orang serabai dah semua.

6- Gaduh / gusti / guling
Ini bukan nak suruh buat. Tapi pasti terjadi. *urut kepala*

7- Tidur! 
Tak payah bincang lah acara tidur ni zzz

8- Ada saya terbaca seorang ibu tu menyediakan list kertas tentang apa yang anak tu lihat di sepanjang perjalanan/ plate number etc. Bagus juga diguna pakai untuk anak2 yang dah besar. Untuk anak2 yang jagung belum setahun ni, tak begitu applicable. Nanti kita refresh tips2 ya bila anak2 dah besar. Wahaha

9- Hafal surah / Tasmik
Suruh anak2 baca surah yang dah hafal dan mak2 tasmik. Gempak sangat bunyi tips ni. Tips ni applicable kalau mak dia pon menghafal sekali. Rileks, kalau tak mampu buat la apa yang mampu. Jangan peer pressure saya pon tak buat ini idea je.

10- Last but not list, ini dah tak ada kerja sangat: Selfie! Main camera handphone. Macam kat bawah ni :D

Tengok, tak ada satu pon yang guna alat2. Apatah lagi alat gadget. Semua guna mulut dan otak je. Ekeke. Cuba buat dari no 1 - 10. Kalau tak sampai lagi, mula balik dari no 1. 

Selamat mencuba!

Tuesday, July 14, 2015

Kasut Raya dan Baju Raya

Assalamualaikum

Haritu kami ke Mitsui. Ala JPO-like yang di gembargemburkan tu. Saya tak sempat round sampai habis pon. Ada beberapa outlet yang belum dibuka lagi. Infact, toilet pon saya tak sempat jengah. Hehehe. Gambar pon tak ambil banyak. Maklumlah anak dah 4, tak de nak berpeleseran kat shopping2 complex. Hahaha

Kami ada satu matlamat je pergi situ. Iaitu cari kasut. Niat asalnya nak cari kasut suami saya. Tapi tiba2 niat tu membiak2 sampai lah budak2 semua dapat kasut baru. Mak dia orang je tak ada kasut baru -_-.

Saya tengok, clarks harga lebih kurang JPO (kalau pergi JPO harga minyak lagi kan. Eh!). Malah stok2 dia semua tak macam outlet. Baru2 lagi. Last time i checked, kasut yang saya beli untuk budak2 di Mitsui masih ada jual di isetan KLCC. Of course harga KLCC lain lah :D

Ending short trip kami? 2 kasut clarks, 1 kasut sketches untuk sarah. Dan 1 kasut flexx untuk husband. 

Nah gambar. Semua ada lampu. Tak boleh tahan betul taste budak2 sekarang. Nak jalan dalam gelap ke apa nak kasut ada lampu? kihkihkih

Pakai jam2 tu jugak. Biasalah, tak sabar2 macam perangai mak dia. Actually bukan lah kasut raya sangat. Cuma since pergi JPO beli kasut haritu, memang tak ada beli kasut apa kat budak2 ni. Pakai sampai lunyai. Itu yang saya suka. Alah membeli menang memakai. Hahaha. Dah setahun lebih ok la tu. Alhamdulillah.

Untuk baju raya tahun ni? kami bertemakan RECYCLE. Ha ha ha. Kamonn. Bukan hari2 pon pakai baju melayu kan. Buang karan ecece justify sangat -_-. Tapi mak dia, baju baru memang evergreen. Ops.

Ok. Itu sahaja spending untuk raya. Saya berbangga! 

p/s: eh tiba2 rasa macam kasut saya sekarang tak sesuai untuk pakai raya kena-kasut-baru-jugak eh?!

Monday, July 13, 2015

Eid Mubarak 2015!

Assalamualaikum

Saya nak jadi yang pertama kali ni; untuk wish Selamat Hari Raya pada anda semua. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Saya wish ni bukan bermakna saya 'menghalau' ramadhan. Oh kamonn -___- tapi sebab saya tak tahu bila lagi saya boleh stay up dan update blog hahaha sangka baik please. :)

Ramai pon yang dah mula bercuti hari ni. Kalau tak harini, esok. Kalau tak esok, lusa. Kalau tak lusa, tulat. Lebih dari tulat, raya dah :D. Balik kampung nanti orang dah tak bukak blog ni dah. Sibuk masak2.

