Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Set Bersalin / Pantang. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin / Pantang. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Mix and Match Set Bersalin

Assalamualaikum

Baby Shaklee @day10
Obimin -> Vitalea
Calsium -> Ostematrix 
Neurogain -> Omegaguard 
Additional Bcomplex, Vitamin C
Consistency :)

Biasalah, sebagai pengedar shaklee, orang assume atau tanya saya guna apa sebagai set berpantang. Of course saya guna shaklee. 

Kesedaran timbul ketika berpantang lepas bersalinkan Hasan. Koboi je. Jadi saya hire makcik urut cum tukang masak sekali untuk seminggu. Then saya ada order makanan dari kedai apa maaf saya lupa; of which, dia claim masak makanan berpantang dan akan delivery di rumah. Apparently, masakan dia biasa2 je dan kebanyakan lauk yang sampai adalah sejuk dan ayam keras. Mujur allah lupakan saya akan nama kedai tersebut untuk mengelak dari di announce di sini :D. 

Sebab tau saya dah meningkat usia, dan perlu menjaga diri, kesihatan etc, jadi saya cari supplement2 yang terbaik. Ketika itu saya jumpa shaklee. Alhamdulillah masih setia sampai sekarang. Dan alhamdulillah juga saya masih setia sampai sekarang kerana saya baru jumpa lagi satu kebaikan set berpantang shaklee especially untuk kuning bayi. 

Alhamdulillah sekarang ada bibik yang jaga keadaan rumah. Jadi, berpantang kali ni, serupa orang sikitlah banding dengan 2 tahun lepas :). Ok, Ahmad dan Hasan kedua2nya warded akibat jaundice. Waktu pantangkan Hasan, saya ambil set bersalin sendayu tinggi. Mengikut arahan belakang botol kerana ambitious nak kurus cepat yang advise makan 1 biji capsule pada hari pertama bersalin onwards. Di hospital lagi saya dah makan. Ha ha. Dan Hasan jaundice dengan jaya nya *sobs*. Doctor advise saya stop untuk dalam 20hari macamtu sebelum sambung consume, dan jaundice turun dengan drastic *ok fine*. Kat situ je saya dah rugi sebotol lebih sebab aturan pemakanan 1-10 hari, 11-19 hari ke macamtu kalau tak silap. Of course lepas tu saya tak nak ambil risiko sambung makan lagi. Rugi sangat rasa. Dan minyak sendayu tinggi, bagi saya tak cukup power. Tak sepower minyak herbanika nona roguy.

Ahh jadi untuk pantang kali ni, saya pakai seperti dibawah.

Untuk dalaman:
*Alaaa vitalea tertinggal la dah ambil gambar baru perasan. Jauhnya nak pergi ambil gambar balik halal je lah. Hashtag orang dalam pantang tak leh jalan banyak2*

Vitalea Shaklee - Consumed since 1st day for my energy, replacement untuk multivit oren yang hospital bagi, so doctor approved la kan
Bcomplex Shaklee - Consumed since 1st day, for my skin and mood swings
Vitamin C Shaklee - Consumed since 1st day, for my skin, antibody etc
Ostematrix Shaklee - Consumed since 1st day, for my stool LOL
Lecithin Shaklee - Consumed since day 3 (hahaha maaf kan saya kerana terlalu ambitious nak kurus :P)
Pil Perawan Leesa Formula - Saya berhajat nak cuba pil ni sebagai pemanas badan dan perapat lah apasegala. Tapi belum beli lagi. Hihi. Silap2 saya guna vivix je sebab tengah promo. Huhu
Akar herbanika nonaroguy - belum minum lagi tunggu hari ke 14 ke atas. Precaution untuk elak jaundice

Untuk luaran:

Minyak Herbanika Nonaroguy - 4 orang anak, memang guna minyak ni (kecuali time Hasan guna sendayu tinggi tapi lepastu beli juga minyak ni. Duh!) Rasanya, tak ada minyak lain sepower minyak ni ekeke
Herbanika Lulur Nonaroguy - i'm not a spa person. Jadi saya tak pasti samada sifat lulur adalah melembutkan kulit disamping buang daki2 etc regardless brand apa, atau lulur nonaroguy ni memang bagus. Tapi, bila lulur guna lulur ni, memang rasa lembut and smooth je kulit. 
Krim Herbanika Barut Nonaroguy - Ni saya beli lambat. Hari ni baru pakai. Sebab rasa best pula barang2 nonaroguy ni (eh kena jadi dealer ke eh tiba2). Tak boleh nak komen lagi sebab baru sangat pakai.

Set di atas, saya mix and match sendiri lah katapun anak ke4. Mesti la dah bijak memilih dan bersesuaian dengan poket (eh?).

