Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label B complex. Show all posts
Showing posts with label B complex. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Tenaga Untuk Art Class

Assalamualaikum

Kawan2 tanya macamana saya boleh ada energy untuk buat art class pada anak2 saya lepas balik kerja. Saya kata saya ambil vitamin. Saya ni bukan orang yang rajin nak buat sendiri makanan sihat semua. Saya tak sempat pun. Saya jadi bijak, ambil vitamin je senang. Anda perasan tak, kegembiraan dan mood keluarga bergantung pada ibu? Perasan tak kalau ibu bad mood, macam suram je rumah? kalau ibu gembira, macam lighted up seisi keluarga? Betul tak?

Jadi sebagai manusia, susah juga kan nak maintain mood ceria gembira bahagia tu. Kadang2, letih balik kerja, memang termarah la juga anak2. Kesian. Bukan apa, letih. Travelling letih. Kerja ofis drained mental dan fizikal. Balik rumah, faham2 je lah kan :).

Keadaan macamtu memaksa saya consistent ambil bcomplex dan vitalea. Kalau ambil sebelum balik rumah, memang energized la malam tu. Buat art class 2x pon boleh :D. Lagipun kita makin lama makin berumur. Badan makin lemah. Kena jaga la juga sikit banyak. 

Kalau anda ada masalah macam saya, mungkin anda boleh cuba 2 vitamin asas tu. Semoga membantu. Jom buat art class! :D


p/s: Ni update blog malam2 buta pon perlukan tenaga tambahan juga ye tak :))


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Monday, November 11, 2013

Ibu, Sayangi Diri Anda

Assalamualaikum
 
Monday morning. Malam minggu bertungkus lumus lipat baju (atau tak), weekend kemas rumah, sapu sampah kemas mainan anak2, basuh baju, jemur baju, kutip baju. Alamak hujan pulak, bertimbun lagi baju. Basuh pinggan, kemas dapur, masak, kemas meja makan etc. Letih kan?
 
Weekdays kerja, balik kerja fikir makan. Datang lewat balik lewat terkecoh2 nak fikir dinner dan kemas dapur siap baju esok. Gosok baju. Tak dapat datang awal sebab hantar anak ke nursery. Dan the cycle goes. Kan?
 
Belum masuk layan anak2, layan suami, anak2 nak minta suap makan. Minta bacakan buku. Main sama2, diri sendiri nak mandi, nak solat beribadat. Semua cram dalam tak berapa jam selepas maghrib sehingga tidur. Dengar pon penat kan?
 
Ibu2 biasa jadi heroin dalam rumah tangga. Sangka kita lelaki itu gagah dan kuat. Hakikatnya, jangan bohong, ibu2 yang biasanya menjadi tulang belakang sesebuah keluarga. Jika suami demam, suami akan terlantar di katil dan berehat. Jika isteri demam, biasanya isteri akan tetap menjalankan tugas harian sebagai ibu seperti biasa. Betul kan? Kan home is where mom is. Dan ibu2 biasanya gembira jika semua di atas Berjaya di accomplished. Apatah lagi jika kerjaya turut cemerlang.
 
Tapi jangan bohong badan kita. Badan kita juga punya hak. Ibu2 biasanya mengabaikan badan sendiri demi keluarga. Jika lapar, diberi anak dan suami makan dahulu. Nanti jika ada lebih, baru dimakan. Lepas makan suami dan anak2 berehat dan bermain. Ibu di dapur kemas dapur. Selesai mengemas baru semua akan siap2 nak tidur. Semua tunggu ibu.
 
Berapa lama badan boleh tahan? Terkadang gizi yang diambil ibu tidak seimbang kerana makan ikut dan. Mandi malam2 tunggu anak2 tidur. Tidur tak sempurna dek anak bangun malam mahupun stay up lipat kain.
 