Sampul raya tahun ni :D

Sampul di atas comes with this conversation. Wahaha

Ok seikhlas hati minta maaf zahir batin. P/s: Maybank ada buat sistem duit raya virtual. Nanti dapat SMS notification duit raya dah di bank in. Amacam? No acc saya ada di SINI ekekeke

Tengok bawah ni kad raya Ahmad buat di tadika. Terguling2 kami ketawa sebab memang dah tau tulisan dia masya allah! 


"Ibu saya minta maaf bapa saya minta maaf kakak abang selamat hari raya"


Friday, June 26, 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Dah seminggu berpuasa alhamdulillah. Tahun ni tahun Ahmad mula berpuasa. Alhamdulillah so far masih full 7 hari dia berpuasa. 

Ini dia buat di tadika dan minta gantung. Ah, seolah janji nak bangun sahur, jadi Ahmad senang bangun sahur #it_is_all_in_your_mind


Semoga kita diberi keberkatan!

Sunday, June 14, 2015

Random

Assalamualaikum

When you are a mother, you just got to sacrifice your sleep with blogging, me time, internet, kerusi urut dengan tenang etc. 

p/s: you already are sleep deprived.

Choose wisely *wink*

Friday, June 12, 2015

Sekitar Majlis Persembahan

Assalamualaikum

Dua tiga hari kebelakangan ni, budak2 ni buat project. Mereka beria2 tutup pintu tak bagi masuk. Ok tak apa. Tup2 hari rabu, saya balik kerja, dapat kad ni.

Comel tak envelope buat sendiri?
Rupanya ada 2 envelope. 1 untuk mama. 1 untuk papa

Bila buka, ni suratnya. Surat jemputan rupanya beserta kad 'isetan'. Kad ni dikira sebagai 'tiket' untuk masuk. 
Tulisan kad berbunyi "mama malam ni datang bilik buku anak anak mama ajak datang la ye. Nanti bagi kat (kad) dekat kita orang tau. Daripada sarah hasan ahmad"

Lepas settle semua, kami pon datang lah ke bilik buku. Selagi tak datang selagi tu lah diaorang dok jenguk dan follow up bila nak datang :D Memenuhi jemputan katanya. Tup2 Sarah berdiri depan bilik dengan whiteboard. Dekat whiteboard ada tulisan makanan dan minuman. Sarah tanya suka minum dan makan apa; seraya mencatit dalam buku nota :D.

Makanan: roti coklat / pisang
Minuman: air kosong / air susu

Lepas tu dia minta kad 'isetan' tadi (ada 2 kad untuk tiap sampul) dan seolah 'swipe'. Lepas swipe baru boleh masuk bilik. 

Masuk2 je bilik, di sambut dengan Ahmad yang berkompang sejurus semasa kami buka pintu guna tin biskut hahaha.

Ahmad tengah kompang tepi pintu

Tadaaaa! Sebesar2 kek! Rupanya ini lah projek diaorang selama 3 hari cuti sekolah nih!

Mula2 diaorang cat putih. Lepas tu baru warna bahagian bawah. Diaorang susun kotak semua saiz. Saya pon tak pernah terfikir nak buat macam ni ahaha. 

Yang best, kat atas sekali ada benda ni. Sarah kata ni muka senyum. Macam ni ":)"

Lepas dah belek kek, ni persembahan pertama sebagai intro.

Siap pusing kek sambil berkompang. Kejap je ni ambil gambar pon gegar

Lepas persembahan pertama, sebenarnya ada makan i.e. berdasarkan menu depan pintu sebelum masuk tadi tu la. Tapi saya kata takperlu sebab baru dinner. Jadi sebenarnya, intention diaorang ialah while makan2, diaorang nak buat persembahan kedua iaitu kemuncak!

Kemuncak adalah persembahan kedua dengan lagu dan gaya yang di modify dari lagu2 yang di pelajari. Ahaha. Persembahan ni diaorang praktis berkali2 sebab memerlukan penghafalan lagu (yang di modify) dan gaya sekali! *Hasan last minute backoff..biasala Hasan tu :))*

Ni tengah beria2 buat persembahan

Alhamdulillah lepas kemuncak, selesai sudah majlis pada malam ni :))). Kami pulang dengan hati girang dan terhibur. Luv you guys xoxo.

Mesti kena bergambar sebelah kek!

Gambar ni diletakkan di depan kami as deco. Lepas tu saya perasan, HAH! GAMBAR POTRAIT KENA CONTENG BENTUK LOVE?!

Sekian semoga terhibur!

Note: all ideas and arrangement are by Sarah. But she cannot do it alone. She needs Ahmad as tag team. The success wont be as huge if they are to do it each on their own. Aha, see kiddos, teamwork makes you strong and better. Apa yang penting...KERJASAMAA..!

