Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Stok Susu dan Calsium

Assalamualaikum

Harini hari ke 44 saya berpantang. Lepas ni merdeka yey! Minggu lepas pergi jumpa gynae untuk post natal check up. First time lah tinggal Yasir pada bibik. Saja training sebelum pergi kerja nanti. Antara lain doctor tiba2 pesan, "iman, please continue untuk makan calsium. After 30, calsium dalam badan akan drop. So you need a supply of calsium" Dalam hati ku tersenyum bangga (ceh tiba2) sebab sejak pregnant Yasir, dah jadi 'terpaksa' wajib makan calsium sebab kaki start cramp, gigi start sakit etc. Bukan apa, taknak la lepas bersalin kang rongak ke cepat bongkok ke apa ke. Ceh memang dasar perempuan takut sangat jadi huduh. Hahha! 

Anyway, perkara ini serious. ESPECIALLY untuk saya - yang asyik pregnant dan menyusu bergilir2 *urut kepala* dan anda juga kalau anda macam saya yakni tua age 30 and above, mengandung, menyusu, cita2 nak menyusu lama, kaki cramp2 etc. Osteoporosis rupanya tak boleh di baiki tau. Kalau dah kena, all the best lah hehehe. 

Saya tak ambil calsium yang hospital bagi. Saya ambil ostematrix shaklee. Saya yakin sangat dengan osteomatrix sebab banyakk sangat testimoni keluarga dan kawan2 yang kaw2 pasal osteomatrix. Ah sekarang harap2 tulang ku jadi padat dan kukuh *tiba2*. Testimoni diri sendiri? Hem, ambil dalam pantang untuk lawas (LOL). Tapi sekarang, jadi WAJIB. Sebab apa? See below 

Ni 230 oz untuk beberapa hari lepas. Tak ke roboh calsium dalam badanku. Ahaha

Ada 3 lapis dalam tu

Selain dari masalah calsium, saya juga ada masalah lain. Iaitu masalah nak susun susu ni. Macamana nak susun ni dah tak muat untuk ayam ikan. Saya reshuffle untuk occupy space atas jadi macam ni:

Tapi ni tak space efficient. Lagipon bole cakap besar sebab stok laukpauk dah berkurang. Nampak beza gambar atas dan bawah? Ketika ni dah 260 oz.

Hari ni dah 280+ oz. And saya tak jumpa lagi jalan penyelesaian nak susun susu dalam peti ais nih sebab dia senang slide.  If only penyelesaian semudah mengelak osteoporosis yakni dengan menelan osteomatrix kan bagus. Hu hu

4 biji ok sehari untuk 280+ oz *urut kepala lagi*

Promosi ostematrix bulan ni. Saja2 je dia tau ku memerlukan. 6+1 for me alone. Another set for parents. Sekiyan kbai :D.



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Friday, September 26, 2014

Hargai Ibu Bapa

Assalamualaikum

Minggu lepas saya pulang ke rumah mentua. In law saya memang suka makan supplement. Semua pon mereka akan ambil dan cuba. Baru2 ni mereka consistent shaklee, among other things termasuk ubat2 doktor, habbatussauda, madu dan pelbagai lah. 

Yang bestnya ialah tiba2 ayah mentua cakap "iman, baba ambil calsium tu kurang lah cramp baba malam2. Ada yang nak jadi, tapi tak jadi. Kalau tak, biasanya memang hampir tiap malam cramp"

Sedih pula saya dengar. Huhu. Saya kata "ambil la. Ambil 4 biji". Ini julung2 kali ayah mentua cakap pasal supplement shaklee dan juga testimoni. 

"Baba ambil juga yang untuk lutut tu" Saya kata "ya tapi tu fungsi lain".

Anda tau tak, bila dah berumur, supplement2 macam tu dah jadi murah dah pada anda. Sebab terpaksa ambil. Dan ketika ibu bapa kata sedemikian, vitamin2 tu terus jadi murah rasa nak bagi berbotol2 je asalkan sihat.

Itu apa yang saya rasa. Mungkin anda berperasaan yang sama. Hargai ibu bapa ya!

