Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label testimoni. Show all posts
Showing posts with label testimoni. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Seputar, suratan atau kebetulan

Assalamualaikum

Suratan atau kebetulan atau kebenaran? Hasan adalah sejenis yang suka tiba2 terbangun malam dan menangis. Lately ni agak kerap. Jadi, tidur saya yang sememangnya sedia terganggu bertambah lg terganggu lah. Tapi lepas disiasat, bibik mensyaki sebab hidung hasan tersumbat. Macam baru2 nak start selesema. Air hingus masih tahap jernih. Saya pon terus minum ESP dan nutriferon malam tu juga. Esoknya, nampak masih selesema. Tapi oleh kerana tak nak perkara sama berulang, yakni bangun nangis2 malam2, saya pon calit la sikit nutriferon kat lidah hasan. Calit sikittt je. Saya tak pernah advise orang untuk bg pada anak yang below 1 year old. Hasan insya allah akan masuk setahun 12 jun ini. Jadi, saya cuba2 lah. 

Dan alhamdulillahhh serius, selesema dia berhenti terus esoknya. Malam tu tak buat perangai. Perhaps, flu is under control :). Alhamdulillah. Hihi. Tetapi, saya tetap tak advise bagi nutriferon pada below 1 YO. Suratan, atau kebetulan, atau kebenaran.

Ini membawa kepada persoalan "orang lain terlalu mengisahkan perihal orang lain". Macam ada komen2 sumbang yang saya dengar, mengeji perbuatan memberikan anak2 makan supplement. Supplement yang famous termasuk lah our famous mealshake, dan infact, omega. Saya hairan malah begitu ajaib sekali akan keprihatinan segolongan masyarakat terhadap pemberian makanan2 ini kepada anak2 orang lain. 

Malah hingga merasa berdosa jika nasihat agar jangan memberikan anak2 mealshake dan omega tidak disampaikan pada orang ramai. Wah gittew sekali. Sungguh terharu dan amat mengharukan. Saya juga berasa amat aneh sekali, kerana pasukan2 ini tidak pula concern akan pemberian makanan2 lain nya seperti gula2 ice cream, coklat, keropok twisties, air gas, air sirap bandung etc kepada anak2. Malahan berusaha memberi komen semacam pakar dalam bidang pemakanan.

Dan lagi satu, penggunaan basic H sebagai air untuk lap badan jika badan anak panas. Boleh mati katanya. Wah, ini memang mendebarkan saya. Walaupun setakat ini saya tidak lagi mendengar kes fatal untuk penggunaan basic H secara berikut, namun mendebarkan bukan. Pengguna2 yang menggunakan cara tersebut bermati2an mengatakan anak mereka ok dan turun panas suhu badannya selepas dilap menggunakan air bancuhan basic H itu tadi. Waallahualam. 

Cuma yang saya hairan kenapa pasukan2 prihatin itu amat prihatin. Bukan kah perkara2 sebegini sama seperti petua orang tua2 dahulu? contoh: jika baby sedu, maka letaklah tisu basah di dahi. Saya rasa benda tu bodoh. Walaupun saya pernah cuba, dan tak berkesan. Namun, ada orang claim perkara tersebut berkesan! malah melakukannya setiap kali baby sedu. Jadi, perlukah saya bertungkus lumus mengatakan kepada orang umum bahawa meletakkan tisu di dahi bayi ketika sedu adalah berbahaya! siapa tahu, kot2 tisu kering dan terjatuh dan masuk dalam mulut bayi lantas membuatkan bayi tercekik? Jadi kesimpulannya, tisu basah pada dahi bayi yang sedu adalah fatal! Jika di cek dengan pengeluar tisu, pasti pengeluar tisu memberi kan jawapan "kami membuat tisu berkualiti dengan fikiran bahawa pengguna adalah orang2 dewasa yang akan menggunakannya dengan berhemah. Ya, kami memangtidak membuat tisu untuk dibasahkan dan diletakkan pada dahi bayi yang sedu". Dan saya menggunakan statement tersebut untuk menyalahkan lagi pengguna yang meletakkan tisu basah di dahi bayi dan mengatakan "hey, tengok ni, manufacturer pon kata bukan dibuat untuk kanak2, apatahlagi untuk dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi". Malafide bukan?