Monday, June 1, 2015

Autograph 1980s

Assalamualaikum

Siapa2 yang lahir batch 1980s mesti tau buku autograph kan? (at least for girls la) The one that we have, then pass around to selected friends if not everyone (LOL), then kawan2 akan tulis kata2 / advise lah apa lah kan. Hias2 sikit. Well of course saya pon terjebak sekali dalam trend karut tu. Mujur ada 1 je ada kawan2 sampai 2 3 buku ok *nangis gelak* 

Ya siapa tau supermario? Thats my autograph book :D

Yang paling tak boleh tahan, ada ucapan untuk bakal2 penulis autograph! hahaha

My very own hand writing. See what i wrote back then *nangis gelak*

Nampak macam boleh tahan bijak juga owner autograph tu ye. Hahaha *mohon sambung gelak*

Sekian. Harap terhibur :D

p/s: Gatal juga nak upload 'autograph' yang kawan2 tulis pada saya. Tapi takut diaorang marah tak sampai hati. 

Monday, May 4, 2015

How Old. Net

Assalamualaikum

Masya allah, baru perasan dari March tak update blog. Hehe. Maafkan kekangan masa :)

Tengah hangat pasal website how-old.net kan

Nah. Ambik.

12 tahun. Puii. Haha


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Wednesday, March 4, 2015

Random Babble

Assalamualaikum

Hai, sekarang ni macam trend kebanyakan artis2 / orang2 glamour / blogger2 tersohor masing2 mengeluarkan jenama shawl sendiri. Semua pon shawl. Yang berbeza hanyalah corak, mungkin material, mungkin size hahaha yela dah tu nak beza apa lagi kan tapi fikir balik sebab tu lah tudung fareeda glemer sangat sebab dia lain dari yang lain

Pendapat saya, ada orang mukanya sesuai pakai shawl. Tapi tak kurang juga yang overconfident :D. Apa2 pon, ikut suka depa lah. Saya? teringin juga nak pakai shawl. Tapi masih tak cukup keyakinan diri jadi kita stick to ariani sahaja lah lagi. Ha ha ha

Gambar semalam di Magnum Cafe dengan Ahmad
(hai belum 6 bulan habis pantang dah makan aiskrim? *gasp*)

Ok lah sekian entry tak ada motif nervous nak masuk kerja dah. Hu hu hu


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, March 3, 2015

Breastfeeding

Assalamualaikum

Kesinambungan dari kisah peti ais penuh saya di entry ini? ialah di bawah

Main belasah je susun macam2mana sebab dah tak muat sangat2 dah hahaha. Senang2 500Oz tu. Lauk pon beli hampir daily sebab tak muat fridge :D

Dah nak masuk kerja, biasanya, laju je stok2 ni berjalan. Harap2 dapat topup maintain stok. Berkurang sikit pon tak apa supaya muat peti ais. Hohoho

My daily consumption untuk menjaga kesihatan diri sendiri

Tak nak lah menyusu sampai memakan diri. Tu baru calsium. Belum tenaga, masa tidur etc. Ish. Tak boleh. Anak2 memerlukan ibu yang power untuk mendidik mereka. Moga ALlah kurniakan kami kesihatan yang baik!

P/s: Energizing Soy Protin tu yang paling mahal antara 5 5 tu. Retail rm150. Harga ahli murah la sikit. Tapi, bila promosi, murah jauh. Untunglah bulan ni promosi. Yang saya consume, semua saya beli time promosi. Hehe. Diri sendiri kena cekap berbelanja gitcuuuu :D

Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Friday, February 27, 2015

Untuk Ibubapa Muda: Tetamu Beradab

Assalamualaikum

Sekarang ni generation Y kebanyakannya dah jadi parents. Lalu digelar young parents, atau dalam bahasa melayu nya; ibubapa muda. Young parents biasanya mempunyai seorang hingga tiga orang anak. Umur ibu pula biasanya dalam late 20s dan early 30s. 

