Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Nutriferon, Mealshake dan Jerebu

Assalamualaikum

Saya suka travel. Masalahnya bila travel, bawa budak2. Budak2 ni tau lah kan antibodinya baru nak develop. Renyah ramai2. Kang demam susah. Selesema susah. Batuk susah. Semua lah. Bila travel, hours semua berubah. Normal hours dah jadi kacau bilau. Sekejap tidur, sekejap bangun. Kadang2, time zone berubah. Jenuh la. 

Yelah dah travel jauh2 takkan nak duduk dalam bilik je ye tak. Jadi saya memang bawa nutriferon (especially) dan mealshake kemana2. Biasanya, nutriferon memang ada dalam hand carry. Sebab dia kecil. Macam mealshake, kena ada bekas. Tapi usaha la juga untuk bawa. Kalau suspect budak2 dah nak start selesema ke dedar sikit badan ke apa, terus bagi mealshake. Mealshake ni kaya dengan vitamin. Budak2 ni  kadang taknak kunyah vitalea tu. Lagipun, vitalea hanya untuk 4 tahun keatas. Kalau teruk sikit, bagi nutriferon. Nutriferon activate antibodi secara semulajadi. Ia terdiri daripada campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. So far berkesan lah alhamudlillah. Macam setakat ini tiada lagi yang serious dan alhamdulillah tidak tergolong dalam budak2 yang sentiasa demam tiap bulan mahupun begitu sensitif terhadap persekitaran. 

Itulah, kadang2, mak bapak pon mungkin pembawa virus. Dah keluar tiap hari guna public transport dan mingle dengan pelbagai orang, mestila sikit sebanyak ada kuman terbawa balik. Sebab tu antibodi parents pon kena kuat juga. 

Di jakarta, sentiasa jerebu. 90% merokok. Dalam shoping mall pon merokok, kalau bukan mall yang besar2. Tempat makan jangan cerita. Belum asap kereta bagai. Saya seriously rasa kalau orang yang sensitif memang payah nak selesa. Alhamdulillah, kami masih boleh survive.



Sekarang di malaysia tengah jerebu. Kesian sangat tengok anak2 kawan2 yang dah start demam, batuk2, ada yang athma dll. Kadang2 saya malas nak propose mealshake atau nutriferon. Orang kata nak menjual. Tapi macam tak sampai hati tengok anak dia lembik macam tu. Tak apa, mothers knows best. Kita yang tengok dari luaran tak boleh nak lebih2. Cuma ikhlas hati saya harap anak2 kawan2 dan semua sihat dan cergas seperti biasa. 

Dan moga jerebu terus hilang. Ameen


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, June 6, 2013

Promo June 2013 - Mealshake

Assalamualaikum

Promosi bulan June adalah Mealshake. Mealshake adalah minuman multivitamin dan juga mengandungi protein dan calsium. Berperisa vanilla. Boleh diambil oleh orang dewasa mahupun kanak2. 

Kalau malam2 saya lapar, atau mahukan quick breakfast, saya minum mealshake + ESP = kenyang
Kalau anak2 dah start selesema atau batuk, saya campurkan sedikit mealshake + nutriferon dalam susu = ok and better.

Sempena promo, regular customer dan regular mealshaker borong 2-3 tin sekaligus. Terus beli untuk persediaan bulan puasa nanti. Penjimatan terhebat! 
Hubungi saya untuk pesanan ya





Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, May 31, 2013

Seputar, suratan atau kebetulan

Assalamualaikum

Suratan atau kebetulan atau kebenaran? Hasan adalah sejenis yang suka tiba2 terbangun malam dan menangis. Lately ni agak kerap. Jadi, tidur saya yang sememangnya sedia terganggu bertambah lg terganggu lah. Tapi lepas disiasat, bibik mensyaki sebab hidung hasan tersumbat. Macam baru2 nak start selesema. Air hingus masih tahap jernih. Saya pon terus minum ESP dan nutriferon malam tu juga. Esoknya, nampak masih selesema. Tapi oleh kerana tak nak perkara sama berulang, yakni bangun nangis2 malam2, saya pon calit la sikit nutriferon kat lidah hasan. Calit sikittt je. Saya tak pernah advise orang untuk bg pada anak yang below 1 year old. Hasan insya allah akan masuk setahun 12 jun ini. Jadi, saya cuba2 lah. 

