Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Breastfeeding

Assalamualaikum

Kesinambungan dari kisah peti ais penuh saya di entry ini? ialah di bawah

Main belasah je susun macam2mana sebab dah tak muat sangat2 dah hahaha. Senang2 500Oz tu. Lauk pon beli hampir daily sebab tak muat fridge :D

Dah nak masuk kerja, biasanya, laju je stok2 ni berjalan. Harap2 dapat topup maintain stok. Berkurang sikit pon tak apa supaya muat peti ais. Hohoho

My daily consumption untuk menjaga kesihatan diri sendiri

Tak nak lah menyusu sampai memakan diri. Tu baru calsium. Belum tenaga, masa tidur etc. Ish. Tak boleh. Anak2 memerlukan ibu yang power untuk mendidik mereka. Moga ALlah kurniakan kami kesihatan yang baik!

P/s: Energizing Soy Protin tu yang paling mahal antara 5 5 tu. Retail rm150. Harga ahli murah la sikit. Tapi, bila promosi, murah jauh. Untunglah bulan ni promosi. Yang saya consume, semua saya beli time promosi. Hehe. Diri sendiri kena cekap berbelanja gitcuuuu :D

Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Friday, November 22, 2013

Kompilasi Testimoni Set Slim Shaklee

Assalamualaikum

Ya, sekarang saya tengah 'in' set slim shaklee. Sebab suami saya kena turunkan berat badan atas sebab kesihatan. Hehe. Kan ke kegemukan / obesiti tu ibu penyakit. Memang betul lah rupanya. Ok saya sudah terangkan tentang cinch haritu kan. Kalini, saya share testimoni orang2 lain tentang set ni. 

Kalau anda tanya testimoni bergambar saya sendiri, tak boleh lah sebab saya dah tak berapa gemuk pon. Jadi tak visible walaupun hakikatnya saya memang ambil alfalfa, lecithin dan ESP.  Sebab saya ambil lecithin lepas bersalin. Memang untuk kurus dan memang dia turun kan inches yang tak perlu. He he



Gambar kiri: time anak dara. Gambar kanan: mak orang. Hehe








Proposed set slim shaklee ini sesuai untuk yang originally besar dan nak turun, ibu yang baru bersalin dan nak mendapatkan ideal weight, siapa2 yang nak maintain ideal weight sekarang danlainlain. Hubungi saya untuk consultation dan ordering.

Sekian nanti kita berjumpa lagi untuk pendetailan barang2 yang dipropose dalam set ini.


Kekman @ goldenlounge
019 2661775

Monday, November 11, 2013

Ibu, Sayangi Diri Anda

Assalamualaikum
 
Monday morning. Malam minggu bertungkus lumus lipat baju (atau tak), weekend kemas rumah, sapu sampah kemas mainan anak2, basuh baju, jemur baju, kutip baju. Alamak hujan pulak, bertimbun lagi baju. Basuh pinggan, kemas dapur, masak, kemas meja makan etc. Letih kan?
 
Weekdays kerja, balik kerja fikir makan. Datang lewat balik lewat terkecoh2 nak fikir dinner dan kemas dapur siap baju esok. Gosok baju. Tak dapat datang awal sebab hantar anak ke nursery. Dan the cycle goes. Kan?
 
Belum masuk layan anak2, layan suami, anak2 nak minta suap makan. Minta bacakan buku. Main sama2, diri sendiri nak mandi, nak solat beribadat. Semua cram dalam tak berapa jam selepas maghrib sehingga tidur. Dengar pon penat kan?
 
Ibu2 biasa jadi heroin dalam rumah tangga. Sangka kita lelaki itu gagah dan kuat. Hakikatnya, jangan bohong, ibu2 yang biasanya menjadi tulang belakang sesebuah keluarga. Jika suami demam, suami akan terlantar di katil dan berehat. Jika isteri demam, biasanya isteri akan tetap menjalankan tugas harian sebagai ibu seperti biasa. Betul kan? Kan home is where mom is. Dan ibu2 biasanya gembira jika semua di atas Berjaya di accomplished. Apatah lagi jika kerjaya turut cemerlang.
 
Tapi jangan bohong badan kita. Badan kita juga punya hak. Ibu2 biasanya mengabaikan badan sendiri demi keluarga. Jika lapar, diberi anak dan suami makan dahulu. Nanti jika ada lebih, baru dimakan. Lepas makan suami dan anak2 berehat dan bermain. Ibu di dapur kemas dapur. Selesai mengemas baru semua akan siap2 nak tidur. Semua tunggu ibu.
 