Zaman2 young parents ni lah zaman yang taknak vaccin, homebirth, babywearing, homeschool, SAHM dan apa2 segala yang melibatkan perungkaian simplified-modern-lifestyle kepada bentuk unit2 asal. 
Contoh:
1- Dulu tak ada vaccin, lepastu ada, sekarang ia nak 'di tiada'kan. 
2- Dulu ibu2 kendong anak, lepastu upgrade guna stroller, sekarang ia muncul dalam bentuk 'wrap' scc apa segala. 
3- Dulu anak2 di ajar di rumah, atau tak sekolah hanya belajar dari kehidupan dan alam. Lepas tu pergi sekolah. Sekarang, balik belajar di rumah ikut syllabus ibu atas nama homeschool.
4- Dulu ibu2 bersalin di rumah, terkadang tiada kelengkapan lengkap, ada yang teruk bleeding ada yang survive. Lepas tu hospital dah canggih. Kini semua nak bersalin di rumah balik. Ada yang assisted, ada yang repeat history. 
Dan macam2 lagi. Tapi itu bukan point saya. Pandai2 lah anda nak pilih macamana gaya hidup anda dan anak2. 

Cumanya, ada benda yang saya pun nak berpatah balik kepada zaman dulu. Iaitu bab2 adab dan akhlak. Nak instill value yang di value pada zaman2 dahulu. Dulu2 sampai sekarang, mak saya strict bab2 ni. Well, to be honest, nenek saya lagi garang sebenarnya, jadi bila sampai pada mak saya, garang tu dah tawar sikit la hahaha. Adab tertib disiplin memang di kuatkuasakan kepada anak2 sampai cucu beliau T_T. Banyak perkara2 yang termaktub dalam buku disiplin dan tatatertib nenek dan mak saya ni. Tapi kali ni saya kongsikan adab2 ketika di rumah orang je lah dulu yakni menjadi tetamu beradab. Nanti lain masa saya share lagi. Moga korang boleh apply bila datang rumah saya. Ehhh jadi pelajaran:

Rule #1: Hormat 
Kena salam tuan rumah. Ini basic. Bila sampai rumah orang, kita salam. Salam tanda hormat. Kami dulu disuruh cium tangan. Tanda hormat. Bukan mengagungkan yang di-cium-tangan. 
Jadi ibubapa muda, ajarkan anak2 untuk salam orang2 yang lagi tua dari mereka dan cium tangan. Biasa saya akan panggil nama sorang2 anak saya pastikan mereka salam tiap sorang sebab dulu aku pon kena buat macam tu hahaha. 

Rule #2: Behave
Bila datang rumah orang, secara automatik anda adalah tetamu. Saya repeat TETAMU. Bukan TUAN RUMAH. Rumah tu bukan anda punya. Jadi jangan buat macam rumah sendiri. Ini membawa maksud: anda dan kaum kerabat/anak2 anda yang bertaraf tetamu jangan pergi panjat sofa, meja, almari dan segala2. Jangan masuk dapur sesuka hati. Jangan buka kabinet atau tin biskut rumah orang. Jangan lari sana sini. Dan jangan naik atas rumah orang (kalau rumah 2 tingkat). Semua benda kena minta izin. Izin tuan rumah lagi afdhol dari izin mak bapak korang :D. Tapi kalau anak anda ambil tin biskut dari dapur tuan rumah dan bawa ke ruang tamu depan minta buka, macamana? Senang je. Tegas dengan anak anda dan suruh letak balik. Kadang2 tuan rumah kata "ehh takpa2 biarlah nak buka". Tapi jika selepas tu tak ada tanda2 tin biskut akan di buka, maka ketahuilah bahawa tuan rumah is just being polite. Dan haruslah anda paksa anak anda letakkan balik tin biskut itu. Tapi kalau tuan rumah kata "ehh takpa2 meh nak tolong buka kan". Then, jump for joy!.
Lagi satu, jangan naik atas. Pantang nenek moyang ku naik atas rumah orang ni. Haha. Kamonn, kita kecil2 memang suka sangat nak naik atas rumah orang kan. Nak tengok atas, nak tengok bilik, nak tengok apa ada dalam bilik, nak tengok macam2 lah. Tapi adab nya, atas tu private. Kot2 tuan rumah lambakkan semua sepahan kat atas dan hanya kemas bahagian bawah je untuk tetamu datang, haa kan dah kantoi kalau kita tiba2 naik atas? :D. Itu aib. 
Jadi ibubapa muda, watch your kiddos. Bukan bersembang je kerja nya :D. Tak aman tuan rumah nak melayan tetamu kalau rumah tengah kena 'geledah'. Kami dulu, selalu je kena cubit kalau buat perangai pelik2 di rumah orang. Sebab tu sekarang ni jadi orang. Kalau tak, mesti dah jadi monyet :)
p/s: dulu nenek kata panjat lompat sana sini kat rumah orang; macam monyet he he he