Dan alhamdulillahhh serius, selesema dia berhenti terus esoknya. Malam tu tak buat perangai. Perhaps, flu is under control :). Alhamdulillah. Hihi. Tetapi, saya tetap tak advise bagi nutriferon pada below 1 YO. Suratan, atau kebetulan, atau kebenaran.

Ini membawa kepada persoalan "orang lain terlalu mengisahkan perihal orang lain". Macam ada komen2 sumbang yang saya dengar, mengeji perbuatan memberikan anak2 makan supplement. Supplement yang famous termasuk lah our famous mealshake, dan infact, omega. Saya hairan malah begitu ajaib sekali akan keprihatinan segolongan masyarakat terhadap pemberian makanan2 ini kepada anak2 orang lain. 

Malah hingga merasa berdosa jika nasihat agar jangan memberikan anak2 mealshake dan omega tidak disampaikan pada orang ramai. Wah gittew sekali. Sungguh terharu dan amat mengharukan. Saya juga berasa amat aneh sekali, kerana pasukan2 ini tidak pula concern akan pemberian makanan2 lain nya seperti gula2 ice cream, coklat, keropok twisties, air gas, air sirap bandung etc kepada anak2. Malahan berusaha memberi komen semacam pakar dalam bidang pemakanan.

Dan lagi satu, penggunaan basic H sebagai air untuk lap badan jika badan anak panas. Boleh mati katanya. Wah, ini memang mendebarkan saya. Walaupun setakat ini saya tidak lagi mendengar kes fatal untuk penggunaan basic H secara berikut, namun mendebarkan bukan. Pengguna2 yang menggunakan cara tersebut bermati2an mengatakan anak mereka ok dan turun panas suhu badannya selepas dilap menggunakan air bancuhan basic H itu tadi. Waallahualam. 

Cuma yang saya hairan kenapa pasukan2 prihatin itu amat prihatin. Bukan kah perkara2 sebegini sama seperti petua orang tua2 dahulu? contoh: jika baby sedu, maka letaklah tisu basah di dahi. Saya rasa benda tu bodoh. Walaupun saya pernah cuba, dan tak berkesan. Namun, ada orang claim perkara tersebut berkesan! malah melakukannya setiap kali baby sedu. Jadi, perlukah saya bertungkus lumus mengatakan kepada orang umum bahawa meletakkan tisu di dahi bayi ketika sedu adalah berbahaya! siapa tahu, kot2 tisu kering dan terjatuh dan masuk dalam mulut bayi lantas membuatkan bayi tercekik? Jadi kesimpulannya, tisu basah pada dahi bayi yang sedu adalah fatal! Jika di cek dengan pengeluar tisu, pasti pengeluar tisu memberi kan jawapan "kami membuat tisu berkualiti dengan fikiran bahawa pengguna adalah orang2 dewasa yang akan menggunakannya dengan berhemah. Ya, kami memangtidak membuat tisu untuk dibasahkan dan diletakkan pada dahi bayi yang sedu". Dan saya menggunakan statement tersebut untuk menyalahkan lagi pengguna yang meletakkan tisu basah di dahi bayi dan mengatakan "hey, tengok ni, manufacturer pon kata bukan dibuat untuk kanak2, apatahlagi untuk dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi". Malafide bukan?

Jadi tidak wajar jika satu pihak claim penggunaan sedemikian rupa memberi kesan yang baik pada anaknya, lantas pihak berlawan bermati2an menidakkan fakta tersebut. Ianya sama seperti teori orang2 tua. Ia menjadi petua orang tua kerana apa yang dilakukan oleh orang tua tersebut berkesan pada mereka lantas diturun temurun. Namun ada juga yang tidak berkesan, lantas tidak dibuat lagi. Jadi apa masalah jika satu pihak mengatakan anak mereka baik demam dengan mealshake, dan satu pihak mengatakan jangan ambil mealshake kerana mealshake hanyalah sejenis tepung. 

Lets just agree to disagree. Masing2 punya pendapat masing2 dan result dari anak masing2 adalah berbeza. 