Berapa lama badan boleh tahan? Terkadang gizi yang diambil ibu tidak seimbang kerana makan ikut dan. Mandi malam2 tunggu anak2 tidur. Tidur tak sempurna dek anak bangun malam mahupun stay up lipat kain.
 
Perkara biasa kan? Jangan zalimi badan kita. Sayangi diri anda wahai ibu2. Pastikan ada waktu diberikan pada diri sendiri. Ada makanan yang berkhasiat masuk ke perut kita. Ambil supplement untuk menampung kekurangan2 dalam gizi pemakanan dan makanan harian. Pastikan anda mendapat balanced diet. Ambil supplement untuk mendapat extra tenaga yang diperlukan.
 
Yeah, bukanlah bermakna yang mengambil maid untuk membantu kerja2 rumah harian itu lemah. Dan bukan juga bermakna yang mengambil supplement untuk memberi tenaga lebih dan kecergasan dan kesihatan badan itu lembik. Itu semua bermakna ibu2 masih sayang diri sendiri dan juga keluarga.
 
Badan yang sihat bakal melahirkan emosi yang tenang dan stabil. Itu yang penting dalam menangani kehidupan harian yang mencabar dan juga menangani stress.
 
Emosi yang tidak terkawal dan ekstrem akibat badan yang lapar dan letih bakal menghasilkan impak negative. Otak juga akan lebih tertekan dan lesu akibatnya tidak mampu berfikir dengan baik dan rasional.
 
Boring. Tapi itulah hakikat hidup. Orang kata, hidup mesti positif. Macamana nak positif kalau badan pon letih dan tidak dapat berfikir dengan baik serta emosi yang tidak stabil?
 
Sayangi diri anda. Anda sayang diri anda kerana dengan itu, anda juga membuktikan anda sayang keluarga anda.
 
 
 
Kekman @ goldenlounge
019 2661775

Monday, June 17, 2013

Nice thought of puasak

Knowing that you can sleep more because you can delay sahur til towards the end and can even still do night prayer because your sahur is a quick fix of Esp+mealshake+performance drink. Plus a few kurmas and lots of plain water.

Aahh...god bless todays puasak and give me strength throughout the day.

Ameen

Get your mighty 3 gem from me today!

p/s: key word dia "sleep more". SLEEP MORE. :))

Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blospot.com

Saturday, June 15, 2013

Set Mighty 3 Gem dan Bulan Puasa

Assalamualaikum

Bersempena dengan bulan puasa yang akan datang, saya ingin mempromosikan set mighty 3 gem yakni terdiri daripada 3 rangkai produk yang memberikan tenaga, rasa kenyang dan kesihatan keseluruhan. Produk tersebut adalah ESP, Mealshake dan Performance Drink. Bersempena dengan promosi mealshake pada bulan ini, harga set tersebut adalah lebih rendah dan amat berbaloi untuk preparation bulan puasa pada bulan depan. 

Pengambilan mighty 3 gem sudah cukup untuk menjadi makanan sahur anda. Ini lebih lagi jika anda mengambil sekali dengan kurma. Rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari. Kalau rasa lapar sikit2, biasa lah kan namapun puasa. 

Lately saya banyak puasa ganti. Dan saya seorang ibu menyusukan. Biasanya saya jarang terbangun untuk sahur malah kadang2, bangun di akhir waktu. Jadi tidak sempat untuk masak / panas kan lauk / makan etc. Jadi saya hanya ambil mighty 3 gem dan beberapa biji kurma. Alhamdulillah, so far bertahan. Memang ada masa tidak terbangun untuk sahur. Memang lembik. Biasa lah kan.


Jangan buang masa. Pesan dari saya hari ini! 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, May 26, 2013

Testimoni Set Mengandung Shaklee - Kawanku

Assalamualaikum

Saya bawakan disini testimoni kawan saya sendiri tentang set mengandung. Beliau menggunakan vitamin shaklee sekalipun mendapat FREE SUPPLEMENTS dari hospital. Takling about preferences and quality..perhaps? :)

"Testimonial: Set Vitamin Mengandung

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.


Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.


Itulah 6 perubahan utama berbanding dengan kehamilan sebelum ini yang tidak menggunakan vitamin Shaklee. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, April 8, 2013

Suami dan Kakak Terbaik

Assalamualaikum

Di sini saya kongsikan lagi testimoni ESP dan ibu menyusu.