Rule #3: Tertib 
Ini rumah. Bukan hutan. Bukan padang permainan. Kalau nak jerit2 kerana excited berkawan, atau bergaduh, atau berebut, mohon ibubapa muda kawal pura2 kawal pon takpa anak masing2 agar dalam keadaan terkawal (bukan tanpa kawalan). Dan adatnya, mainan2 di rumah tu kepunyaan tuan rumah. Kalau berebut, sila lah tetamu ambil anak masing2 dan berundur diri. Bukan biar bergaduh tengok siapa kuat (kuat jerit ke kuat nangis ke) dia menang. Pelempang kang baru tahuu :D. Situasi2 seperti ini meletakkan tuan rumah dalam keadaan ackward. Mana kita tahu kalau mainan tu anak dia punya favourite tiba2 anak2 tetamu pergi rampas dan main lantas anak tuan rumah menangis2 nak minta balik. How? how? 

Rule #4: Makan di meja
Tuan rumah pon macam anda. Dia kena kemas rumah lepas tetamu pulang. Tak ada siapa suka kalau makanan bertabur2 dan bersemut kan kan kan. Permudahkan kerja tuan rumah untuk membersihkan rumah dengan mengajar anak2 anda makan di meja makan atau di tempat yang disediakan. Itu juga kan disiplin untuk anak2 anda. 
Jadi, ibubapa muda, pasti kan anak2 anda makan di tempat yang disediakan. Bukan makan biskut gigit bertabur2 merata. Belum yang bawa air dalam cawan tiba2 tertumpah ke. Kids kan. Ingat rule #2 tadi, "rumah tu bukan anda punya" :D

Rule #5: Basuh Pinggan 
Saya dulu di'wajibkan' oleh mak saya untuk basuh pinggan di rumah orang. Segala gelas2 minum semua saya angkat dan basuh. Walaupun di tegah berkali2 oleh tuan rumah. Bukan apa, saya lagi takut nak bantah arahan mak saya dari bantah arahan tuan rumah terlalu muda untuk judge samada tuan rumah is 'just being polite' atau menari zumba dalam hati kerana terlalu gembira tetamu tolong basuh pinggan. To be safe from my mum saya basuh je lah. Hakikatnya, saya rasa tiada siapa yang tidak gembira bila ada orang tolong basuhkan pinggan. kan? Kalau boleh, nak minta tolong lapmeja sapu sampah sekali. KAN? :D
Jadi ibubapa muda, especially bila anak2 anda yang kecil2 tu dah guna semua cawan yang ada mujur tak pecah je apalah salah nya tolong angkat pinggan2cawan2, atau tolong basuh terus. Kalau tak mampu, berpura2 lah sikit nak basuh dengan harapan tuan rumah kata "ehh takpa2 takyah basuh. Letak je situ". Epp tak baik tak mengaku :D:D

Rule #6: Kemas balik sepahan mainan
Adatlah anak2 kecil, mesti sepah punya lepas main. Dan kalau dah bermain bersama2, mestila kemas bersama2. Tak baik lah biarkan anak tuan rumah sorang2 menderita kena kemas mainan sorang2 lepas tetamu balik :D. Disiplinkan anak2 anda supaya kemas mainan selepas main. Kan win-win situation tu. Jadi, bila anda nak datang lagi rumah yang sama, tuan rumah pon akan berbesar hati dan berlapang dada menerima anda sebagai tetamu. Tak ada lah tuan rumah kelamkabut sorok mainan bila nampak kereta anda di depan gate :D

Benda2 di atas ni, bagi saya common sense. Tapi nampak macam sense ini dah tak jadi common dah dikalangan budak2 dan ibu2 muda sekarang. Mungkin ini common sense untuk saya kerana diterapkan dari kecil. Jadi untuk pastikan generasi anak2 nanti mempunyai taraf common sense yang sama dengan parents dia, perkara2 ini perlu diterapkan dari sekarang.

Lain orang, lain adabnya. Tambahan dari adab2 di atas ialah membawa buah tangan (tak kira lah apa jua pon) ketika datang rumah orang lain. Kalau mampu, boleh juga nak diterap kan. Cuma kadang2 tu tak sempat nak beli/bawa buat tangan. Betul menjadi kewajipan tuan rumah melayan tetamu selama 3 hari. Tapi, apalah salahnya kita menjadi tetamu yang beradab dan menunjukkan gratitude kepada tuan rumah dengan melakukan perkara2 di atas. Kan best menyenangkan hati orang lain. The world would be a better place if everybody participates. Afterall, tak la bila kita datang rumah orang, berat je hati tuan rumah nak menerima. Tak layan tetamu nanti berdosa pula! Ahaha :D

Sekian moga bermanfaat!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, February 17, 2015

New Invention

Assalamualaikum

Tau tak ni apa? ops, jangan scroll ke bawah lagi. Siapa boleh teka dia pandai. Taksal.

teet..
..
..
ia adalah
.
.
.
.