Aih, lain saya nak tulis, lain pula yang saya tulis. Tak apa lah. Jadi harapnya pembaca boleh fikir dengan waras dan buat kajian sendiri sedikit2. Macam nutriferon, saya dan keluarga so far alhamdulillah. Memang ok dan ia memang berguna. Dah nanti jangan pula ada yang email ke shaklee tanya nutriferon ni boleh ke guna untuk bayi 11 bulan. :)

Sekian saja. Jumpa lagi ! :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, May 12, 2013

Perkasakan Kesihatan Ibu

Assalamualaikum

Saya yakin amat bahawa semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Kebanyakan ibu pon berusaha untuk susukan anak mereka. Terkadang susu kelihatan tidak mencukupi, lantas ibu pon berusaha mencari dan mencuba segala macam supplement mahupun cara tradisional untuk menambah dan membanyakkan susu. Mungkin tujuan ibu menyusu adalah untuk jimat (susu free kan), atau convenient, atau bonding, atau untuk merasa menjadi ibu etc. Tapi saya percaya, most reasons are kerana ibu percaya susu yang terbaik adalah susu ibu. Lantas ibu yang mahukan terbaik untuk anak terus berusaha untuk menyusukan.

Saya baru terifkir tadi. Jika ibu berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak, dengan harapan tinggi bahawa anak akan menjadi lebih sihat, cerdas, kuat etc etc, mungkinkah kesihatan ibu ada kaitan dengan kesihatan anak? Maksud saya, saya perhatikan, banyak bayi yang mengikut kesihatan ibu. Genetik mungkin? saya tidak pasti. Contoh: bayi yang 100% menyusu ibu. Namun, jika ibu jenis seorang yang mudah sakit, maka biasanya ibu akan membawa pulang kuman dan menjangkiti anak. Anak pula, mudah dijangkiti kerana mewarisi antibodi seakan antibodi ibu. Eh betul ke telahan saya?

Jadi why not, ibu2 perkasa kan kesihatan sendiri. Disamping menghalang daripada diri menjadi jambatan virus jahat kepada anak, ibu juga dapat transfer antibodi yang berkualiti kepada anak. Ini telahan saya sahaja. Sebab saya banyak perhatikan, kanak2 yang mendapat segalanya, namun sering kali sakit. Terkadang ibu mengaku "saya la punca ni..saya batuk dulu..lepas tu dah terjangkit kat baby". 

Saya tak pastilah teori ini betul atau tidak. Sebab saya pon tak sempat nak cek. Jadi ini telahan mengikut logik akal saya saja. Untuk diri sendiri, mestila saya percaya teori saya ni kan. Especially ketika saya nyaris terjangkit batuk dari rakan sekerja. Ehh risau. Sebab saya tak nak la jadi jambatan kuman2 tu kepada anak2 saya. 

Saya amalkan nutriferon. Ya. Tak payah tanya banyak. Memang saya bawa nutriferon tu kemana2. Sekarang nak cuba vivix pula. Sementara promo. 

Gambar hiasan ibu dan anak dibawah :))


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, May 10, 2013

Udara Jakarta

Assalamualaikum

Sekarang ni saya berada dijakarta. Jakarta udaranya tidak seperti di KL. Udaranya lebih berdebu dan terlalu ramai yang merokok sehingga dalam supermarket. Sukar untuk saya bawa anak2 berjalan. Hari ini, kawan saya batuk. Sejurus kemudian beliau terbatuk betul2 depan saya. ALlah. Setengah jam kemudian, saya pula mula batuk. Terasa gatal sangat tekak hingga batuk berkali2. Terlintas dihati, wah ini bahaya juga jika balik bertemu anak2, kemudian berjangkit. Saya lupa untuk makan nutriferon. 

Sejurus pulang, saya lantas makan nutriferon (sekali dengan kolagen dan performance drink). Harapan saya, agar ia dapat membantu menguatkan antibodi saya dan dapat dipass pada hasan. Badan hasan agar dedar. Namun alhamdulillah, sehingga tidur tadi, dah tidak dedar langsung. 

Ya, esok insya allah akan bagi sarah dan ahmad mealshake, sedikit nutriferon dan madu. Ya, kita mencuba. Ibu mana yang tak bimbang kesihatan anak2. Harap2 Allah kurniakan kesihatan. Bukan mudah sakit dinegara orang.  