Perkara biasa kan? Jangan zalimi badan kita. Sayangi diri anda wahai ibu2. Pastikan ada waktu diberikan pada diri sendiri. Ada makanan yang berkhasiat masuk ke perut kita. Ambil supplement untuk menampung kekurangan2 dalam gizi pemakanan dan makanan harian. Pastikan anda mendapat balanced diet. Ambil supplement untuk mendapat extra tenaga yang diperlukan.
 
Yeah, bukanlah bermakna yang mengambil maid untuk membantu kerja2 rumah harian itu lemah. Dan bukan juga bermakna yang mengambil supplement untuk memberi tenaga lebih dan kecergasan dan kesihatan badan itu lembik. Itu semua bermakna ibu2 masih sayang diri sendiri dan juga keluarga.
 
Badan yang sihat bakal melahirkan emosi yang tenang dan stabil. Itu yang penting dalam menangani kehidupan harian yang mencabar dan juga menangani stress.
 
Emosi yang tidak terkawal dan ekstrem akibat badan yang lapar dan letih bakal menghasilkan impak negative. Otak juga akan lebih tertekan dan lesu akibatnya tidak mampu berfikir dengan baik dan rasional.
 
Boring. Tapi itulah hakikat hidup. Orang kata, hidup mesti positif. Macamana nak positif kalau badan pon letih dan tidak dapat berfikir dengan baik serta emosi yang tidak stabil?
 
Sayangi diri anda. Anda sayang diri anda kerana dengan itu, anda juga membuktikan anda sayang keluarga anda.
 
 
 
Kekman @ goldenlounge
019 2661775

Friday, July 19, 2013

Testimoni Hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum

Ini salah satu dari banyak testimoni hamil selepas mengambil set shaklee. Erm, saya tak gemar sangat letak testimoni hamil. Sebab pregnant memang betul2 rezeki dan kuasa Allah. Tapi untuk yang ingin berusaha, ni lah saya bagi testimoni

"Hi Dearies,
Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha... 😊"




Hubungi kami untuk pesanan proposed set hamil. SMS/whatsapp 0192661775


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, July 16, 2013

Kecantikan Luaran Bermula Dari Dalam

Assalamualaikum

Kecantikan luaran bermula dari dalam. Ramai yang nak cara mudah dan segera. Lantas terus menempek muka dengan foundation, bedak tebal, lipstik dan pemerah pipi. Belum masuk eye shadow etc. Cantik. Tapi lepas basuh muka, tak tau macamana muka sebenar :)


Saya nak syorkan kecantikan dalaman. Bukan bermakna mengabaikan luaran, kita tackle dua dua lah. Jika dalaman i.e usus, overall badan kita sihat, hasil yang akan diperolehi termausk kulit glowing, kulit smooth, nampak berseri, kuku pink etc. Glowing bukan perkara mudah. Kalau guna make up, memang jenuh juga nak dapat efek glowing tu. Kalau cover magazine, dia akan guna lampu, shades etc. Jenuh pula kan kalau kita kena bawa lampu kehulu hilir untuk dapat efek glowing. 

Supplement yang saya nak syorkan untuk glowing effect ialah GLA Complex, B Complex dan Kolagen. Ketiga2 ini mempunyai glowing efek.  GLA adalah gamma linolenic acid. Berfungsi lebih baik dari EPO. Mungkin yang sentiasa makan EPO boleh cuba GLA complex shaklee. 

Selepas menjaga dalaman, anda boleh serentak tetap menjaga luaran. Perkara asas seperti membasuh muka, toner, moisturizer adalah basic. 

Betul orang kata kecantikan bermula dari dalam. Kecantikan dalaman akan terpancar keluar. Yang paling dalam ialah hati. hati yang bersih ikhlas akan nampak di wajah. Solat dan solat sunat juga sebenarnya memainkan peranan penting. Kan orang selalu buat lawak "aku tak payah basuh muka, basuh pakai air wudhu je". Ya betul lah tu. Tapi mestila ada beza basuh dengan air wudhu sahaja, atau air wudhu dan pencuci muka..dan supplement. Yang mana anda mahu?