SELIPAR JEPUN!
kihkih
.
.
.
.

Original idea by Hasan <3

Mucha loves. Expand your kids horizon. Celebrate every invention.  Support new ideas. Cherish everything!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Sunday, February 8, 2015

Stok Susu dan Calsium

Assalamualaikum

Harini hari ke 44 saya berpantang. Lepas ni merdeka yey! Minggu lepas pergi jumpa gynae untuk post natal check up. First time lah tinggal Yasir pada bibik. Saja training sebelum pergi kerja nanti. Antara lain doctor tiba2 pesan, "iman, please continue untuk makan calsium. After 30, calsium dalam badan akan drop. So you need a supply of calsium" Dalam hati ku tersenyum bangga (ceh tiba2) sebab sejak pregnant Yasir, dah jadi 'terpaksa' wajib makan calsium sebab kaki start cramp, gigi start sakit etc. Bukan apa, taknak la lepas bersalin kang rongak ke cepat bongkok ke apa ke. Ceh memang dasar perempuan takut sangat jadi huduh. Hahha! 

Anyway, perkara ini serious. ESPECIALLY untuk saya - yang asyik pregnant dan menyusu bergilir2 *urut kepala* dan anda juga kalau anda macam saya yakni tua age 30 and above, mengandung, menyusu, cita2 nak menyusu lama, kaki cramp2 etc. Osteoporosis rupanya tak boleh di baiki tau. Kalau dah kena, all the best lah hehehe. 

Saya tak ambil calsium yang hospital bagi. Saya ambil ostematrix shaklee. Saya yakin sangat dengan osteomatrix sebab banyakk sangat testimoni keluarga dan kawan2 yang kaw2 pasal osteomatrix. Ah sekarang harap2 tulang ku jadi padat dan kukuh *tiba2*. Testimoni diri sendiri? Hem, ambil dalam pantang untuk lawas (LOL). Tapi sekarang, jadi WAJIB. Sebab apa? See below 

Ni 230 oz untuk beberapa hari lepas. Tak ke roboh calsium dalam badanku. Ahaha

Ada 3 lapis dalam tu

Selain dari masalah calsium, saya juga ada masalah lain. Iaitu masalah nak susun susu ni. Macamana nak susun ni dah tak muat untuk ayam ikan. Saya reshuffle untuk occupy space atas jadi macam ni:

Tapi ni tak space efficient. Lagipon bole cakap besar sebab stok laukpauk dah berkurang. Nampak beza gambar atas dan bawah? Ketika ni dah 260 oz.

Hari ni dah 280+ oz. And saya tak jumpa lagi jalan penyelesaian nak susun susu dalam peti ais nih sebab dia senang slide.  If only penyelesaian semudah mengelak osteoporosis yakni dengan menelan osteomatrix kan bagus. Hu hu

4 biji ok sehari untuk 280+ oz *urut kepala lagi*

Promosi ostematrix bulan ni. Saja2 je dia tau ku memerlukan. 6+1 for me alone. Another set for parents. Sekiyan kbai :D.



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, February 3, 2015

Lessons Learnt Untuk First Time Mom

Assalamualaikum

Sempena Thaipusam (tiba2), saya nak share 3 item penting yang kalau boleh perlu di miliki oleh setiap first-time mother. Ini berdasarkan lessons learnt pengalaman saya la sebagai mother of 4 (ceyy sedap sikit daripada ibu beranak 4 kan kan). Betul lah biasanya memang kita semua ada financial constrain dan macam2 jenis constrain lagi. Kekangan serupa ini yang membataskan pembelian2 hebat macam2 barang ketika dapat anak pertama. Pendapat saya ni ialah kerana barang2 ni bakal menjadi aset, bukan liability. Jadi, renngn2kan dan selamat beramal *eh tiba2*

1) Stroller

Awal2 dulu waktu Sarah, kami juga punya kekangan2 tertentu termasuk financial. Memang ikut nafsu menjadi cita2 saya nak ada stroller yang macam orang puteh tu (yang tinggi, tayar besar macam basikal, 3 tayar, boleh pusing depan, pusing belakang, ada tempat letak bag, warna cantik etc nampak smart je orang puteh bawak). Apa brand tak kisah sangat la. Oleh kerana stroller spesis tu harga satu2 macam harga motosikal, mestila kita kena settle for less. Jadi, kami beli stroller yang mirip dengan ciri2 gedik impian saya dan mengikut kesesuaian keadaan poket ketika itu. Stroller kami ada 3 tayar dan berwarna oren. Compensationnya ialah? tak boleh baring -__-. Bayangkan bertapa strugglenya nak letak baby dalam tu? 