Saya letak gambar matsaleh je la kat sini ye. Karang tak pasal glamour pula in-law saya :D


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Thursday, April 17, 2014

Coffee Addict VS Calsium

Assalamualaikum


I am a coffee lover. Tau tak kopi sebenarnya adalah salah satu element yang menghalang penyerapan calsium? 

Jadi kalau anda minum susu, lepas tu minum kopi, well serupa tak payah minum susu. Buat gemuk je :")

Jadi nak tak saya bagi tahu cara untuk dapat benefit2 calsium tu? Tau tak calsium bukan simply diserap secara direct oleh badan? Ia memerlukan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan calsium oleh badan.

Haa, jadi, kalau anda minum susu untuk kalsium, cari la susu bermagnesium dan vitamin D sekali ye. Hehe nanti pergi kedai tanya, "kak, ada tak jual susu bermagnesium dan vitamin D kat kedai ni?" :D

Kalau tak ada, nampaknya anda kena ambil pil calsium untuk memastikan tulang anda tidak reput, anda tidak bongkok dan gigi tidak cepat rongak selain banyak lagi kehodohan yang bakal berlaku akibat kekurangan calsium. Ha gitu horrornya dengan ketiadaan calsium ini. 

Nak cari pil calsium? pastikan lah yang bermagnesium dan vitamin D. Boleh baca sini untuk refresher. Ha jadi untuk coffee lover macam saya, atau pun siapa2 yang kekurangan calsium, pastikan anda mendapat supply calsium dengan secukupnya. Treasure your bones! 


Boleh order shaklee ostematrix dari saya. More than just calsium!


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

Sunday, May 26, 2013

Testimoni Set Mengandung Shaklee - Kawanku

Assalamualaikum

Saya bawakan disini testimoni kawan saya sendiri tentang set mengandung. Beliau menggunakan vitamin shaklee sekalipun mendapat FREE SUPPLEMENTS dari hospital. Takling about preferences and quality..perhaps? :)

"Testimonial: Set Vitamin Mengandung

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.


Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.


Itulah 6 perubahan utama berbanding dengan kehamilan sebelum ini yang tidak menggunakan vitamin Shaklee. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, March 16, 2013

Ibu Bergaya dan Tidak Bongkok dan Rongak?

Assalamualaikum

Sebagai ibu bergaya, kita harus tahu tentang kalsium. Ini kerana kalsium penting untuk memastikan kita tidak bongkok, mahupun rongak (especially ketika mengandung) dan macam2 lagi. Sakit2 kaki jangan ceritalah. Sedikit tentang ostematrix shaklee. Tengok apa kelebihan ostematrix shaklee berbanding calsium jenama lain


1 tablet ostematrix = 80 biji badam. Ha berita baik untuk yang bukan penggemar kacang, malah tak suka makan kacang, yakni macam saya, anda kini tidak perlu mengunyah badam, apatah lagi 80 biji badam! apatahlagii 160 BIJI BADAM! untuk mendapat kalsium secukupnya. Kerana 1 tablet ostematrix bersamaan dengan 80 biji badam. He he. 

1 tablet ostematrix juga bersamaan dengan segelas susu berkalsium tinggi. Saya seorang penggemar susu. Jadi saya tiada masalah meminum segelas susu kalsium tinggi. Malah 2 gelas pon ok. 3 gelas pon :). Masalahnya, untuk memastikan semua kalsium susu tu dapat diserap oleh badan, saya perlukan sumber makanan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium saya. Kalau tak, rugilah effort dan duit membeli susu dan aktiviti meminum susu sampai kembung itu :).

Ini sumber vitamin D. Wah kena makan cheese (!), butter (!), cereal (!) atau berjemur. Ok great. Harap2 tak menambah lemak saya. Hu hu



Antara diatas, atau anda boleh memilih untuk menelan tablet ostematrix. Dimana ostematrix mempunyai kelebihan seperti dibawah:


Ostematrix shaklee dah siap2 mempunyai kalsium dan vitamin D sekaligus. Juga mempunyai magnesium sekali. Wah wah, begitu lengkapnya satu tablet ostematrix. 


Ni adalah graph yang menunjukkan penyerapan kalsium. Darah di cek untuk menentukan tahap kalsium. Jadi, anda boleh yakin bahawa kalsium berada sehingga 12 jam dalam badan anda. 