Ni gambar replika eiffel tower di Pasific Palace (PP). Sebutannya Pe Pe. Comel bukan. Background LV dan galeries lafayette. Saja, bagi real :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, March 3, 2013

Hasan dan Demam Combo


Assalamualaikum 

Sunyi sepi blog ni. Saya teramat sibuk sekarang. Memang anda nampak facebook saya selalu update seolah tiada apa berlaku. Update facebook mudah saja. Saya jarang scroll kebawah2. Apa yang keluar dalam newsfeed aje. Jadi minta maaf kalau saya tak terupdated pasal siapa2. Jangan la marah :)


Minggu ini saja sarah dan ahmad demam combo. Hasan batuk selesema. Dengan suami tiada, budak2 semua merengek dan buat perangai ketika saya balik kerja. Wah dan demand kerja makin melampau sekarang. Kesian budak2 bila saya balik lambat, tambahan lagi demam. Sarah dah banyak kali tanya bila mama nak cuti. Dan hampir setiap pagi akan cakap, mama balik la awal hari ni. Sobss!! 

Sarah pernah kata, mama ambil la sarah balik sekolah. Wah, memang sadis. Nenek saya kata budak2 ni demam rindu. Rindu ayah mereka yang lama tak jumpa. 4 hari sarah tak ke sekolah. Lepas 3 hari, alhamdulillah ahmad sihat, cuma tinggal sisa selesema sikit. Sarah agak berlarutan demam. Tapi hari ini, nampak sihat sikit. Cuma selesema agak teruk sumbat hidung menyebabkan dia susah makan dan perut masuk angin. Hehe memang berangkai2. Dan saya? alhamdulillah, 'demam rindu' tak menjangkiti saya. Setakat bangun malan dan tak cukup tidur, dah memang rutin bertahun2 :)

Yang ajaib saya nak cerita ialah hasan. Hasan memang batuk sikit dan selesema. Selesema tu menjadikan dia agak cranky sebab tak dapat menyusu lama kan. Hidung tersumbat. Saya syak dia akan demam sebab kakak abang tengah demam dengan hebat. Tapi ajaib dan bersyukur bila hasan tak demam langsung. Surut selesema, alhamdulillah dia pon ok. Wah, bibik pon impress. Haa, saya rasa sebab dia menyusu badan lah. Saya makan nutriferon haritu. He he kantoi 'pakai' perisai. Sebab saya tahu nutriferon increase antibodi saya dan antibodi adalah antara komponen dalam susu ibu yang ditransfer pada bayi. Saya takde lah kaji betul2, tapi tau lah juga. Jadi, samada susu saya memang semulajadi hebat, atau enhancement nutriferon tu bertindak dengan jayanya. Mana2 pon, ia memberi konklusi bahawa susu ibu adalah terbaik. Dan teori susu ibu increase antibodi adalah betul. Teori susu ibu adalah yang terbaik buat bayi juga adalah betul.

Jadi untuk anda diluar sana, kalau boleh, susukan anak anda hingga 2 tahun. Buat lah apa terdaya untuk menyusukan anak anda. Yang terbaik akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk yang terbaik. :)


Alhamdulillah semua pon ok. Cuma saya macam nak pengsan jaga orang demam serentak. Badan sendiri dah macam zombi. Time zone lari dah. Apa apa pon, Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjaga ketiga2 amanah besar ini. DI saat2 macam ini memang nampak bertapa kesihatan diri sendiri amat penting. 

p/s: Taknak lah susah2 jaga anak sampai diri sendiri pon huru hara tunggang terbalik, sakit2, muka kusam tua dari usia, tulang reput, blabla


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, February 4, 2013

Perbezaan Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum

Kawan saya komplen blog saya terlalu banyak fakta dan berbentuk factual. Macam buku. Beliau pening :). Entah kenapa, saya rasa macam compliment pula. Tapi saya tetap mengambil kira pandangan beliau lantas (kalau anda perasan) kurang sikit la fakta saya sejak akhir2 ni.

Bukan apa. Saya memang suka fakta dan bukti. Saya memang impressed with smart people. Memang. Sungguh. Tak tipu. Jadi, saya suka blog2 yang berat2, new ideas, blog yang penuh dgn fakta (bukan auta). Saya tak suka general term. Tapi apparently, readers mostly are of different view and background from me. And i write more for my readers than myself, so the content needs to suit readers. 

Reason saya suka Shaklee ialah sebab ia full of facts. Ha ha. Saya impressed dgn kaedah, ingredient, cara Shaklee kawal ingredient, process, monitoring etc yang mereka buat dan tak menjadi rahsia. Jadi saya yakin. Infact, sebelum makan, saya memang study produk2 tu. (ehlepasnijanganlapulaktnyasoklanpelik2). 