Time Ahmad pula, saya rasa nak beli stroller baru. Sebab nak yang boleh baring *manusia memang tak pernah cukup*. Jadi saya beli lagi 1 stroller. Saya beli prelove punya via ebay pesan kat adik di UK. Nak jimat lah kononya (walhal memang perangai duduk dalam pantang, memang pantang nampak banyak je idea). Tayar kecil pon tak kisah dah sekarang go for practicality. Hahaha. Warna biru. 4 tayar. Boleh baring. Stroller tu lah yang saya bawa round Netherland, Paris, Belgium etc. Naik turun train flight etc. Letak barang letak orang. Robust puas hati sangat guna. Sampai sekarang ada lagi.

Tapi, time Hasan kebetulan saya kerja di indonesia. Tak bawa stroller sebab banyak lagi barang nak bawa kan. Jadi beli lah stroller murah di hypermart rp299k sahaje = rm100 macam tu. Masya allah, penggunaan yang sangat2 lasak dan since yang ni murah, ringan, kecil, boleh tutup buka single handed, it is value for money. Stroller tu bawa naik turun flight juga. Travel with kids has never been easier *eh gittew*. Stroller ni masih ada sampai sekarang. 

Jadi, lepas panjang2 bebel, saya rasa kalau dari awal beli stroller yang bagus, mesti tak terjadi peluang2 shopping kekesalan2 seperti di atas. Pengajaran untuk anda yang first time mom? beli lah stroller yang bagus, boleh baring, practical, kecil bila lipat supaya muat masuk kereta, senang nak handle etc. Ahaha

Yasir? Tengah fikir nak beli stroller baru atau ikut trend pakai carrier. Eh? hahaha rege carrier sekarang dah macam gaji bibik dah. Kamonn bibik2 balut guna kain batik jew -__-.

2) Breast pump

Kalau anda niat nak breastfeed anak anda selama mungkin, adalah wise untuk invest pada breastpump yang bagus. Tricky sikit part ni sebab kadang2 orang kata dah beli nanti tak ada susu, tak sesuai, sakit etc. Ada atau tak ada susu, cerita di entry lain nanti. Tapi untuk pam, tak silap saya ada kedai yang bagi test pump2 ni. Boleh cuba di situ. Lagi satu, anda boleh cuma la kawan2 punya. Try minta pinjam utk sekali guna. Jangan buat harta pula. Kena belasah kang :D.

Gambar Google

Kisah saya? waktu Sarah, saya beli avent manual single pump (gambar seperti di atas). Itu je yang poket mampu dan itu je yang terlintas di kepala. Maklumlah awal2 dulu tak sehebat sekarang. Dan tak banyak reference. Saya pula jenis tak percaya pump elektrik. Kot la rosak ke, tak kuat sucking ke apa lah. Jadi, lebih selamat saya beli yang manual. So saya pump guna pam tu sampai Sarah 2 tahun alhamdulillah kurus jarijemari ai asyik picit pam.

Gambar Google

Time Ahmad pula, nak beli yang baru. Sebab pam dulu tah kemana pergi parts2 nya. Dari beli parts tu, baik saya beli yang baru. Kan kan kan hahaha. So saya beli medela manual single breastpump juga (gambar seperti di atas); with the same reason as above. Ahahha. I am the loyal type and stick to my grounds you see *grins*.

Gambar Google

Time Hasan? jengjeng. Kena beli getah baru untuk pam Ahmad tu. Kebetulan pula biras saya bagi free pam medela single letrik dia (gambar seperti di atas). Sebab dia dah tak pam and mungkin lama lagi untuk dapat next anak. So saya guna yang tu lah. Bunyi macam mesin rumput ya hampun :D. Bila pam di ofis, rasa berdebar je sebab menganggu orang sekeliling kan. Hehe. 