Bagi saya dan siapa2 yang menggemari kopi, ingat, kopi adalah antara anasir yang menghalang penyerapan kalsium. tsk tsk. Dah la saya ibu menyusu. isk isk. Jadi saya perlukan susu (taknak badam) dan tablet2 ostematrix itu. Ini untuk kepentingan saya untuk menjadi ibu yang berjaya beranak, menyusu dan tidak bongkok atau sakit2 lutut, atau rongak sebab kekurangan kalsium! Iskk!  

Sekian. Jika anda mahu menjadi ibu yang bergaya dan tidak rongak atau bongkok tiga, silakan membuat persediaan sebaiknya. Of course, pilihan banyak di atas dan semua terletak di tangan anda. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, March 3, 2013

Ostematrix Promo March

Assalamualaikum

Promo bulan March 2013 adalah Ostematrix. Ostematrix ni apa? Ostematrix adalah kalsium. Tapi, ia adalah lebih dari calsium. Ia mengandungi magnesium dan vitamin D. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dalam badan dan magnesium membantu memampatkan tulang. Haa cuba cari 2 elemen ni dalam kalsium lain. ado? 


Anda boleh memborong ostematrix ini dengan membeli 6 botol terus dan mendapat sebotol lagi secara percuma, atau nak beli 3, 4 atau 5 botol sahaja pon ok. Hanya di bulan March :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, December 19, 2012

Ostematrix (Calsium Shaklee)

Assalamualaikum

Dalam banyak2 pilihan makanan untuk mendapat calsium, mahupun berjenis2 pil calsium, perkara yang paling penting ialah kadar penyerapan dalam tubuh. Sebelum itu, jom tengok berapa mg yang diperlukan oleh tubuh anda

Age(Years)Calcium Needs
4 - 8800 mg
9 - 181200 mg
19 - 501000 mg
50 and older1200 mg
Pregnancy or Breast Feeding:
18 or younger
19 - 50

1300 mg
1000 mg

Tahukah anda pengambilan calsium dapat menumpatkan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan? 

Bagaimanakah cara memilih calsium yang baik?
1- Mengandungi vitamin D dan magnesium
2- Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolmite untuk mengelak keracunan plumbum
3- Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral
Dalam banyak2 jenis calsium, saya mengsyorkan ostematrix. Kenapa?
1- Kandungan paling seimbang untuk memastikan 99% penyerapan.
2- Formula yang unik- dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron*
*Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk kadar penyerapan yang optimum oleh tubuh dan bagi menghalang pemendapan kalsium yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang atau batu hempedu
3- Ostematrix terbukti secara klinikal meningkatkan absorption kalsium. Kadar penyerapan diuji dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan supplement. Dan penggunaan 2 bj ostematrix menyebabkan peningkatan tahap kalsium darah untuk 12 jam. (CLinical paper published) 

Cara terbaik untuk mengambil supplement calsium ialah dengan tidak melebihi 500mg sekaligus. Ini kerana kalsium diserap dengan baik apabila diambil dalam dos yang rendah. Oleh kerana itu, satu tablet ostematrix mempunyai 250mg calsium. 



Golden Lounge 019 266 1775 goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, November 14, 2012

Testimoni set bersalin shaklee

Assalamualaikum

Saya share testimoni pengambilan set bersalin seperti entry saya tentang set bersalin di sini. Cik puan pengguna set ini sedang berpantang anak kedua. 


Ketika saya bersalin anak no 3, saya telah membeli satu set bersalin. Harganya dalam rm 420. Saya makan set tersebut seawal hari kedua. Maklumlah, ambitious sangat nak kurus. Malang tak berbau, baby saya jaundis dengan teruk yakni reading yang tinggi. Baby terpaksa ditahan selama 2 malam di wad, dimana tidak terdapat lodging untuk ibu. Ini bermakna saya terpaksa balik tidur dirumah dan berulang alik untuk berjumpa baby saya dan menghantar susu. Perasaan ketika itu sangat-sangat sedih. Mereka yang ada pengalaman pasti memahami sangat2.