Post ini dibawa khas sempena raya dan promo GLA complex. GLA expire 2015. Jika punya budget lebih, ambil terus satu set. SMS/whatsapp saya di 0192661775



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, April 20, 2013

Set Vitamin Politik

Assalamualaikum


Bersempena dengan musim pilihanraya di malaysia ni, saya rasa nak buat set vitamin baru lah. Namanya "set politik". Set ini terdiri daripada:

Nutriferon
Agar sentiasa sihat sepanjang berkempen. Perisai virus untuk yang pergi mencula kan jumpa macam2 orang di macam2 tempat. Agar sihat hendaknya dan berdaya upaya pergi mengundi

Bcomplex
Ini penting kerana politik adalah medan yang high pressure high temperature dan high stress. Bcompleks juga adalah anti stress dan anti moody disamping memberi tenaga. Ini penting untuk mengelakkan anda kelihatan moody dan emo ketika berkempen, malahan juga untuk mengelakkan agar bergaduh di facebook.

Performance Drink
Macamana atlet, macam itu lah anda. Kerja2 politik bukan kerja mudah. Bukan hanya duduk di atas katil. Malahan, memberi ceramah dan mencula dah cukup menhidrasi kan badan anda. Rehydrate dengan performance drink. Performance anda pasti berganda.

Vitalea
Vitalea adalah multivit pelengkap. Tentunya musim2 ni anda makan tak seimbang. Jadi multivit ini menjadi pelengkap diet harian anda disamping memberi tenaga sepanjang aktiviti berkempen.

Mealshake
Ya, ini memang sangat handy. Menjadi makanan on-the-go yang sesuai kerana kita tak ada masa nak makan. Terlalu banyak mesyuarat, kempen dan ceramah yang perlu dilakukan. Jadi mealshake akan memberi rasa kenyang disamping membekalkan vitamin yang diperlukan. 

Lecithin
Ahh, apa lagi yang penting selain tenaga di masa2 kritikal ni? tentulah brain food. Focus, focus dan focus. Itu yang anda perlukan dan itu yang boleh lecithin bantu anda. Anda perlu focus untuk menang!

Yeap! Set politik sudah siap. Jika anda mahu order, order lah dari saya. Moga parti anda menang. :))

Nanti saya bagi percuma satu botol vitalea for kids. Dengan anak2 pon sekali kita cover. 

Selamat berjuang! 
p/s: ahh copyright Golden Lounge


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, February 16, 2013

Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum

Asal lambat dapat anak, mesti wanita dipersalahkan i.e. tidak subur, tidak boleh conceive etc. Tapi adakah lelaki juga menjaga tahap kesuburan mereka? Tahukah anda kesuburan dipengaruhi oleh lifestyle, makanan dan keturunan. Dibawah ni saya sertakan status FB Dr Hamid Arsyat tentang kesuburan lelaki. 
Faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki (selain masalah 'teknikal'):

1) Makanan
Anda boleh mengambil makanan segar dan mentah sebagai sumber anti-oxidant dan vitamin dan makanan berprotin tinggi seperti ikan laut dalam, daging mahupun tempe/kacang2an amat disarankan dan mungkin meningkatkan kesuburan.
Elakkan consumption yang terlalu banyak terhadap sesetengah seafood yang mungkin mempunyai pencemaran merkuri seperti kerang dan ikan juga mungkin memberi ganguan kepada kesuburan. 
Elakkan makanan seperti cheese, daging berlemak, coklat dan makanan berproses. 

2) Lifestyle
Anda juga boleh mencuba mengubah lifestyle kearah kehidupan yang lebih sihat dan agar tidak terlalu stress, di samping berhenti merokok

3) Keturunan
Faktor keturunan juga memainkan peranan terhadap tahap kesuburan seseorang. Kebanyakan mereka yang mempunyai keturunan yang ramai lebih berpotensi untuk subur berbanding yang menjadi anak tunggal atau mempunyai adik beradik yang sedikit.  