Tup2, officemate saya guna medela freestyle. Tenang je dia pam di workstation. Saya memang terpengaruh habis dengan style, penjimatan masa, ketenangan pam tanpa perlu was2 bunyi dan masa yang di ambil (sebab sambil2 buat kerja kan) dan jumlah susu yang diperolehi dek faktor2 tersebut. Lepas sembang2, memang lagi berkobar2 rasa nak beli. Maklumlah, pam saya ketika itu bunyi mesin rumput. Risau bunyi, risau ganggu orang = tak tenang langsung. Mohon jangan associate ini sebagai alasan k :D. Risau juga sebab dah anak no 3 kan macam rugi je beli pam hebat. Akhirnya? kalau dah hari2 terpengaruh cemana kan saya pon pecah tabung dan beli juga pam medela freestyle! 

My very own Medela FS. Yey!

Dan memang worth sangat beli pam ni. Mudah, cepat dan on the go. While driving pon boleh pam. Jadi, kita tak malas nak pam. Kadang2 kan malas sebab spare part kecil2 nak buka basuh, nak assemble pon lama dan payah. Simple things like that senang sangat nak demotivate untuk pam. Kena eliminate! eceh dah macam medela sales girl pula. Jadi, anda yang first time mom, mohon cari pam yang sesuai (dengan poket dan breast :D), mudah dan selesa untuk anda. It is an investment you know!

Sekarang time Yasir, saya buat stok susu dengan hebat dan gilang gemilang. Maklumlah..pam while baca buku cerita dan blogging *flips hair*. Amacam?

3) Nappy Changing Table

"Ok mengada2 sangat nak pakai nappy change table" kataku dalam hati sewaktu mula2 dulu. Tapi TIDAK LAGI sekarang! Benda ni sampai sekarang saya tak ada-but-now-wish-to-have. Tapi since dah anak ke4 kan, jadi macam, nak beli pon rasa over sangat. Live with it je lah *snort*. 

Untuk anda yang berfikiran macam saya seperti di atas, STOP sebelum menyesal. Haha tiba2. Nappy change table ni:
- sangat efisyen untuk penggunaan ruang
- mengelakkan 'accessories' bersepah2 dan jadi mainan anak2 lain
- mengelakkan sakit pinggang terbongkok2 tukar di katil (takkan katil korang tinggi paras pinggang kan?)
- mengelakkan penukaran cadar kalau baby kencing/berak
- mengelakkan anak2 lain berkerumun sambil kacau macam2 ketika proses nappy change berlaku oh which kena super cepat-kalau-tak-nanti-pancut dan etc.

Jadi untuk first time mom, beli je lah regardless apa orang2 macam saya nak kata. Dekat ikea ada beberapa jenis. Nah gambar contoh2



Mohon beli sekarang :D

Ok tu je lah yang terlintas dalam fikiran untuk menjadi iktibar semua. LOL. Remember, you can never live long enough to experience every mistake. So learn from others' mistake. Wahaha :D

Sekian semoga bermanfaat!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Sunday, January 25, 2015

Nama Pada Botol Air

Assalamualaikum

So blog ni antara yang terlambat untuk cerita pasal hari pertama persekolahan. Banyak sangat nak cerita, masa yang tak begitu mengizinkan *cliche sangat ayat* :D

Ahmad masuk tadika tahun ni. Menangis first day je. Alhamdulillah second day takat gosok2 mata ala2 nak nangis tapi lepas tu ok je sampai sudah. Hehe

Sarah, steady je dah darjah 2 :)

Malam sebelum sekolah, of course lah malam yang kelamkabut (if not the next morning kan LOL). Malam tu heboh nak cari marker pen nak tulis nama di semua barang2. Masalah tiba2 sebab nak tulis nama pada botol air. 

Macamana nak tulis nama pada botol air? So this is what happens:

Idea mama: Tulis atas kertas, tape kan guna selotape lutsinar pada botol air, cover semua area kertas nama supaya tak rosak bila kena air

Idea bibik: Tulis atas masking tape warna putih dan tampal pada botol air (masalahnya masking tape tu tak ada kat rumah pada masa tu)

Idea sarah: See below!

Tulis guna marker pada botol, dan tape kan guna selotape coklat ni. Jadi marker tu tak tanggal lah. Kreatif kan?!

Ahaha saya rasa out of the box habis lah idea nih; sebab:
1- dia guna bahan yang ada depan mata
2- it is working and practical 
3- simplicity at its best!

I marvel at the idea; hence sharing it here :D. You can use it too!
Selamat memulakan persekolahan semua! kihkih


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)