Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Antibodi. Show all posts
Showing posts with label Antibodi. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum
 
Hari ini Sustain Release Vit C yang sekian lama kehabisan stok, kembali lagi.
 
Kecil2 dulu, kami ada vitamin C. Multivits kadang2. Penting kan vitamin C ni? Dah besar baru tau elok sangat makan vitamin c. Apakah antara yang anda bakal dapat dengan mengkonsumsi vitamin c ni?
 
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihati.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. 
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen

  • Banyak sangat!
     
    Dengan kebaikan2 diatas, tentu anda mahukan ia SENTIASAA didalam badan anda kan? Itulah fungsi "sustain-release". Iaitu, ia melepaskan vitamin C secara perlahan2. Jadi badan anda sentiasa penuh dengan Vitamin C. Dan itu lah kelebihan Vitamin C Shaklee disamping sebiji tablet bersamaan dengan 7.5 biji oren = 500mg!
     
    Sebotol SR Vit C Shaklee mempunyai 180 bj. Harta retail adalam rm92.50. Jika anda inginkan harga special, boleh SMS/whatsapp direct pada kami.
     
     
     
     
     
    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Tuesday, June 25, 2013

    Nutriferon, Mealshake dan Jerebu

    Assalamualaikum

    Saya suka travel. Masalahnya bila travel, bawa budak2. Budak2 ni tau lah kan antibodinya baru nak develop. Renyah ramai2. Kang demam susah. Selesema susah. Batuk susah. Semua lah. Bila travel, hours semua berubah. Normal hours dah jadi kacau bilau. Sekejap tidur, sekejap bangun. Kadang2, time zone berubah. Jenuh la. 

    Yelah dah travel jauh2 takkan nak duduk dalam bilik je ye tak. Jadi saya memang bawa nutriferon (especially) dan mealshake kemana2. Biasanya, nutriferon memang ada dalam hand carry. Sebab dia kecil. Macam mealshake, kena ada bekas. Tapi usaha la juga untuk bawa. Kalau suspect budak2 dah nak start selesema ke dedar sikit badan ke apa, terus bagi mealshake. Mealshake ni kaya dengan vitamin. Budak2 ni  kadang taknak kunyah vitalea tu. Lagipun, vitalea hanya untuk 4 tahun keatas. Kalau teruk sikit, bagi nutriferon. Nutriferon activate antibodi secara semulajadi. Ia terdiri daripada campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. So far berkesan lah alhamudlillah. Macam setakat ini tiada lagi yang serious dan alhamdulillah tidak tergolong dalam budak2 yang sentiasa demam tiap bulan mahupun begitu sensitif terhadap persekitaran. 

    Itulah, kadang2, mak bapak pon mungkin pembawa virus. Dah keluar tiap hari guna public transport dan mingle dengan pelbagai orang, mestila sikit sebanyak ada kuman terbawa balik. Sebab tu antibodi parents pon kena kuat juga. 

    Di jakarta, sentiasa jerebu. 90% merokok. Dalam shoping mall pon merokok, kalau bukan mall yang besar2. Tempat makan jangan cerita. Belum asap kereta bagai. Saya seriously rasa kalau orang yang sensitif memang payah nak selesa. Alhamdulillah, kami masih boleh survive.



    Sekarang di malaysia tengah jerebu. Kesian sangat tengok anak2 kawan2 yang dah start demam, batuk2, ada yang athma dll. Kadang2 saya malas nak propose mealshake atau nutriferon. Orang kata nak menjual. Tapi macam tak sampai hati tengok anak dia lembik macam tu. Tak apa, mothers knows best. Kita yang tengok dari luaran tak boleh nak lebih2. Cuma ikhlas hati saya harap anak2 kawan2 dan semua sihat dan cergas seperti biasa. 