Saya mengaku agak saiko bab2 pandai ni. Dulu kat uni, budak pandai walau tak hensem pon boleh menjadi hensem dan hebat di mata saya :D. Fish oil kan memang memberi impact pada kecerdasan otak,  jadi, bila saya tahu shaklee ada fish oil, saya pon terus tergedik2 lah nak makan dan bagi makan anak2.Memang banyak lagi fish oil brand lain di pasaran. Tapi saya makan Shaklee punya lah. Lepas makan baru rasa nak jual. Bukan terbalik. Haha. 

Fish oil Shaklee atau nama rasmi nya omegaguard, dan nama manja nya omega, adalah sejenis fish oil yang merupakan minyak ikan terbaik didunia. Kenapa?

1- Omega guard shaklee adalah supplement minyak ikan yang dihasilkan melalui suatu process penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.

2- Omegaguard ini mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi seperti EPA, DHA, ALA danlainlain.

2 fakta di atas differentiate omegaguard dari fish oil lain. Kegunaan fish oil memang banyak. Yang saya paling cepat terpengaruh tentulah sebab dia contribute dengan hebat pada otak dan pembentukan otak. Dengan itu, saya memang bagi dan suruh anak2 saya makan fish oil ni. Saya tak kesah pon anda nak bagi anak anda atau tidak. Sebab semua orang pon mesti tau apa yang terbaik untuk anak masing2 dan semua orang pon ada pendapat masing2.   

Tapi, jika anda terasa ingin mencuba, memang kena sangat lah dengan promo shaklee bulan Feb ini iaitu beli 6 botol omegaguard anda mendapat 1 botol secara percuma. Pengalaman saya dalam promo2 yang lain, customer menyesal takbeli/takborong/buat tak tahu sebab promo jarang berulang dalam masa terdekat. Banyak lagi sebab saya makan fish oil ni. Nanti lah next entry nanti kita bincang lagi. Mebi pasal ibu mengandung, or maybe pasal kolesterol. Tengoklah. 

Sebagai penutup, nah:

"Interestingly, what the researchers found is that 40% of the students who took the omega 3 capsules showed significant improvements in school performance in relation to reading, spelling and behaviour than the students who received the placebo."

"Menurut pakar dari Amerika Syarikat, sekiranya diet anda mengandungi kurang asid lemak omega-3, otak anda akan menjadi 2 tahun lebih tua daripada umur yang sepatutnya. Kajian ini juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak omega-3 di bawah 25%, memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan pemikiran abstrak. . 
Sumber : majalah Isihat Sep 2012"



Golden Lounge
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, February 2, 2013

Tenaga mempengaruhi Emosi

Assalamualaikum

Nak tulis entry dari semalam lagi tapi tak berkesempatan. Ni baru ada masa. Semalam saya pergi yoga. Biasala, nak stretching sana sini sikit. Kan ke gaya hidup sihat hehe. Lepas ni harapnya boleh pergi jogging. 

Balik tu memang sakit badan. Maklumla 2 minggu tak yoga. Lepas tu nak layan 3 3 orang budak ni lagi. Biasala budak2, time dengan mak bapak lah nak bawa keluar semua perangai yang ada. Memang sabar nyee lah walau pun rasa nak jentik2 je! Dah badan sakit2, letih lagi, perangai lagi. Memang nasib baik makan supplement. Dan minum performance drink. Kalau tak, memang tak tahan sabar dan tak ada tenaga. Betul, life di kl memang hectic. Lagi kalau naik public transport. Sentiasa berdiri dan bersesak2, balik rumah nak kena layan anak2 lah kan sebab dah tinggal diaorang more than 8 hours. Kena adil pada hak anak2. Tapi diri sendiri juga ada hak. Jadi saya utamakan hak anak2 dulu. Hak pada diri, saya assume dalam menjaga kesihatan. 

Mesti anda fikir, poyo nye kan apa kaitan makan supplement dengan anak2. Kerana saya memegang jawatan anak, isteri, ibu, pekerja, dan majikan, maka semua dependent saya expect hak masing2 daripada saya. Untuk memenuhi keperluan dan memberi dengan terbaik segalabagai hak tu, saya perlukan tenaga yang lebih. Dah lagipun makin tua. Makin tua banyak lah issue nya. Semua pon tak baru lagi. Tenaga yang lebih bakal mempengaruhi emosi sekaligus terpancar melalui fizikal dan kata2. 