4) Supplement
Supplement seperti Vit C, Vit E dan folic acid (terkandung dalam bcomplex shaklee) adalah penting. Untuk menyuburkan benih lelaki, anda boleh mencuba zinc sebagai sumber selenium. Omega 3 (sumber omega 3 shaklee adalah omegaguard) juga perlu sering dimakan. 

Shaklee menawarkan Vitamin E (yang diperkaya dengan grape seed extract), Vitamin C, Bcompleks yang diperkaya dengan rangkaian penuh vitamin B dan asid folic, zinc, dan omegaguard (fish oil terbaik mempunyai rangkaian penuh asid lemak perlu)

Untuk konsultansi lanjut dan pembelian supplement shaklee, anda boleh menghubungi saya di 0192661775.



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, February 2, 2013

Tenaga mempengaruhi Emosi

Assalamualaikum

Nak tulis entry dari semalam lagi tapi tak berkesempatan. Ni baru ada masa. Semalam saya pergi yoga. Biasala, nak stretching sana sini sikit. Kan ke gaya hidup sihat hehe. Lepas ni harapnya boleh pergi jogging. 

Balik tu memang sakit badan. Maklumla 2 minggu tak yoga. Lepas tu nak layan 3 3 orang budak ni lagi. Biasala budak2, time dengan mak bapak lah nak bawa keluar semua perangai yang ada. Memang sabar nyee lah walau pun rasa nak jentik2 je! Dah badan sakit2, letih lagi, perangai lagi. Memang nasib baik makan supplement. Dan minum performance drink. Kalau tak, memang tak tahan sabar dan tak ada tenaga. Betul, life di kl memang hectic. Lagi kalau naik public transport. Sentiasa berdiri dan bersesak2, balik rumah nak kena layan anak2 lah kan sebab dah tinggal diaorang more than 8 hours. Kena adil pada hak anak2. Tapi diri sendiri juga ada hak. Jadi saya utamakan hak anak2 dulu. Hak pada diri, saya assume dalam menjaga kesihatan. 

Mesti anda fikir, poyo nye kan apa kaitan makan supplement dengan anak2. Kerana saya memegang jawatan anak, isteri, ibu, pekerja, dan majikan, maka semua dependent saya expect hak masing2 daripada saya. Untuk memenuhi keperluan dan memberi dengan terbaik segalabagai hak tu, saya perlukan tenaga yang lebih. Dah lagipun makin tua. Makin tua banyak lah issue nya. Semua pon tak baru lagi. Tenaga yang lebih bakal mempengaruhi emosi sekaligus terpancar melalui fizikal dan kata2. 

Jika kita letih, kita tak dapat berfikir dengan waras. Malahan nak bercakap pon penat. Apatah lagi nak layan kerenah2 pelik2, anak2 nak baca buku, nak dokong, nak suap etc. Semua pon nak attention. Kalau penat, alih2 semua tak dapat kecuali kena marah. Kesian kan? tak adil untuk marah anak2 yang tak tau apa2 kecuali nak attention mak ayah. Paling kuat kena bersabar. Tapi tahap mana sabar kita kalau kita penat sangat? 

Disitu supplement membantu dimana saya masih bertenaga ketika pulang. Kalau penat letihh sangat pon, jika saya minum performance drink tu, insya allah, siap boleh stay up dan update blog. Paling basic ambil lah family wellness set, bertenaga sikit

Tengok ni budak bertiga tu. xoxo



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, November 14, 2012

Testimoni set bersalin shaklee

Assalamualaikum

Saya share testimoni pengambilan set bersalin seperti entry saya tentang set bersalin di sini. Cik puan pengguna set ini sedang berpantang anak kedua. 