    Dan moga jerebu terus hilang. Ameen


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Friday, May 31, 2013

    Seputar, suratan atau kebetulan

    Assalamualaikum

    Suratan atau kebetulan atau kebenaran? Hasan adalah sejenis yang suka tiba2 terbangun malam dan menangis. Lately ni agak kerap. Jadi, tidur saya yang sememangnya sedia terganggu bertambah lg terganggu lah. Tapi lepas disiasat, bibik mensyaki sebab hidung hasan tersumbat. Macam baru2 nak start selesema. Air hingus masih tahap jernih. Saya pon terus minum ESP dan nutriferon malam tu juga. Esoknya, nampak masih selesema. Tapi oleh kerana tak nak perkara sama berulang, yakni bangun nangis2 malam2, saya pon calit la sikit nutriferon kat lidah hasan. Calit sikittt je. Saya tak pernah advise orang untuk bg pada anak yang below 1 year old. Hasan insya allah akan masuk setahun 12 jun ini. Jadi, saya cuba2 lah. 

    Dan alhamdulillahhh serius, selesema dia berhenti terus esoknya. Malam tu tak buat perangai. Perhaps, flu is under control :). Alhamdulillah. Hihi. Tetapi, saya tetap tak advise bagi nutriferon pada below 1 YO. Suratan, atau kebetulan, atau kebenaran.

    Ini membawa kepada persoalan "orang lain terlalu mengisahkan perihal orang lain". Macam ada komen2 sumbang yang saya dengar, mengeji perbuatan memberikan anak2 makan supplement. Supplement yang famous termasuk lah our famous mealshake, dan infact, omega. Saya hairan malah begitu ajaib sekali akan keprihatinan segolongan masyarakat terhadap pemberian makanan2 ini kepada anak2 orang lain. 

    Malah hingga merasa berdosa jika nasihat agar jangan memberikan anak2 mealshake dan omega tidak disampaikan pada orang ramai. Wah gittew sekali. Sungguh terharu dan amat mengharukan. Saya juga berasa amat aneh sekali, kerana pasukan2 ini tidak pula concern akan pemberian makanan2 lain nya seperti gula2 ice cream, coklat, keropok twisties, air gas, air sirap bandung etc kepada anak2. Malahan berusaha memberi komen semacam pakar dalam bidang pemakanan.

    Dan lagi satu, penggunaan basic H sebagai air untuk lap badan jika badan anak panas. Boleh mati katanya. Wah, ini memang mendebarkan saya. Walaupun setakat ini saya tidak lagi mendengar kes fatal untuk penggunaan basic H secara berikut, namun mendebarkan bukan. Pengguna2 yang menggunakan cara tersebut bermati2an mengatakan anak mereka ok dan turun panas suhu badannya selepas dilap menggunakan air bancuhan basic H itu tadi. Waallahualam. 

    Cuma yang saya hairan kenapa pasukan2 prihatin itu amat prihatin. Bukan kah perkara2 sebegini sama seperti petua orang tua2 dahulu? contoh: jika baby sedu, maka letaklah tisu basah di dahi. Saya rasa benda tu bodoh. Walaupun saya pernah cuba, dan tak berkesan. Namun, ada orang claim perkara tersebut berkesan! malah melakukannya setiap kali baby sedu. Jadi, perlukah saya bertungkus lumus mengatakan kepada orang umum bahawa meletakkan tisu di dahi bayi ketika sedu adalah berbahaya! siapa tahu, kot2 tisu kering dan terjatuh dan masuk dalam mulut bayi lantas membuatkan bayi tercekik? Jadi kesimpulannya, tisu basah pada dahi bayi yang sedu adalah fatal! Jika di cek dengan pengeluar tisu, pasti pengeluar tisu memberi kan jawapan "kami membuat tisu berkualiti dengan fikiran bahawa pengguna adalah orang2 dewasa yang akan menggunakannya dengan berhemah. Ya, kami memangtidak membuat tisu untuk dibasahkan dan diletakkan pada dahi bayi yang sedu". Dan saya menggunakan statement tersebut untuk menyalahkan lagi pengguna yang meletakkan tisu basah di dahi bayi dan mengatakan "hey, tengok ni, manufacturer pon kata bukan dibuat untuk kanak2, apatahlagi untuk dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi". Malafide bukan?