Jadi tidak wajar jika satu pihak claim penggunaan sedemikian rupa memberi kesan yang baik pada anaknya, lantas pihak berlawan bermati2an menidakkan fakta tersebut. Ianya sama seperti teori orang2 tua. Ia menjadi petua orang tua kerana apa yang dilakukan oleh orang tua tersebut berkesan pada mereka lantas diturun temurun. Namun ada juga yang tidak berkesan, lantas tidak dibuat lagi. Jadi apa masalah jika satu pihak mengatakan anak mereka baik demam dengan mealshake, dan satu pihak mengatakan jangan ambil mealshake kerana mealshake hanyalah sejenis tepung. 

Lets just agree to disagree. Masing2 punya pendapat masing2 dan result dari anak masing2 adalah berbeza. 

Aih, lain saya nak tulis, lain pula yang saya tulis. Tak apa lah. Jadi harapnya pembaca boleh fikir dengan waras dan buat kajian sendiri sedikit2. Macam nutriferon, saya dan keluarga so far alhamdulillah. Memang ok dan ia memang berguna. Dah nanti jangan pula ada yang email ke shaklee tanya nutriferon ni boleh ke guna untuk bayi 11 bulan. :)

Sekian saja. Jumpa lagi ! :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, May 26, 2013

Testimoni Set Mengandung Shaklee - Kawanku

Assalamualaikum

Saya bawakan disini testimoni kawan saya sendiri tentang set mengandung. Beliau menggunakan vitamin shaklee sekalipun mendapat FREE SUPPLEMENTS dari hospital. Takling about preferences and quality..perhaps? :)

"Testimonial: Set Vitamin Mengandung

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.


Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.


Itulah 6 perubahan utama berbanding dengan kehamilan sebelum ini yang tidak menggunakan vitamin Shaklee. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, April 8, 2013

Suami dan Kakak Terbaik

Assalamualaikum

Di sini saya kongsikan lagi testimoni ESP dan ibu menyusu.

Kisah pertama: ESP dibelikan untuk isteri. Anak beliau premature. Dan as advisable by doctor, baby kena minum susu ibu. Ibu menghadapi masalah susu merudum dan ingin mencuba ESP. Lepas satu tin, hasil memuaskan dan baby alhamdulillah sudah 2.8kg. Beliau cuba untuk tidak minum ESP dan menggantikan dengan benda lain. Namun tidak menjadi, maka beliau kini menjadi loyal customer. Suami2 yang ini macam yang kita kena terapkan dalam masyarakat :p.


Alkisah kedua: Kakak membelikan set berpantang untuk adiknya. Tetapi tidak mengambil ESP. Namun ketika adik mempunyai krisis susu, kakak dan adik bersetuju mencuba ESP. Dan alhamdulillah inilah feedback nya. Kakak2 macam ni lah yang kita ingin terapkan dalam masyarakat :P.

Untuk bulan ni, anda boleh menambahkan nutriferon sekali dengan ESP. Antara komponen yang terkandung dalam susu ibu adalah antibodi. JIka anda perasan, kesihatan anak banyak juga bergantung pada taraf kesihatan ibu. Jika rasa2 taraf kesihatan anda tidak begitu memuaskan, mungkin anda perlukan nutriferon dan jika anda mempunyai anak yang masih menyusu badan, nah, ini adalah antara invesment terbaik untuk anak beranak.   


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, February 22, 2013

Herbal Blend dan Tumit

Assalamualaikum

Herbal blend ini adalah satu krim magic! Smells like mint and a little like minyak urut. True to its claim, memang tak berminyak/greasy, cepat serap dan multipurpose. Semua benda saya taram taruk herbal blend ni. Tapi yang paling ajaib, saya test sapu pada tumit pecah2 kan. Saja test sebab ada orang claim tumit tak pecah dah lepas sapu krim ni. Dan ternyata, BETUL. Haha impressive juga nampaknya!