Kebaikan guna set shaklee yang saya rasa ketika berpantang kali ini adalah ia betul2 boleh di consume selepas bersalin. Sebab tak ada efek pada jaundice baby. More kepada kesihatan dan well being ibu. Saya rasa bersyukur juga la consume, at least tak ada la botak je tanpa jamu kan di awal2 bersalin. Dan rupanya betul beri tenaga dan rupa (rupa? berupa orang lah bukan lembik je dalam pantang ;))

Untuk yang cari produk nonaroguy, saya syorkan beli online. Sebab lagi murah. Saya check price online di web www.nr2u.com.my banding dengan beli di kedai, online termasuk pos jadi lagi murah. Hehe. Tapi terpulang lah, ada yang suka bayar terus dapat barang. Saya beli online dan dapat free delivery sebab combine order dengan kawan. Jadi, berbaloi lah. Cuma krim barut herbanika tu saya beli mahal. Sebab lewat beli dan beli di kedai. Maklumlah, tak sabar nak tunggu pos (nak cepat kurus kan kan kan) -__-. Tak apa lah. You win some you lose some #ruleoflife. 

Untuk set bersalin shaklee, boleh la beli kat saya *tiba2*.

Hasil so far? 

Hari ke 5, boleh menerima tetamu dengan elegant (walaupun berkain batik ha ha). 
Hari ke 7, boleh update blog sejurus sebelum majlis cukur rambut kecil2an bermula, boleh menerima tetamu dari pukul 3 - 11 malam berturut2. Tengok di sini
Hari ke 9, boleh ajar anak2 mengaji sambil2 bertungku :D
Hari ke 10? Lagi 1.2kg untuk sampai pada berat ketika 2 months pregnant! *cheers!* 

Lepas ni, loosing weight is going to be harder. Harap2 tak makin naik :D

Itu saja review set bersalin setakat 11 hari berpantang ketika ini. Mix and match melengkapi apa yang kurang apa yang lebih. Selamat membuat pilihan!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Sunday, February 17, 2013

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum

Disini saya bawakan sedikit sebanyak testimoni set bersalin shaklee. Peringatan bagi ibu2 dan bakal2 ibu, walaupun set berpantang shaklee nampak modern dan untuk ibu modern, janganlah pula mengabaikan pantang larang nenek moyang kita. Set berpantang shaklee bukan bermakna ibu2 tak perlu pantang langsung. Ini hanya sebahagian daripada proses berpantang. Pantang tingkah laku, duduk, rutin2 berpantang, urut, etc semua masih perluu..cuma tahap strict, depends pada keluarga dan makcik urut masing2 :) 

Ibu ni mengambil set berpantang shaklee. Bersalin anak kedua. Tak rajin sangat pam, tapi sebab susu banyak sekali pam, jadi alhamdulillah dapat 20 botol dalam masa 2 minggu pertama.


Ini pula pengalaman ibu yang tumpah darah selepas 20 hari bersalin. Antara lain sebab kita berpantang adalah untuk mengelakkan tumpah darah. Alhamdulillah, ibu berikut sihat2 dan baik2 saja :)

Ini pula pengalaman ibu yang mula mengambil set shaklee bermula dari ketika mengandung lagi. 
Untuk pembelian dan konsultansi, boleh hubungi saya di 0192661775.


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, November 16, 2012

Zinc dan rambut gugur

Assalamualaikum

Heyhey, kalau lepas bersalin memang rambut gugur kan? orang tua2 kata bila baby menyembur2 lagi la rambut gugur dengan horror. Hehe kisahnya itu adalah disebabkan perubahan hormon. Tapi memang betul sangat2 kan? Ok kalini saya bawakan anda terus kepada testimonial dulu lah. Lihat gambar dibawah. 


Katanya "... lepas bersalin 4 July 2012, rambut gugur smpai nak botak di tengah di tepi kiri kanan.. huihh takut sungguh!!! sentiasa kutip rambut di lantai! selepas di perkenalkan Zinc Shaklee...., gugur masih ada, tetapi yg mana botak sudah mempunyai anak rambut hehe.. alhamdulillah.. baru sebulan makan Zinc Shaklee.. saya akan meneruskan lagi sampai bila-bila..tetapi lain pula suami saya, dia langsung tidak gugur rambut selepas makan Zinc Shaklee bermula 20hb Oct 2012..."

Ok. Jom tengok apa lagi kegunaan zinc nih
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik 
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel 
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy 
  13. Rabun malam
Kenapa Zinc Shaklee ?

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Jadi jika anda mempunyai gugur rambut yang teruk, boleh cuba zinc shaklee. Apa tunggu lagi? dapatkanya dari Golden Lounge! SMS 0192661775


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, November 14, 2012

Testimoni set bersalin shaklee

Assalamualaikum

Saya share testimoni pengambilan set bersalin seperti entry saya tentang set bersalin di sini. Cik puan pengguna set ini sedang berpantang anak kedua. 