    Jadi tidak wajar jika satu pihak claim penggunaan sedemikian rupa memberi kesan yang baik pada anaknya, lantas pihak berlawan bermati2an menidakkan fakta tersebut. Ianya sama seperti teori orang2 tua. Ia menjadi petua orang tua kerana apa yang dilakukan oleh orang tua tersebut berkesan pada mereka lantas diturun temurun. Namun ada juga yang tidak berkesan, lantas tidak dibuat lagi. Jadi apa masalah jika satu pihak mengatakan anak mereka baik demam dengan mealshake, dan satu pihak mengatakan jangan ambil mealshake kerana mealshake hanyalah sejenis tepung. 

    Lets just agree to disagree. Masing2 punya pendapat masing2 dan result dari anak masing2 adalah berbeza. 

    Aih, lain saya nak tulis, lain pula yang saya tulis. Tak apa lah. Jadi harapnya pembaca boleh fikir dengan waras dan buat kajian sendiri sedikit2. Macam nutriferon, saya dan keluarga so far alhamdulillah. Memang ok dan ia memang berguna. Dah nanti jangan pula ada yang email ke shaklee tanya nutriferon ni boleh ke guna untuk bayi 11 bulan. :)

    Sekian saja. Jumpa lagi ! :)


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Sunday, May 12, 2013

    Perkasakan Kesihatan Ibu

    Assalamualaikum

    Saya yakin amat bahawa semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Kebanyakan ibu pon berusaha untuk susukan anak mereka. Terkadang susu kelihatan tidak mencukupi, lantas ibu pon berusaha mencari dan mencuba segala macam supplement mahupun cara tradisional untuk menambah dan membanyakkan susu. Mungkin tujuan ibu menyusu adalah untuk jimat (susu free kan), atau convenient, atau bonding, atau untuk merasa menjadi ibu etc. Tapi saya percaya, most reasons are kerana ibu percaya susu yang terbaik adalah susu ibu. Lantas ibu yang mahukan terbaik untuk anak terus berusaha untuk menyusukan.

    Saya baru terifkir tadi. Jika ibu berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak, dengan harapan tinggi bahawa anak akan menjadi lebih sihat, cerdas, kuat etc etc, mungkinkah kesihatan ibu ada kaitan dengan kesihatan anak? Maksud saya, saya perhatikan, banyak bayi yang mengikut kesihatan ibu. Genetik mungkin? saya tidak pasti. Contoh: bayi yang 100% menyusu ibu. Namun, jika ibu jenis seorang yang mudah sakit, maka biasanya ibu akan membawa pulang kuman dan menjangkiti anak. Anak pula, mudah dijangkiti kerana mewarisi antibodi seakan antibodi ibu. Eh betul ke telahan saya?

    Jadi why not, ibu2 perkasa kan kesihatan sendiri. Disamping menghalang daripada diri menjadi jambatan virus jahat kepada anak, ibu juga dapat transfer antibodi yang berkualiti kepada anak. Ini telahan saya sahaja. Sebab saya banyak perhatikan, kanak2 yang mendapat segalanya, namun sering kali sakit. Terkadang ibu mengaku "saya la punca ni..saya batuk dulu..lepas tu dah terjangkit kat baby". 

    Saya tak pastilah teori ini betul atau tidak. Sebab saya pon tak sempat nak cek. Jadi ini telahan mengikut logik akal saya saja. Untuk diri sendiri, mestila saya percaya teori saya ni kan. Especially ketika saya nyaris terjangkit batuk dari rakan sekerja. Ehh risau. Sebab saya tak nak la jadi jambatan kuman2 tu kepada anak2 saya. 

    Saya amalkan nutriferon. Ya. Tak payah tanya banyak. Memang saya bawa nutriferon tu kemana2. Sekarang nak cuba vivix pula. Sementara promo. 