Ketika saya bersalin anak no 3, saya telah membeli satu set bersalin. Harganya dalam rm 420. Saya makan set tersebut seawal hari kedua. Maklumlah, ambitious sangat nak kurus. Malang tak berbau, baby saya jaundis dengan teruk yakni reading yang tinggi. Baby terpaksa ditahan selama 2 malam di wad, dimana tidak terdapat lodging untuk ibu. Ini bermakna saya terpaksa balik tidur dirumah dan berulang alik untuk berjumpa baby saya dan menghantar susu. Perasaan ketika itu sangat-sangat sedih. Mereka yang ada pengalaman pasti memahami sangat2.

Selepas 2 hari, baby boleh pulang kerumah namun perlu dibawa kembali ke hospital selepas seminggu untuk check up follow up. Sebelum pulang kerumah, saya dinasihati agar berhenti makan jamu dahulu. Paling kurang, stop untuk 2-3 minggu kerana baby fully breastfeed. Apa?? jamu saya ada beberapa botol yakni mengikut hari. Hari 0-9, 10-19 etc. Pemberhentian makan jamu bererti akan ada 2-3 botol jamu saya yang tidak di makan! Memanglah tulis di botol boleh dimakan selepas 60 hari, tapi come on lah kan. Jadi saya rasa bengang dan membazir!

Selepas itu baru lah saya diperkenalkan dengan shaklee dan terus mencuba. ALhamdulillah, seperti entry ESP saya di sini, saya amat2 berpuas hati. Kini saya memang menasihati rakan2 agar menggunakan supplements sebagai supplement selepas bersalin daripada jamu. Tapi jika mahu ambil jamu juga terpulang lah. Anda tahu mana yang baik untuk anda :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, September 6, 2012

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Assalamualaykum

Saya ada sorang kawan yang berkerja sebagai nurse. Kata beliau, terdapat musim beranak di hospital. Musim yang dimaksudkan ialah pada bulan 6 dan bulan 12 iaitu sejurus selepas cuti sekolah. Melihatkan keadaan sekeliling, mungkin ada kebenarannya. 4 orang dari kawan office saya sahaja bakal bersalin akhir tahun ini. Saya dedicate entry ini kepada mereka dan bakal2 ibu mahupun ibu2 'lama' yang bakal melahirkan cahaya mata akhir tahun ini.

Disini saya ingin kongsikan set bersalin optimum / vitamin yang disyorkan untuk membantu ibu-ibu dalam pantang. Set tersebut terdiri daripada set basic + Zinc complex + Ostematrix.

Tahukah anda bahawa pengambilan ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat adalah disebabkan mereka kaya dengan zink, zat besi, protin etc. ?

Kegunaan zinc complex dalam set ini adalah untuk mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin samada dalaman dan luaran. Ia juga membantu mengurangkan masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin.

Vita-C memperbaiki sistem pendarahan. Kombinasi vita-c dan zink dalam set ini membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan mencantikkan kesan luka luaran. Vita-C yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun amat diperlukan oleh wanita yang berada dalam pantang. Antara lain adalah untuk mengelakkan daripada demam dalam pantang. Mengikut petua orang tua-tua, "jangan demam dalam pantang. bahaya". :)

Vitalea adalah multivit yang penting kepada wanita berpantang. Ini kerana vitalea membekalkan 28 jenis minerat dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Proses pantang orang tua-tua menghalang wanita dalam pantang daripada mengambil pelbagai jenis makanan. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat dan vitalea berfungsi untuk mengelakkan ia daripada berlaku. Vitalea juga mempunyai zat besi yang diperlukan oleh wanita dalam pantang akibat kehilangan darah yang banyak.

Bcomplex mengandungi kesemua jenis 8 vitamin B dimana ia berfungsi untuk melawan kemurungan dan stress. Kemurungan yang teruk oleh wanita selepas bersalin amat berbahaya dan boleh menyebabkan postpartum depression (PPD) atau bahasa pasarnya "meroyan". Di samping itu, Bcomplex bertindak untuk memberi tenaga kepada wanita yang sedang berpantang.