Jika kita letih, kita tak dapat berfikir dengan waras. Malahan nak bercakap pon penat. Apatah lagi nak layan kerenah2 pelik2, anak2 nak baca buku, nak dokong, nak suap etc. Semua pon nak attention. Kalau penat, alih2 semua tak dapat kecuali kena marah. Kesian kan? tak adil untuk marah anak2 yang tak tau apa2 kecuali nak attention mak ayah. Paling kuat kena bersabar. Tapi tahap mana sabar kita kalau kita penat sangat? 

Disitu supplement membantu dimana saya masih bertenaga ketika pulang. Kalau penat letihh sangat pon, jika saya minum performance drink tu, insya allah, siap boleh stay up dan update blog. Paling basic ambil lah family wellness set, bertenaga sikit

Tengok ni budak bertiga tu. xoxo



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, January 28, 2013

Vita-Lea for Children

Assalamualaikum

Lagi tentang vitalea chewable :)


Vitalea for children ini lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan kanak-kanak. Dengan pengambilan vitalea chewable secara konsisten, anak anda akan:
  • Mendapat tumbesaran yang ideal
  • Lebih sihat dan sukar untuk jatuh sakit
  • Peningkatan sistem imun badan
  • Tulang dan gigi yang kuat dan sihat
  • Lebih cergas dan cerdas
Vitalea chewable ini tidak mengandungi pengawet, perasa atau pemanis tiruan. Rasa manis pada vitalea chew ini adalah disebabkan penambahan xylitol yang tidak akan menyebabkan kaviti pada gigi. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, January 26, 2013

Musim Hujan Lagi

Assalamualaikum

Sekarang ni musim hujan. Yeke? macam panas juga kan minggu2 lepas. Frankly speaking, saya sukaa musim hujan. Sebab kalau tak hujan, panasnya ya rabbi. Setiap hari pasti saya doa supaya hujan. hu hu. Walaupun musim hujan dikaitkan dengan musim demam batuk selesema, saya lebih pilih hujan. Mungkin sebab saya lagi stress kalau panas berbanding demam/ anak2 demam. Lagi pula, saya memberi anak2 makan makanan tambahan dan vitamin agar badan mereka kuat antibodi dan tahan melawan penyakit. Dikala suami saya jauh, kami semua perlu sihat kerana susah juga kalau apa-apa terjadi.

Dah tak menjadi rahsia lagi apa yang saya bagi pada anak2. Tapi saya cerita lagi sekali lah. Saya bagi mereka mealshake dan vitamin C chewable. Untuk anak sulung saya, tambahan vitalea chewable kerana beliau menginjak umur 6 tahun tahun ini insya allah. Ada ketika mereka demam, saya bagi nutriferon. Ya, last time mereka demam/batuk/selesema adalah pada entry saya tentang demam combo. Jangan risau, saya akan insya allah update disini jika anak saya demam kerana saya pasti berkongsi apa yang saya bagi dan berapa lama efek. 

Anda nak cuba?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Set Kanak-Kanak Shaklee

Assalamualaikum

Ini adalah set untuk kanak-kanak. 
Mealshakes adalah sejenis minuman multivitamin yang lengkap dan berperasa sedap. Ia digunakan sebagai pelengkap makanan dan untuk kesihatan secara am. Tidak mempunyai perasa dan perwarna tiruan serta berperisa vanilla yang enak. Ia digunakan untuk menambah selera makan kanak-kanak yang picky eater. Sesuai diberi ketika mereka demam dan secara occasional untuk kesihatan general. 544gm pada harga RM113.75, anda berhak mendapat harga istimewa ketika membuat pembelian dari kami.

Vitalea adalah multivites kanak-kanak. ia boleh diambil oleh kanak-kanak bermula umur 4-12tahun. 65 biji pada harga retail RM 48.75, anda boleh mendapat pada harga yang lebih menarik jika membuat pembelian dari kami.

Vitamin C Chewables adalah vitamin C 100mg, yang dikunyah dan berperisa oren/lemon. Sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang sukar menelan supplement. :). 90 biji sebotol pada harga retail RM 37.50.