    Gambar hiasan ibu dan anak dibawah :))


    Golden Lounge 
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Friday, May 10, 2013

    Udara Jakarta

    Assalamualaikum

    Sekarang ni saya berada dijakarta. Jakarta udaranya tidak seperti di KL. Udaranya lebih berdebu dan terlalu ramai yang merokok sehingga dalam supermarket. Sukar untuk saya bawa anak2 berjalan. Hari ini, kawan saya batuk. Sejurus kemudian beliau terbatuk betul2 depan saya. ALlah. Setengah jam kemudian, saya pula mula batuk. Terasa gatal sangat tekak hingga batuk berkali2. Terlintas dihati, wah ini bahaya juga jika balik bertemu anak2, kemudian berjangkit. Saya lupa untuk makan nutriferon. 

    Sejurus pulang, saya lantas makan nutriferon (sekali dengan kolagen dan performance drink). Harapan saya, agar ia dapat membantu menguatkan antibodi saya dan dapat dipass pada hasan. Badan hasan agar dedar. Namun alhamdulillah, sehingga tidur tadi, dah tidak dedar langsung. 

    Ya, esok insya allah akan bagi sarah dan ahmad mealshake, sedikit nutriferon dan madu. Ya, kita mencuba. Ibu mana yang tak bimbang kesihatan anak2. Harap2 Allah kurniakan kesihatan. Bukan mudah sakit dinegara orang.  

    Ni gambar replika eiffel tower di Pasific Palace (PP). Sebutannya Pe Pe. Comel bukan. Background LV dan galeries lafayette. Saja, bagi real :)



    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Monday, April 8, 2013

    Suami dan Kakak Terbaik

    Assalamualaikum

    Di sini saya kongsikan lagi testimoni ESP dan ibu menyusu.

    Kisah pertama: ESP dibelikan untuk isteri. Anak beliau premature. Dan as advisable by doctor, baby kena minum susu ibu. Ibu menghadapi masalah susu merudum dan ingin mencuba ESP. Lepas satu tin, hasil memuaskan dan baby alhamdulillah sudah 2.8kg. Beliau cuba untuk tidak minum ESP dan menggantikan dengan benda lain. Namun tidak menjadi, maka beliau kini menjadi loyal customer. Suami2 yang ini macam yang kita kena terapkan dalam masyarakat :p.


    Alkisah kedua: Kakak membelikan set berpantang untuk adiknya. Tetapi tidak mengambil ESP. Namun ketika adik mempunyai krisis susu, kakak dan adik bersetuju mencuba ESP. Dan alhamdulillah inilah feedback nya. Kakak2 macam ni lah yang kita ingin terapkan dalam masyarakat :P.

    Untuk bulan ni, anda boleh menambahkan nutriferon sekali dengan ESP. Antara komponen yang terkandung dalam susu ibu adalah antibodi. JIka anda perasan, kesihatan anak banyak juga bergantung pada taraf kesihatan ibu. Jika rasa2 taraf kesihatan anda tidak begitu memuaskan, mungkin anda perlukan nutriferon dan jika anda mempunyai anak yang masih menyusu badan, nah, ini adalah antara invesment terbaik untuk anak beranak.   


    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Sunday, April 7, 2013

    Promo Nutriferon

    Assalamualaikum

    Pertama kali saya membeli nutriferon adalah ketika ia promo tahun lepas. Sebab saya begitu teruja dengan konsep, keunikan dan kehebatannya. Jarang orang yang baru mencuba shaklee terus nak beli nutriferon. Tapi saya memang terkagum dengan konsepnya iaitu mengaktivate antibody diri secara semula jadi untuk melawan penyakit. Hey cool lah. I mean. badan akan well equip dengan anti bodi untuk melawan penyakit. Tak de lah sentiasa nak kena bagi ubat kan. 

    Ini kira macam pro-aktif berbanding makan ubat-yang lebih berbentuk reaktif. Ha gittew. Ok entah kenapa bulan ni promo nutriferon lagi. Jadi saya suggest jika anda nak try, ambil la kesempatan bulan ni sebab harga promosi. 