Harga tak mahal. Retail price tak sampai rm30 pon. Jika anda nak order, boleh order pada saya. Hubungi 0192661775.



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, February 17, 2013

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum

Disini saya bawakan sedikit sebanyak testimoni set bersalin shaklee. Peringatan bagi ibu2 dan bakal2 ibu, walaupun set berpantang shaklee nampak modern dan untuk ibu modern, janganlah pula mengabaikan pantang larang nenek moyang kita. Set berpantang shaklee bukan bermakna ibu2 tak perlu pantang langsung. Ini hanya sebahagian daripada proses berpantang. Pantang tingkah laku, duduk, rutin2 berpantang, urut, etc semua masih perluu..cuma tahap strict, depends pada keluarga dan makcik urut masing2 :) 

Ibu ni mengambil set berpantang shaklee. Bersalin anak kedua. Tak rajin sangat pam, tapi sebab susu banyak sekali pam, jadi alhamdulillah dapat 20 botol dalam masa 2 minggu pertama.


Ini pula pengalaman ibu yang tumpah darah selepas 20 hari bersalin. Antara lain sebab kita berpantang adalah untuk mengelakkan tumpah darah. Alhamdulillah, ibu berikut sihat2 dan baik2 saja :)

Ini pula pengalaman ibu yang mula mengambil set shaklee bermula dari ketika mengandung lagi. 
Untuk pembelian dan konsultansi, boleh hubungi saya di 0192661775.


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, February 3, 2013

Shaklee Collagen Powder dan Lelaki

Assalamualaikum

Cuba tengok ni
Ni lelaki tau. Tengok pipi belah kiri, lepas tu belah kanan. Selepas 11 sachet shaklee collagen powder. Dasyat juga kan? Siapa yang agak2 ada parut macam tu boleh la cuba. Hubungi saya di 019 2661775. 

Tengok, bukan perempuan aje :))


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Cuaca Panas dan Performance Drink

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni ya allah panas nye! at least dekat bangi la. Cantik sangat weather dan alam. Sky clear blue. Awan setompok2 putih memang cantik langit masya allah. Tapi ya rabbi panas nya. Dah banyak hari tak hujan. Saya memang stress. Kan dah bagi tahu saya senang stress kalau cuaca panas. Sebab macam tak tahan belengas. Anak2 saya high metabolism, macam mama dia (haha), jadi sentiasa berpeluh je. Malam pon susah tidur sebab tak nyenyak, dan sentiasa berpeluh kepala. Memang lembab cadar bahagian kepala tuh you-know-what-i-mean-rite  -_-. Sabar je lah. 

Lepas tu saya minum air kosong bergelen2 sebab haus dan dehydrated. Betul, rasa kering. Mengikut cuaca sekarang, saya rasa performance drink memang yang paling penting. Dulu minum performance drink sekali je sehari. Lately ni minum 2x. Rasa macam nak minum 5x pon ada! sebab cepat sangat effect dia. Boleh rasa 'replenish' energy tuh. Serious tak tipu. Memang saya bancuh everytime rasa lembik letih dan dehydrated. Performance drink ni hydrate jauh lagi baik dari air. 

Malam ni pon tak boleh tidur. Skype dengan husband lepas banyak sangat kali miscall (sebab tak perasan, telefon dan laptop silent sebab tidurkan budak2 yang taknak dan susah tidur akibat cuaca panas), bancuh segelas besar performance drink. Fuhh..memang terbaik! Dulu bancuh kopi. Tapi actually kopi dehydrate. Jadi baik la minum yang hydrate kan. 