Kisah pertama: ESP dibelikan untuk isteri. Anak beliau premature. Dan as advisable by doctor, baby kena minum susu ibu. Ibu menghadapi masalah susu merudum dan ingin mencuba ESP. Lepas satu tin, hasil memuaskan dan baby alhamdulillah sudah 2.8kg. Beliau cuba untuk tidak minum ESP dan menggantikan dengan benda lain. Namun tidak menjadi, maka beliau kini menjadi loyal customer. Suami2 yang ini macam yang kita kena terapkan dalam masyarakat :p.


Alkisah kedua: Kakak membelikan set berpantang untuk adiknya. Tetapi tidak mengambil ESP. Namun ketika adik mempunyai krisis susu, kakak dan adik bersetuju mencuba ESP. Dan alhamdulillah inilah feedback nya. Kakak2 macam ni lah yang kita ingin terapkan dalam masyarakat :P.

Untuk bulan ni, anda boleh menambahkan nutriferon sekali dengan ESP. Antara komponen yang terkandung dalam susu ibu adalah antibodi. JIka anda perasan, kesihatan anak banyak juga bergantung pada taraf kesihatan ibu. Jika rasa2 taraf kesihatan anda tidak begitu memuaskan, mungkin anda perlukan nutriferon dan jika anda mempunyai anak yang masih menyusu badan, nah, ini adalah antara invesment terbaik untuk anak beranak.   


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, February 12, 2013

Yang Terbaik Hanya Untuk Yang Terbaik


Assalamualaikum

Sekarang banyak produk2 dipasaran. Yang paling bes, so-called campuran pemakanan sunnah. Semua benda di campur dan dijadikan sejenis minuman/ makanan. Tapi hakikatnya benda yang dicampur tu tak pula diberitahu dari mana asal dan ditanam. Contoh: kismis. Kismis mana? Jenis apa? Kismis minda ke? Kismis ligo ke? Kismis sunmaid ke? ke kismis mana2 je ambil. Tak acilah bukan tanam sendiri. Lagi satu, so-called susu yang di terapi dengan alquran, kemudian dijual dengan harga mahal. Saya muskil juga, kalau saya bacakan vitamin saya dengan alquran, dapat status yang sama kan? Vitamin shaklee berterapikan alquran. Saya jual double price. Amacam? He he he. Loyar buruk

Bukan apa. Sebelum memilih vitamin mana nak consume, saya study juga la sikit2, sebab tu saya settle for shaklee. Ada byk reason saya pilih shaklee, termasuk natural, research yang hebat dan raw material yang dijaga dan dipatau dengan ketat.

Jadi saya macam agak pelik macamana orang boleh simply makan tanpa menghirau asal usul. Contoh, saya ambil jualan paling laris saya iaitu kolagen. Saya boleh cakap kolagen shaklee adalah kolagen dari sisik ikan merah. 1) sisik ikan, 2) ikan merah (red snapper scale). Nampak, specific? Bukan general eg: kolagen ikan, atau ikan laut sejuk. Siap ada jenis ikan dan bahagian. Dan ada sebab. Bukan pukul rata asal nama kolagen, telan je. Heheh. Dan saya terus terang cakap pada customer, berdasarkan research yg dilakukan, penggunaan 8 minggu berturut2 akan menghasilkan blabla. Saya tak jual harapan dan tak menjanjikan yang manis2. Harga memang boleh tahan bagi setengah2 orang.Tapi, memang ada sebab disebalik harga. Sebab tu shaklee boleh bagitahu sumber dan bahan yang digunakan. Sebab dia pantau dari awal.

Jadi, jika anda benar2 mencari yang asli dan baik, pastikan sumber pemakanan anda boleh dipercayai. Anda berhak tanya dan soalselidik pada penjual tentang asal usul dan ramuan yang digunakan. Maklumla, badan nak pakai lama. Bukan bole dapat badan baru tiap 10 tahun. He he. Jadi kena lah pastikan intake yang benar2 bagus. Jangan lupa, garbage in garbage out. Ingat, ada sebab sesuatu diletakkan pada harga mahal dan murah. Ada sebab bag LV mahal dan sembonia murah. Bezanya, bag tidak di makan. Jadi bole la nak beli yang murah ke mahal ke :))

Buat pilihan bijak ye. Bukan badan orang lain. Badan sendiri. Hak diri. Hehe. Some people go extra miles for quality, some just doesnt care. Its all up to you.





Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, February 9, 2013

Impak TAK Minum ESP dan Performance Drink

Assalamualaikum

Semalam adalah hari yang pelik. Saya pergi kerja macam biasa dan balik awal dari kebiasaan yakni pukul 645 petang dah sampai rumah. Malam sebelumnya juga tidur awal dan tak terganggu sangat oleh Hasan. TAPI, lepas breakfast sebungkus nasi lemak, dalam pukul 1030 pagi macam tu saya dah rasa lapar sangat2 macam tak makan apa-apa dari pagi. Wahh ini tak boleh jadi. Sungguh, lapar sangat tak tipu. 

Pukul 1230 saya dah turun lunch kerana lapar sangat. Saya berjumpa roomate saya. Lantas set date di Ben's KLCC. Kalau anda tahu, di bens ada satu menu nama golden soft crab shell spagethi kalau tak silap. Itu menu favourite saya. Dan sepanjang berkali2 saya makan dan order, sumpah saya memang tak pernah habis makan sorang semangkuk tu. Mesti ada tak habis sikit atau share dengan kawan2. Tapi, semalam, mangkun tu licin! Tak caye tanya roomate saya di Uni dulu. Siap habis semua crab dan kuah2 semua macam nak jilat. Walhal sebelum ni, crab tu mesti tak habis sebab saya tak pandai makan sgt (bak kata suami saya). Tak tau la kalau tukang masak semalam hebat sangat. Gambar bawah ni ihsan google. Ni lah rupa soft crab tersebut. Nampak sikit? banyakk ok


Petang tu sampai rumah agak awal. Dalam 645 petang macam tu. Biasanya maghrib atau sipi lepas maghrib baru sampai. Sempatla saya menikmati matahari petang dengan anak2. Lepas maghrib saya bergegas pergi ambil baju kurung yang ditempah. Kedai baju akan tutup pukul 830. Jadi agak kelamkabut untuk pergi ambil, namun mengenangkan cuti panjang dan kedai mesti buka selepas cuti, saya pergi ambil juga. Lagi pun dah tak sabar :P

Surprisingly, balik tu, flat habis macam hectic sangat hari tu. Saya buat mental note untuk minum performance drink nanti. Masalahnya 'nanti' tu tak kunjung tiba kerana saya tertidur dengan hebatmacampenatsangat. Belum pukul 10 dan 'pengsan'

Pagi ni bangun balik dan bangun pukul 6! tak tersedar langsung pukul 5. Saya reflect balik. Ini tak boleh jadi. Teruk sangat performance semalam. Saya fikir2 apa yang tak kena semalam. Lepas reflect satu2, baru saya teringat, pagi semalam saya TAK MINUM ESP. Dan malam tu kan TAK SEMPAT MINUM PERFORMANCE DRINK. 

Aaahh! Jadi kalau selama ini saya nampak impak kalau minum ESP dan PD, sekarang SAYA NAMPAK IMPAK KALAU TAK MINUM ESP DAN PD. Maknanya, saya akan flat tiap hari lepas balik kerja dan tak ada masa nak layan anak2 etc. Mungkin kalau anak saya baru sorang, boleh la lagi nak masak etc bagaii. Kalau 3 orang, saya memang tak menang tangan sangat. Mungkin orang lain mampu. Tak tahu lah. Dan actually ESP tu betul bagi kita kenyang sebab minggu ni 2-3 kali saya tak minum ESP dan memang lapar walaupun dah makan. Tapi tak sehorror semalam. 

Ok folks, saya nak minum ESP dan pergi pasar :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, February 2, 2013

Mak saya dan ESP

Assalamualaikum

Mak saya seorang yang super busy. Walaupun kami duduk berdekatan, ya rabbi susahnya nak jumpa. Macam kena buat appointment dah rasa. Pagi petang siang malam memang busy dan selalu tiada dirumah.  

Conversation 

Umi: tadi makcik xx tanya umi makan apa larat stay malam2 macam ni
Saya: oo, dah tu umi jawap apa
Umi: umi cakap lah, minum ESP si iman ni. beli kat dia
Saya: haha pastu makcik tu ckp apa
Umi: oo ye ke? nanti nak order kat iman lah
Saya: hahaha mavelesss..