    Dalam blog ni saya rasa memang banyak lah article tentang nutriferon. Dah memang terbukti lah ketaksuban saya pada nutriferon ni. Ahaha. Kan latest cerita pasal nutriferon dan susu ibu? haa

    Berikut adalah poster untuk promo April 2013. 



    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Sunday, March 3, 2013

    Hasan dan Demam Combo


    Assalamualaikum 

    Sunyi sepi blog ni. Saya teramat sibuk sekarang. Memang anda nampak facebook saya selalu update seolah tiada apa berlaku. Update facebook mudah saja. Saya jarang scroll kebawah2. Apa yang keluar dalam newsfeed aje. Jadi minta maaf kalau saya tak terupdated pasal siapa2. Jangan la marah :)


    Minggu ini saja sarah dan ahmad demam combo. Hasan batuk selesema. Dengan suami tiada, budak2 semua merengek dan buat perangai ketika saya balik kerja. Wah dan demand kerja makin melampau sekarang. Kesian budak2 bila saya balik lambat, tambahan lagi demam. Sarah dah banyak kali tanya bila mama nak cuti. Dan hampir setiap pagi akan cakap, mama balik la awal hari ni. Sobss!! 

    Sarah pernah kata, mama ambil la sarah balik sekolah. Wah, memang sadis. Nenek saya kata budak2 ni demam rindu. Rindu ayah mereka yang lama tak jumpa. 4 hari sarah tak ke sekolah. Lepas 3 hari, alhamdulillah ahmad sihat, cuma tinggal sisa selesema sikit. Sarah agak berlarutan demam. Tapi hari ini, nampak sihat sikit. Cuma selesema agak teruk sumbat hidung menyebabkan dia susah makan dan perut masuk angin. Hehe memang berangkai2. Dan saya? alhamdulillah, 'demam rindu' tak menjangkiti saya. Setakat bangun malan dan tak cukup tidur, dah memang rutin bertahun2 :)

    Yang ajaib saya nak cerita ialah hasan. Hasan memang batuk sikit dan selesema. Selesema tu menjadikan dia agak cranky sebab tak dapat menyusu lama kan. Hidung tersumbat. Saya syak dia akan demam sebab kakak abang tengah demam dengan hebat. Tapi ajaib dan bersyukur bila hasan tak demam langsung. Surut selesema, alhamdulillah dia pon ok. Wah, bibik pon impress. Haa, saya rasa sebab dia menyusu badan lah. Saya makan nutriferon haritu. He he kantoi 'pakai' perisai. Sebab saya tahu nutriferon increase antibodi saya dan antibodi adalah antara komponen dalam susu ibu yang ditransfer pada bayi. Saya takde lah kaji betul2, tapi tau lah juga. Jadi, samada susu saya memang semulajadi hebat, atau enhancement nutriferon tu bertindak dengan jayanya. Mana2 pon, ia memberi konklusi bahawa susu ibu adalah terbaik. Dan teori susu ibu increase antibodi adalah betul. Teori susu ibu adalah yang terbaik buat bayi juga adalah betul.

    Jadi untuk anda diluar sana, kalau boleh, susukan anak anda hingga 2 tahun. Buat lah apa terdaya untuk menyusukan anak anda. Yang terbaik akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk yang terbaik. :)


    Alhamdulillah semua pon ok. Cuma saya macam nak pengsan jaga orang demam serentak. Badan sendiri dah macam zombi. Time zone lari dah. Apa apa pon, Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjaga ketiga2 amanah besar ini. DI saat2 macam ini memang nampak bertapa kesihatan diri sendiri amat penting. 

    p/s: Taknak lah susah2 jaga anak sampai diri sendiri pon huru hara tunggang terbalik, sakit2, muka kusam tua dari usia, tulang reput, blabla