Selepas 2 hari, baby boleh pulang kerumah namun perlu dibawa kembali ke hospital selepas seminggu untuk check up follow up. Sebelum pulang kerumah, saya dinasihati agar berhenti makan jamu dahulu. Paling kurang, stop untuk 2-3 minggu kerana baby fully breastfeed. Apa?? jamu saya ada beberapa botol yakni mengikut hari. Hari 0-9, 10-19 etc. Pemberhentian makan jamu bererti akan ada 2-3 botol jamu saya yang tidak di makan! Memanglah tulis di botol boleh dimakan selepas 60 hari, tapi come on lah kan. Jadi saya rasa bengang dan membazir!

Selepas itu baru lah saya diperkenalkan dengan shaklee dan terus mencuba. ALhamdulillah, seperti entry ESP saya di sini, saya amat2 berpuas hati. Kini saya memang menasihati rakan2 agar menggunakan supplements sebagai supplement selepas bersalin daripada jamu. Tapi jika mahu ambil jamu juga terpulang lah. Anda tahu mana yang baik untuk anda :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, September 17, 2012

Set Mengandung Shaklee

Assalamualaykum

Kali ini saya ingin berkongsi tentang vitamin ibu mengandung. Ketika saya mengandung, doctor memberikan acid folic kepada saya pada trimester pertama. Kemudian membekalkan obimin, calsium dan neurogain bermula trimester kedua hingga delivery. Menurut gynae saya, obimin adalah multivitamin yang lengkap. Calsium pula diperlukan kerana bayi telah mengambil calsium ibu. Neurogain pula adalah untuk otak bayi. 

Dahulu saya mempunyai masalah menelan ubat yang teruk. Obimin harus di pecah-pecahkan hingga begitu kecil baru boleh ditelan. Hampir sebotol air digunakan untuk menelan obimin. Ketika itu jari saya memang akan berwarna pink!. Kini, masalah menelan ubat saya mulai surut. Dan saya berupaya menelan banyak vitamin Shaklee. Saya perasan vitamin-vitamin shaklee tidak meninggalkan kesan warna pada jari. Ketika itu saya percaya vitamin shaklee tiada perwarna, perasa dan pengawet tambahan. 


Shaklee menawarkan Vitalea iaitu multivitamin yang lengkap selengkap 30 hidangan makanan bagi sebiji tablet. Vitalea adalah sufficient enough untuk ibu-ibu mengandung untuk mengantikan obimin. Vitalea berwarna hijau. Hijau bukan perwarna, tetapi dibalut dengan spirulina dengan cara khas dan khusus. Vitalea mempunyai zat besi yang penting bagi mengelakkan anemia yang sering dialami oleh ibu mengandung. Vitalea ini adalah multivitamin yang paling pantas larut dalam air didunia. Anda boleh cuba sendiri untuk percaya!

Acid folic adalah penting untuk mencegah kecacatan pada bayi dan ia terdapat dalam bcomplex. Malahan bcomplex mempunyai kelapan-lapan jenis vitamin B yang diperlukan. Disamping membekalkan tenaga, Bcompleks juga mengurangkan stress ibu mengandung. Seperti yang semua sedia maklum, emosi ibu mengandung adalah turun naik dan amat penting untuk dijaga kerana ia mempunyai efek terhadap bayi dalam kandungan. 

Vitamin C mengaktifkan asic folic dan membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dari Vitalea dan Bcomplex. Disamping itu, Vitamin C juga meningkatkan antibodi ibu mengandung. Vitamin C juga penting untuk mengelakkan gusi berdarah. Sebanyak 50% gusi ibu berdarah ketika mengandung.

ESP adalah suatu minuman protein yang terlalu banyak benefitnya pada ibu dan anak. ESP penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat mambantu pertumbuhan yang baik. Protein amat diperlukan untuk membina plasenta, uterus dan tubuh bayi. Disamping memberi tenaga pada ibu, amalan ESP juga mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Bermula trimester kedua, bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak. Ketika ini, jika ibu tidak stock-up calsium, ibu akan mengalami gejala seperti patah gigi, sakit-sakit tulang, lenguh yang amat etc. Ini semua adalah simptom-simptom kekurangan kalsium. Calsium shaklee bukan sahaja mengandungi kalsium, malah ia mempunyai magnesium dan Vitamin D. Anda tahu vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang dan kerangka? Ibu mengandung amat perlukan vitamin ini. Calsium shaklee yang dinamakan Ostematrix adalah kalsium premium. 