Performance drink ni ala2 minuman isotonik. Cuma ia tidak bergas. Anyway saya memang tak gemar minuman bergas. Lama dah tak minum. Kalau minum pon sipi2 je dan sebab terpaksa. Dulu pon kalau beli 100plus, biar buka lama supaya gas kurang/hilang. Nah, sekarang dah tak payah tunggu gas hilang. Memang tak ada gas. Anda cuba lah. Betul insya allah berkesan. Ni gambar dia

Sekali bancuh memang puas hati! Dapatkan lah dari kami sekarang. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, February 2, 2013

Mak saya dan ESP

Assalamualaikum

Mak saya seorang yang super busy. Walaupun kami duduk berdekatan, ya rabbi susahnya nak jumpa. Macam kena buat appointment dah rasa. Pagi petang siang malam memang busy dan selalu tiada dirumah.  

Conversation 

Umi: tadi makcik xx tanya umi makan apa larat stay malam2 macam ni
Saya: oo, dah tu umi jawap apa
Umi: umi cakap lah, minum ESP si iman ni. beli kat dia
Saya: haha pastu makcik tu ckp apa
Umi: oo ye ke? nanti nak order kat iman lah
Saya: hahaha mavelesss..

Marvelous lah. I luv you umi! Kalau tak jawap macam tu pon still luv umi jugak. hahha

p/s: umi tak cakap dia minum performance drink jugak. he he. Tu la rahsia nye ye kawan2. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Tenaga mempengaruhi Emosi

Assalamualaikum

Nak tulis entry dari semalam lagi tapi tak berkesempatan. Ni baru ada masa. Semalam saya pergi yoga. Biasala, nak stretching sana sini sikit. Kan ke gaya hidup sihat hehe. Lepas ni harapnya boleh pergi jogging. 

Balik tu memang sakit badan. Maklumla 2 minggu tak yoga. Lepas tu nak layan 3 3 orang budak ni lagi. Biasala budak2, time dengan mak bapak lah nak bawa keluar semua perangai yang ada. Memang sabar nyee lah walau pun rasa nak jentik2 je! Dah badan sakit2, letih lagi, perangai lagi. Memang nasib baik makan supplement. Dan minum performance drink. Kalau tak, memang tak tahan sabar dan tak ada tenaga. Betul, life di kl memang hectic. Lagi kalau naik public transport. Sentiasa berdiri dan bersesak2, balik rumah nak kena layan anak2 lah kan sebab dah tinggal diaorang more than 8 hours. Kena adil pada hak anak2. Tapi diri sendiri juga ada hak. Jadi saya utamakan hak anak2 dulu. Hak pada diri, saya assume dalam menjaga kesihatan. 

Mesti anda fikir, poyo nye kan apa kaitan makan supplement dengan anak2. Kerana saya memegang jawatan anak, isteri, ibu, pekerja, dan majikan, maka semua dependent saya expect hak masing2 daripada saya. Untuk memenuhi keperluan dan memberi dengan terbaik segalabagai hak tu, saya perlukan tenaga yang lebih. Dah lagipun makin tua. Makin tua banyak lah issue nya. Semua pon tak baru lagi. Tenaga yang lebih bakal mempengaruhi emosi sekaligus terpancar melalui fizikal dan kata2. 

Jika kita letih, kita tak dapat berfikir dengan waras. Malahan nak bercakap pon penat. Apatah lagi nak layan kerenah2 pelik2, anak2 nak baca buku, nak dokong, nak suap etc. Semua pon nak attention. Kalau penat, alih2 semua tak dapat kecuali kena marah. Kesian kan? tak adil untuk marah anak2 yang tak tau apa2 kecuali nak attention mak ayah. Paling kuat kena bersabar. Tapi tahap mana sabar kita kalau kita penat sangat? 

Disitu supplement membantu dimana saya masih bertenaga ketika pulang. Kalau penat letihh sangat pon, jika saya minum performance drink tu, insya allah, siap boleh stay up dan update blog. Paling basic ambil lah family wellness set, bertenaga sikit

Tengok ni budak bertiga tu. xoxo



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, January 22, 2013

Lecithin - komen

Assalamualaikum

Ini komen dari isteri kepada pengguna lecithin. Baru seminggu makan. Before this dia guna lecithin juga. Tapi brand lain. Mula niat guna utk kolesterol. Sekarang untuk kurus pula. Wahah


- Posted using BlogPress from my iPhone