Ketika saya bersalin anak no 3, saya telah membeli satu set bersalin. Harganya dalam rm 420. Saya makan set tersebut seawal hari kedua. Maklumlah, ambitious sangat nak kurus. Malang tak berbau, baby saya jaundis dengan teruk yakni reading yang tinggi. Baby terpaksa ditahan selama 2 malam di wad, dimana tidak terdapat lodging untuk ibu. Ini bermakna saya terpaksa balik tidur dirumah dan berulang alik untuk berjumpa baby saya dan menghantar susu. Perasaan ketika itu sangat-sangat sedih. Mereka yang ada pengalaman pasti memahami sangat2.

Selepas 2 hari, baby boleh pulang kerumah namun perlu dibawa kembali ke hospital selepas seminggu untuk check up follow up. Sebelum pulang kerumah, saya dinasihati agar berhenti makan jamu dahulu. Paling kurang, stop untuk 2-3 minggu kerana baby fully breastfeed. Apa?? jamu saya ada beberapa botol yakni mengikut hari. Hari 0-9, 10-19 etc. Pemberhentian makan jamu bererti akan ada 2-3 botol jamu saya yang tidak di makan! Memanglah tulis di botol boleh dimakan selepas 60 hari, tapi come on lah kan. Jadi saya rasa bengang dan membazir!

Selepas itu baru lah saya diperkenalkan dengan shaklee dan terus mencuba. ALhamdulillah, seperti entry ESP saya di sini, saya amat2 berpuas hati. Kini saya memang menasihati rakan2 agar menggunakan supplements sebagai supplement selepas bersalin daripada jamu. Tapi jika mahu ambil jamu juga terpulang lah. Anda tahu mana yang baik untuk anda :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, September 6, 2012

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Assalamualaykum

Saya ada sorang kawan yang berkerja sebagai nurse. Kata beliau, terdapat musim beranak di hospital. Musim yang dimaksudkan ialah pada bulan 6 dan bulan 12 iaitu sejurus selepas cuti sekolah. Melihatkan keadaan sekeliling, mungkin ada kebenarannya. 4 orang dari kawan office saya sahaja bakal bersalin akhir tahun ini. Saya dedicate entry ini kepada mereka dan bakal2 ibu mahupun ibu2 'lama' yang bakal melahirkan cahaya mata akhir tahun ini.

Disini saya ingin kongsikan set bersalin optimum / vitamin yang disyorkan untuk membantu ibu-ibu dalam pantang. Set tersebut terdiri daripada set basic + Zinc complex + Ostematrix.

Tahukah anda bahawa pengambilan ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat adalah disebabkan mereka kaya dengan zink, zat besi, protin etc. ?

Kegunaan zinc complex dalam set ini adalah untuk mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin samada dalaman dan luaran. Ia juga membantu mengurangkan masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin.

Vita-C memperbaiki sistem pendarahan. Kombinasi vita-c dan zink dalam set ini membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan mencantikkan kesan luka luaran. Vita-C yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun amat diperlukan oleh wanita yang berada dalam pantang. Antara lain adalah untuk mengelakkan daripada demam dalam pantang. Mengikut petua orang tua-tua, "jangan demam dalam pantang. bahaya". :)

Vitalea adalah multivit yang penting kepada wanita berpantang. Ini kerana vitalea membekalkan 28 jenis minerat dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Proses pantang orang tua-tua menghalang wanita dalam pantang daripada mengambil pelbagai jenis makanan. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat dan vitalea berfungsi untuk mengelakkan ia daripada berlaku. Vitalea juga mempunyai zat besi yang diperlukan oleh wanita dalam pantang akibat kehilangan darah yang banyak.

Bcomplex mengandungi kesemua jenis 8 vitamin B dimana ia berfungsi untuk melawan kemurungan dan stress. Kemurungan yang teruk oleh wanita selepas bersalin amat berbahaya dan boleh menyebabkan postpartum depression (PPD) atau bahasa pasarnya "meroyan". Di samping itu, Bcomplex bertindak untuk memberi tenaga kepada wanita yang sedang berpantang.

Keistimewaan ostematrix adalah ia mambantu proses penghadaman dan sembelit. Sembelit adalah amat perit dan lebih-lebih lagi kepada wanita yang baru melahirkan. Ostematrix juga diperlukan oleh wanita dari mengandung hinggalah selepas berpantang. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium ibu dan tanpa kalsium yang secukupnya untuk top-up, osteoporosis akan lebih cepat berlaku.

ESP adalah minuman protein yang membantu menguatkan kembali otot yang telah kendur dan mengelebeh. ESP juga memainkan peranan dalam susu ibu seperti memekat, meningkatkan kualiti dan menambah kan kuantiti susu ibu.

Trial pack untuk 40 hari ada disediakan untuk mereka yang berminat. Selamat mencuba!


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com