Bagi yang mementingkan otak bayi dengan mengambil neurogain, anda boleh mencuba Omegaguard. Omegaguard adalah fish oil yang mempunyai DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi didalam kandungan. 

Menurut kajian, Zinc complex dapat membantu untuk improve pregnancy outcome. Ini termasuk lahir tak cukup bulan, pregnancy induced hypertension, prelabour rupture of membranes, post-term pregnancy, neonatal jaundice etc. 


Berikan yang terbaik buat anak anda, bermula dalam kandungan. Buat yang berminat untuk mencuba, mahupun megesyorkan kepada rakan-rakan, isteri atau sedara mara, hubungi kami di Golden Lounge. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, September 7, 2012

SIapakah yang memerlukan set menyusu?

Apakah kelebihan susu ibu?

Ini antara kelebihan susu ibu :
  • Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi
  • Ia tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas daripada kandungan bakteria atau hama.
  • Kandungan nutrien yang seimbang.
  • Susu ibu kurang kandungan protein dan kasein berbanding susu lembu. Kasein ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik (rujuk kamus dewan).
  • Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam, terutama untuk bayi.
  • Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzime yang menukarkan gula dalam usus menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).
  • Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman dalam sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit birit.
  • Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.
  • Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada badan ibu. Sel itu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  • Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
  • Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak iaitu antara ibu dan bayi.
  • Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi.

Siapakah yang memerlukan set menyusu Shaklee?
  1. Mereka yang mengutamakan susu ibu kepada anak mereka
  2. mereka yang berhajat untuk menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun
  3. Mereka yang dalam "low-milk production" dan berusaha untuk meningkatkan production impian kita
  4. Mereka yang mahukan susu ibu yang berkualiti penuh dengan nutrient
  5. Mereka yang ingin memekatkan susu agar sedikit kuantiti dapat mengenyangkan bayi
  6. mereka yang inginkan kulit dan kulit anak yang cantik
Anda boleh mendapatkan trial pack set ini (kecuali ESP) pada harga menarik~!



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, September 6, 2012

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Assalamualaykum

Saya ada sorang kawan yang berkerja sebagai nurse. Kata beliau, terdapat musim beranak di hospital. Musim yang dimaksudkan ialah pada bulan 6 dan bulan 12 iaitu sejurus selepas cuti sekolah. Melihatkan keadaan sekeliling, mungkin ada kebenarannya. 4 orang dari kawan office saya sahaja bakal bersalin akhir tahun ini. Saya dedicate entry ini kepada mereka dan bakal2 ibu mahupun ibu2 'lama' yang bakal melahirkan cahaya mata akhir tahun ini.

Disini saya ingin kongsikan set bersalin optimum / vitamin yang disyorkan untuk membantu ibu-ibu dalam pantang. Set tersebut terdiri daripada set basic + Zinc complex + Ostematrix.

Tahukah anda bahawa pengambilan ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat adalah disebabkan mereka kaya dengan zink, zat besi, protin etc. ?

Kegunaan zinc complex dalam set ini adalah untuk mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin samada dalaman dan luaran. Ia juga membantu mengurangkan masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin.

Vita-C memperbaiki sistem pendarahan. Kombinasi vita-c dan zink dalam set ini membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan mencantikkan kesan luka luaran. Vita-C yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun amat diperlukan oleh wanita yang berada dalam pantang. Antara lain adalah untuk mengelakkan daripada demam dalam pantang. Mengikut petua orang tua-tua, "jangan demam dalam pantang. bahaya". :)

Vitalea adalah multivit yang penting kepada wanita berpantang. Ini kerana vitalea membekalkan 28 jenis minerat dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Proses pantang orang tua-tua menghalang wanita dalam pantang daripada mengambil pelbagai jenis makanan. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat dan vitalea berfungsi untuk mengelakkan ia daripada berlaku. Vitalea juga mempunyai zat besi yang diperlukan oleh wanita dalam pantang akibat kehilangan darah yang banyak.