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, January 26, 2013

    Musim Hujan Lagi

    Assalamualaikum

    Sekarang ni musim hujan. Yeke? macam panas juga kan minggu2 lepas. Frankly speaking, saya sukaa musim hujan. Sebab kalau tak hujan, panasnya ya rabbi. Setiap hari pasti saya doa supaya hujan. hu hu. Walaupun musim hujan dikaitkan dengan musim demam batuk selesema, saya lebih pilih hujan. Mungkin sebab saya lagi stress kalau panas berbanding demam/ anak2 demam. Lagi pula, saya memberi anak2 makan makanan tambahan dan vitamin agar badan mereka kuat antibodi dan tahan melawan penyakit. Dikala suami saya jauh, kami semua perlu sihat kerana susah juga kalau apa-apa terjadi.

    Dah tak menjadi rahsia lagi apa yang saya bagi pada anak2. Tapi saya cerita lagi sekali lah. Saya bagi mereka mealshake dan vitamin C chewable. Untuk anak sulung saya, tambahan vitalea chewable kerana beliau menginjak umur 6 tahun tahun ini insya allah. Ada ketika mereka demam, saya bagi nutriferon. Ya, last time mereka demam/batuk/selesema adalah pada entry saya tentang demam combo. Jangan risau, saya akan insya allah update disini jika anak saya demam kerana saya pasti berkongsi apa yang saya bagi dan berapa lama efek. 

    Anda nak cuba?


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Set Kanak-Kanak Shaklee

    Assalamualaikum

    Ini adalah set untuk kanak-kanak. 
    Mealshakes adalah sejenis minuman multivitamin yang lengkap dan berperasa sedap. Ia digunakan sebagai pelengkap makanan dan untuk kesihatan secara am. Tidak mempunyai perasa dan perwarna tiruan serta berperisa vanilla yang enak. Ia digunakan untuk menambah selera makan kanak-kanak yang picky eater. Sesuai diberi ketika mereka demam dan secara occasional untuk kesihatan general. 544gm pada harga RM113.75, anda berhak mendapat harga istimewa ketika membuat pembelian dari kami.

    Vitalea adalah multivites kanak-kanak. ia boleh diambil oleh kanak-kanak bermula umur 4-12tahun. 65 biji pada harga retail RM 48.75, anda boleh mendapat pada harga yang lebih menarik jika membuat pembelian dari kami.

    Vitamin C Chewables adalah vitamin C 100mg, yang dikunyah dan berperisa oren/lemon. Sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang sukar menelan supplement. :). 90 biji sebotol pada harga retail RM 37.50.

    Pembelian set ketiga2 di atas bakal mendapat harga yang lagi istimewa dan berbaloi2. Siapa yang tak sayang anak kan? :)



    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, October 20, 2012

    Musim hujan

    Assalamualaikum


    Sekarang musim hujan. Asal petang je hujan. Musim hujan biasa selesema batuk. Anak saya dah start nak batuk. Saya hidung sumbat. Takboleh jadi. Saya tak boleh biarkan melarat. Jadi saya continue ambil vitamin c, dan tambah nutriferon untuk boost immune sistem. Untuk anak2, saya start bagi mereka mealshakes, vit c chewables dan sedikit nutriferon.

    Bukan apa. Saya memang berpegang pada "prevention is better than cure". Kalau saya yang sakit boleh tahan lagi. Masalahnya anak saya ada yang masih menyusu. Nanti berjangkit susah. Kalau anak2 sakit, ibu yang susah. Tambahan lagi duduk nursery memang open virus-sharing. Takboleh nak elak, kena equip anak anda dengan pertahanan diri yang kuat. Especially when you are not there to defend your kids.