Pembelian set ketiga2 di atas bakal mendapat harga yang lagi istimewa dan berbaloi2. Siapa yang tak sayang anak kan? :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, January 5, 2013

Saya dan Supplement

Assalamualaikum

Dah lama saya nak share ni. Tapi tak tertulis. Ramai kawan2 pelik sejak bila saya health conscious nih? Sejak bila makan supplement? bia benar budak ni buang tabiat kah?

Kesahnya saya memang sejenis manusia yang tak begitu jaga makan. Memang dari dulu. Tak sukalah nak sebok2 cari makanan berkhasiat. Apatah lagi tiada sangat la masalah gemuk berlebihan dan sentiasa bertenaga. Bajet muda lagi kan. Lagi horror saya memang semulajadi sweet tooth. Oh suka desert, suka gula2, suka air manis, suka coklat, etc. Saya jarang minum air kosong. I go for colours. I like colors. Contoh: air mesti air kaler ie bandung, teh tarik yang susunya banyak, milo pekat, neslo, honeydew yang kale hijau muda tu. Lauk pon saya suka kaler. Nasi mesti pilih kuah kuning, or kicap supaya hitam, or masak merah..semua akan mewarnai pinggan saya. 

Tabiat ni memang terbawa2 sampai besar. Old habits die hard no? Masuk kerja, jumpa ramai orang. Ada yang dah berumur, ada yang masih pertengahan dan ada yang muda. Kadang2 tengah buat milo, datangla senior citizen, cerita pasal keburukan gula putih dan kebaikan gula perang. Wah saya terpengaruh lantas menukar gula dirumah menjadi perang. Tapi tak sedap. Kemudian pula, ada kawan yang begitu health conscious. Gula hanya sesudu kecil. Eh..susah tu. Tawar air saya. Ada juga seorang kakak yang lebih tua dari saya, yang teh susu nya amat saya gemari. Selalu minta beliau buatkan dengan pesanan "kasi manis tau, susu banyak sket". Wahwah 
Dan maaacam2 lagi jenis orang yang saya jumpa. Tapi, ada aku kesah?

Ketika mengandung anak ketiga, tabiat masih tdak dibuang. Makan sekuat hati. Tak kesah sangat manis2 sebab buat ujian kencing manis, takde. He he. Kalau beli cendol, selalu minta gula banyak. Kalau beli ice blended, suka minta caramel lebih. Kalau beli waffle, minta coklat disiram atas waffle. 

Turning point bermula ketika dalam pantang, dimana nasib saya tiada bibik mahupun tidak mengambil confinement nanny kerana harganya yang mahal. Lantas bersama 2 orang lagi anak, saya tidak boleh berpantang sangat. Ini dalam erti kata, banyak berjalan, basuh pinggan, sapu sampah etc. Kan orang tua2 kata tak elok main air ketika dalam pantang? lagi jangan banyak berjalan2? dan jangan sapu sampah kerana takut bentan. Wah semua saya langgar dengan jayanya. Dalam hati terdetik kerisauan. Saya memang percaya kata orang tua2, pantang harus dijaga untuk kesihatan masa tua. Perempuan ni leceh. Macam2 nak kena jaga. 

Nak jadi cerita, tak berapa hari pon selalu sakit urat dan pinggang. Mungkin kerana menyusu. Mungkin kerana postur tidak betul, mungkin kerana kerap dokong baby, mungkin mungkin mungkin. Mak saya kata.."apalah..muda2 lagi dah sakit macam2". Ok fine. Saya cuak. He he. Saya tahu ketika umur menginjak 30, memang macam2. Kalau takpercaya, anda tengokla nanti. Jadi free time saya surf. Cari supplement2, siap nak beli alat exercise untuk sihat. Ha ha. Lalu saya tertarik dengan shaklee. Tambahan pula tengok2, eh ada peluang buat business. Memang jive dengan jiwa. Saya pon try lah. Produk pertama yang saya beli ialah ESP. Hehe. 

And the rest is history. 

Jadi itu cerita saya. Cerita kenapa saya start health conscious dan makan supplement. Mungkin sebab saya beranak 3x lantas macam2 hal. Kalau anda tak beranak atau beranak sekali je, mungkin badan anda kuat lagi. 