Bcomplex mengandungi kesemua jenis 8 vitamin B dimana ia berfungsi untuk melawan kemurungan dan stress. Kemurungan yang teruk oleh wanita selepas bersalin amat berbahaya dan boleh menyebabkan postpartum depression (PPD) atau bahasa pasarnya "meroyan". Di samping itu, Bcomplex bertindak untuk memberi tenaga kepada wanita yang sedang berpantang.

Keistimewaan ostematrix adalah ia mambantu proses penghadaman dan sembelit. Sembelit adalah amat perit dan lebih-lebih lagi kepada wanita yang baru melahirkan. Ostematrix juga diperlukan oleh wanita dari mengandung hinggalah selepas berpantang. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium ibu dan tanpa kalsium yang secukupnya untuk top-up, osteoporosis akan lebih cepat berlaku.

ESP adalah minuman protein yang membantu menguatkan kembali otot yang telah kendur dan mengelebeh. ESP juga memainkan peranan dalam susu ibu seperti memekat, meningkatkan kualiti dan menambah kan kuantiti susu ibu.

Trial pack untuk 40 hari ada disediakan untuk mereka yang berminat. Selamat mencuba!


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, August 23, 2012

Set Kesuburan Shaklee (lelaki dan wanita)

Kali ini kita berbincang tentang set kesuburan. Lelaki dan wanita. Mari kita lihat apakah yang ditawarkan oleh Shaklee untuk kesuburan lelaki dan wanita.

Set kesuburan wanita terdiri daripada family wellness set dan women's health set.


Bagaimana set ini dapat membantu kesuburan wanita?

GLA complex
GLA complex adalah supplement yang amat penting untuk kesuburan. Ia amat bagus untuk diamal kan terutama bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur. Ia bertindak dengan mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon. Bagi mereka yang mempunyai cyst, GLA complex mampu mengecutkan cyst tersebut. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.

Alfalfa Complex
Alfalfa berfungsi untuk membantu mengatur kitaran haid, membantu merawat masalah keputihan yang menganggu hubangan suami isteri. Alfalfa juga mengetatkan vagina agar suami merasa lebih selesa. 


Set kesuburan Lelaki terdiri daripada family wellness set dan men's vital health set.


Vita-E Complex
Vita- E Complex Shaklee dilengkapi dengan selenium. Selenium adalah satu unsur yang penting untuk meningkatkan kuantiti sperm pada lelaki. Sebanyak 50% selenium didalam badan lelaki berada dalam testikel dan duktus seminal. Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Selenium yang cukup adalah amat membantu hubungan seksual lelaki bagi lelaki. Selenium juga mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E juga merupakan antioxidant yang mempu mingkatkan kesuburan. 

Zinc Complex
Zinc sangat penting untuk proses pembentukan testron, mengekalkan paras testron yang bersesuaian, mengekalkan jumlah air mani dan memberi tenaga kepada sperma menuju ke ovum. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma. Secara keseluruhannya, zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.

Omega Guard
Omega guard yang mengandungi omega 3 membantu pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome adalah struktur melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam proses persenyawaan telur/ovum. 


Set ini hanyalah usaha untuk kesuburan. Segalanya tetap ketentuan dari Nya. Yang penting teruskan berusaha, berdoa dan redha. 


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Set menyusu shaklee



Susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai. Hingga kini, tiada teknologi yang dapat menghasilkan susu setanding hebatnya dengan susu ibu yang percuma itu. Obsesnya ibu-ibu dalam memberikan susu yang terbaik buat anak mereka amatlah difahami. Disini saya ingin kongsikan supplement shaklee yang boleh membantu untuk penghasilan susu ibu (milk booster). Set milk booster shaklee dinamakan breastfeeding set. 


Set di atas adalah set premium yang terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vit C, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Supplements ini bergabung untuk membantu milk booster. 

Ostematrix dan alfalfa ditambah on top of basic set. Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ostematrix adalah kalsium (dan magnesium) yang diperlukan untuk menggantikan yang telah 'diambil' untuk penghasilan susu.

Anda boleh mencuba set ini. Perlu diingatkan bahawa pengambilan supplement bukanlah 100% solusi kepada masalah kekurangan susu. Konsep demand and supply masih applicable disamping mengambil makanan berkhasiat dan berdoa agar penyusuan berjalan lancar. 


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com