    Kesihatan memang anugerah Allah. Tapi kita boleh berusaha. Dan kalau memang ditetapkan sakit, redhalah, tapi tetap berusaha agar sembuh. Ada kawan saya anak beliau selalu sakit. Selalu MC or EL. Ulang alik pergi hospital. Tak apalah, anak dia sorang je baru, tatang macam minyak yg penuh. Kalau dah ramai? Nauzubillah selalu sakit macam tu. Even kalau seorang anak pon saya kalau boleh nak sihat taknak selalu sakit macam tu. Rawatan untuk cure biasanya lagi mahal dari prevent. Anda sebagai ibu, anak, kakak, abang, adik boleh menilai sendiri mana yang lagi bagus. Pilihan memang terletak pada anda. Saya bersyukur kerana masih mampu mendapatkan apa yang saya rasa terbaik untuk kesihatan anak2. Ada yang bersungguh2 mahu membeli tapi tidak mampu. Bagi saya, kesihatan tiada tolok banding dengan benda lain. Pendapat kita mungkin berbeza. Terpulang :)


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Tuesday, October 9, 2012

    Nutriferon untuk wanita mengandung

    Assalamualaykum

    Mari tengok testimoni tentang nutriferon. Saya kongsikan di fb page saya. Jemput like :)

    Mungkin ada yang tanya Nutriferon tu apa? Jawapannya di sini. Yang ini cerita testimoni saya dengan nutriferon. Allah yang menyembuh kan. Tapi kita perlu ikhtiar :)


    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Thursday, August 16, 2012

    Nutriferon

    "Musim perayaan
    Kenduri 
    Nursery
    Tempat-tempat awam seperti shopping complex dan LRT station
    Airport
    Padang permainan
    dan banyak lagi..."
    Kesemua di atas mempunyai potensi perebakan virus-virus mikro yang merebak melalui 'contact'.

    Mereka yang terdedah termasuklah diri anda, suami/isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan lain-lain. Ini bermakna semua orang adalah terdedah kepada pelbagai virus dan bakteria merbahaya dimana sahaja kita berada. Virus akan disebarluaskan tanpa disedari apabila virus-virus dibawa pulang kerumah dan menjangkiti ahli keluarga yang lainnya. Adalah amat mustahil untuk tidak pergi ke lokasi-lokasi yang disebutkan di atas. Namun, kita juga tidak mahu sakit. Oleh itu, mereka yang bijak akan menguatkan antibodi untuk melawan virus-virus jahat yang amat mudah tersebar melalui apa jua cara. 

    Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menguatkan antibodi?

    Setiap orang mempunyai sel-sel imunisasi yang memang khas untuk melawan kuman, bakteria dan virus. Sel-sel ini perlu dikuatkan lagi untuk melawan virus, kuman dan bakteria yang semakin bertambah dan lali terhadap ubat. Menyedari hakikat itu, Shaklee telah menghasilkan suatu rumusan berpaten NutriFeron. Tiada perbandingan dengan produk lain kerana rumusan ini adalah unik dan esklusif kepada Shaklee.

    Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang NutriFeron ini. 

    Nutriferon telah dicipta oleh ahli imunologi terkenal didunia iaitu Dr. Yasuhiko Kojim pada tahun 1954
    NutriFeron bertindak dengan stimulate setiap sel dalam tubuh untuk menghasilkan interferon sendiri tanpa apa-apa side effects. Apakah interferon dan bagaimana ia bertindak?
    • Interferon adalah natural substance yang dihasilkan oleh setiap sel dalam tubuh
    • Interferon akan diaktifkan ketika sel diserang oleh virus, kuman, sel cancer etc.
    • Interferon berfungsi dengan memberi signal pada sel-sel lain supaya bersedia dan trigger resistance mechanism yang lain
    • Interferon juga bertindak dengan mengaktifkan sel antibodi yang telah melawan kuman dan virus dengan lebih banyak.
    Dr. Kojima telah berjaya mencipta Nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

    Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. 

    Sumber: Shaklee

    Siapakah yang memerlukan Nutriferon ini?
    • Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun
    • Individu yang menghadapi masalah imun
    • Individu yang sering demam
    • Individu yang tidak mengamalkan diet yang sihat
    • Individu yang sering stress
    Cara pengambilan:
    Sekali seminggu untuk mereka yang sihat, ATAU
    Sekali sehari 

    Untuk kesihatan yang berpanjangan, dapatkan Nutriferon dari Golden Lounge hari ini!



    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com