Ada juga yang kata mereka bergantung pada makanan seimbang. Ya, memang kesihatan memerlukan 3 perkara: makanan seimbang, exercise dan makanan tambahan (supplement). Bukan saya makan supplement je dan tidak makan benda lain. Hehe. Balance out lah. Lagi pun banyak pencemaran sekarang dari segi sayur, ayam mahupun ikan. Cuba anda tengok, produk organik lagi mahal kan dari produk biasa? ha kenapa? cari sendiri. 

Ok, saya tengah berfikir2 nak enroll gym. Wah kellas kau! Mestilah kan. Kata dah makin tua :)

p/s: Ni gambar anak saya no 3. Baby shaklee. he he. Namanya Hasan. 




Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 20, 2012

Musim hujan

Assalamualaikum


Sekarang musim hujan. Asal petang je hujan. Musim hujan biasa selesema batuk. Anak saya dah start nak batuk. Saya hidung sumbat. Takboleh jadi. Saya tak boleh biarkan melarat. Jadi saya continue ambil vitamin c, dan tambah nutriferon untuk boost immune sistem. Untuk anak2, saya start bagi mereka mealshakes, vit c chewables dan sedikit nutriferon.

Bukan apa. Saya memang berpegang pada "prevention is better than cure". Kalau saya yang sakit boleh tahan lagi. Masalahnya anak saya ada yang masih menyusu. Nanti berjangkit susah. Kalau anak2 sakit, ibu yang susah. Tambahan lagi duduk nursery memang open virus-sharing. Takboleh nak elak, kena equip anak anda dengan pertahanan diri yang kuat. Especially when you are not there to defend your kids.

Kesihatan memang anugerah Allah. Tapi kita boleh berusaha. Dan kalau memang ditetapkan sakit, redhalah, tapi tetap berusaha agar sembuh. Ada kawan saya anak beliau selalu sakit. Selalu MC or EL. Ulang alik pergi hospital. Tak apalah, anak dia sorang je baru, tatang macam minyak yg penuh. Kalau dah ramai? Nauzubillah selalu sakit macam tu. Even kalau seorang anak pon saya kalau boleh nak sihat taknak selalu sakit macam tu. Rawatan untuk cure biasanya lagi mahal dari prevent. Anda sebagai ibu, anak, kakak, abang, adik boleh menilai sendiri mana yang lagi bagus. Pilihan memang terletak pada anda. Saya bersyukur kerana masih mampu mendapatkan apa yang saya rasa terbaik untuk kesihatan anak2. Ada yang bersungguh2 mahu membeli tapi tidak mampu. Bagi saya, kesihatan tiada tolok banding dengan benda lain. Pendapat kita mungkin berbeza. Terpulang :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, August 4, 2012

Meal Shakes

"Di bulan puasa, ramai yang bersahur ala kadar atau tidak sempat sahur dan kemudian merungut lapar dan tidak bermaya."
"Pada hari kebiasaan, kebanyakan kita tidak sempat mengambil sarapan, apatah lagi yang berkhasiat"
"Kebanyakan juga kita mendengar rungutan ibu-ibu terhadap anak-anak 'susah makan'. Kanak-kanak yang susah makan, jika berlarutan akan menyebabkan kekurangan nutrisi sekaligus memberi akibat seperti mudah dijangkiti penyakit, lemah dsb."


Masalah di atas boleh dibantu dengan meal shakes shaklee. Meal shakes shaklee adalah pengantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Meal shakes shaklee ini menyediakan hidangan lengkap dimana nurtrisi meal shakes ini mudah diserap untuk kegunaan seharian.


Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
  • Nutrisi lengkap - Membekalkan sekurang-kurangnya 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanilla), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu dan lain-lain
Siapakah yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee? 
  • Kanak-kanak yang membesar - terutama 'picky eater'
  • Bayi berumur setahun ke atas - dos kecil
  • Ibu menyusu yang ingin menguruskan badan
  • Ibu mengandung yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan lengkap dan seimbang
  • Mereka yang selalu mengambil makanan segera
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Meal shakes shaklee juga boleh diambil untuk penurunan berat badan oleh kerana kandungan protin dan serat yang memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Beza antara meal shakes dan Cinch (antara produk dalam program weight loss shaklee) adalah antaranya Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program penurunan berat dijalankan.

Cubalah meal shake harini dari Golden Lounge untuk kehidupan yang lebih sihat dan cergas!

Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com