Keistimewaan ostematrix adalah ia mambantu proses penghadaman dan sembelit. Sembelit adalah amat perit dan lebih-lebih lagi kepada wanita yang baru melahirkan. Ostematrix juga diperlukan oleh wanita dari mengandung hinggalah selepas berpantang. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium ibu dan tanpa kalsium yang secukupnya untuk top-up, osteoporosis akan lebih cepat berlaku.

ESP adalah minuman protein yang membantu menguatkan kembali otot yang telah kendur dan mengelebeh. ESP juga memainkan peranan dalam susu ibu seperti memekat, meningkatkan kualiti dan menambah kan kuantiti susu ibu.

Trial pack untuk 40 hari ada disediakan untuk mereka yang berminat. Selamat mencuba!


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, August 23, 2012

Set menyusu shaklee



Susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai. Hingga kini, tiada teknologi yang dapat menghasilkan susu setanding hebatnya dengan susu ibu yang percuma itu. Obsesnya ibu-ibu dalam memberikan susu yang terbaik buat anak mereka amatlah difahami. Disini saya ingin kongsikan supplement shaklee yang boleh membantu untuk penghasilan susu ibu (milk booster). Set milk booster shaklee dinamakan breastfeeding set. 


Set di atas adalah set premium yang terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vit C, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Supplements ini bergabung untuk membantu milk booster. 

Ostematrix dan alfalfa ditambah on top of basic set. Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ostematrix adalah kalsium (dan magnesium) yang diperlukan untuk menggantikan yang telah 'diambil' untuk penghasilan susu.

Anda boleh mencuba set ini. Perlu diingatkan bahawa pengambilan supplement bukanlah 100% solusi kepada masalah kekurangan susu. Konsep demand and supply masih applicable disamping mengambil makanan berkhasiat dan berdoa agar penyusuan berjalan lancar. 


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Family wellness set


Supplement shaklee paling basic yang harus berada di setiap rumah adalah set family wellness. Set ini adalah untuk seisi keluarga. Set family wellness terdiri daripada Vita Lea, Vit C, Bcomplex dan ESP. 

ESP:
ESP adalah protein drink dimana protein adalah makanan kepada sel sel dalam tubuh. Anda boleh rujuk pada entry saya yang lalu untuk kebaikan ESP ini di sini.

Vita Lea:
Vitalea adalah sejenis multivitamin yang terdiri daripada 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Oleh kerana kita tidak dapat menjamin pemakanan yang sihat dan seimbang setiap hari, maka pengambilan multivites adalah sangat penting untuk general health. Vitalea berfungsi untuk 'top-up' kekurangan vitamin dan mineral dalam tubuh.

Vit C:
Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Vitamin C amat cepat musnah dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Vitamin C yang baik adalah vitamin C yang dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan. Bagi tujuan ini, Shaklee telah menghasilkan vitamin C dengan konsep sustained-release. Konsep sustained-release membebaskan vitamin C secara perlahan-lahan agar khasiat vitamin C dapat diserap oleh tubuh dan bertahan dengan lebih lama.

B-Complex:
Bcomplex Shaklee mempunyai kesemua 8 jenis vitamin B. Ini termausklah Thiamin (B1), Ribiflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyriodoxine (B6) Cyanocobalamin (B12), Biotin (7) dan Folic Acid (B9). Bcomplex berfungsi untuk memberikan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari dengan menukarkan makanan kepada tenaga. Tahukah anda bahawa vitamin B membantu melawan stress dan kemurungan? Vitamin B juga membantu daya tumpu. Anda akan menjadi lebih bertenaga dan tinggi daya focus.

Bagi mereka yang ingin mencuba set shaklee, set ini amat disyorkan. Anda boleh mendapatkannya dari Golden Lounge!



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com