Marvelous lah. I luv you umi! Kalau tak jawap macam tu pon still luv umi jugak. hahha

p/s: umi tak cakap dia minum performance drink jugak. he he. Tu la rahsia nye ye kawan2. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, October 12, 2012

ESP - Experience sendiri

Assalamualaikum

Saya berkenalan drngan ESP ketika saya berada dalam pantang. Saya bukan jenis yang rajin pam. Biasanya stok susu akn saya buat bmula minggu ke 3-4. Selepas minum 2 -3 hari, breast terasa sentiasa engorged dan saya terpaksa pam kerana sakit. Baju akan lencun pada waktu mlm jika sy tidak memakai breast pad. Tambah pula baby tiba-tiba minum sikit. Mungkin kerana susu menjadi lebih pekat maka baby cepat kenyang. Jadi bertambah lagi engorged hinggakan saya mengawal tahap engorged melalui intake ESP. Yakni, minum sekali instead of 2x sehari. Saya berjaya buat stok hanya berdasarkan konsep "pam bila sakit". Sekali pam dapat 4oz-7oz. Bukan powerpumping pon. Bermakna, jika bersungguh, memang susu dapat penuh fridge. Macam susu orang lain dalam gambar dibawah. Hehe ok, mereka consume set 3M. Dalam set 3M, ESP adalah wajib :)


Ketika masuk kerja, semua orang menegur muka berseri2. agak pelik kerana pantang kali ini memang saya tidak disiplin dalam menjaga muka. Maklumlah pantang sendiri-sendiri. Tambahan pula ketika mengandung, 'pembawakan budak' memang ketara bagi effect di kulit muka. Pelik lagi bila sebulan lepas itu adalah hari raya. Rata-rata saudaramara serta kawan2 yang lama tidak berjumpa semua menegur kulit saya cantik dan berseri. Wow bangga sekejap.

Sorilah, tak ada pula gambar saya sebelum ambil ESP. Lagi pun tengah gemok mengandung. Takkan nak letak gambar gedempol tersebut. :).

Jadi, saya berkesimpulan ESP mencantikkan kulit dan memberi kesan glowing pada wajah selain menambah kualiti dan kuantiti susu. Berdasarkn experience saya, saya mencadangkan kepada wanita2 yang inginkan kulit cantik dan glowing pada wajah, mahupun ibu2 lain yang inginkan susu mereka berkualiti, agar mencuba ESP. Ini experience saya. Mungkin lain orang lain experience nya. Namun tak salah mencuba kan.

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya dengan SMS 0192661775. Kebetulan bulan ini terdapat promosi dan anda boleh mendapatkn harga murah drpd biasa. Saya sendiri membeli sekotak sebagai stok saya. Kebanyakkan existing customer mengambil 2 canister utk djadikan stok. Pendapat saya, inilah masa terbaik utk mencuba dan stock up. Seeloknya cepat kerana kegunaan yang terlalu byk kepada setiap golongan, ESP adalah best seller shaklee. Bermakna ESP bakal kehabisan stok. True enough, di johor baru, ESP telah di catu penjualannya sementara menunggu stok baru. Booking sekarang! Jangan menyesal nanti :)



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 6, 2012

ESP yang mengenyangkan

Assalamualaikum
 
Semalam tengah malam saya lapar. Entah kenapa tak pasal-pasal. Mungkin sebab menyusu. Pergi dapur makan roti. Duduk kejap...eee masih lapar. Tak boleh tidur. Nampak maggi ada lagi sebungkus. Nasi juga masih ada. Eh takkan nak makan nasi tengah-tengah malam buta..habis la diet saya (he he). Decide to go for maggi. Saya pun masak air dan surf internet sementara menunggu air masak. Sesudah air masak, saya pergi dapur, tapi masih berbelah bahagi sebab kan tak elok makan maggi. Lagipun itu makanan emergency. Tiba-tiba dapat satu idea untuk minum ESP tengah-tengah malam. Takpernah di buat sebelum ni. Saya sememangnya suka ESP, jadi tiada masalah sangat untuk minum mentah-mentah. Tapi kali ini perlu kenyang untuk tidur. Lalu saya campurkan ESP dan fresh milk. ...Voila! kenyang. Alhamdulillah dapat tidur :)
 
Betul la ESP mengenyangkan dan sesuai untuk diet yang sihat. Ni gambar 'projek' saya malam semalam; ESP dan fresh milk - ramuan ESP yang paling simple!
 
 
Sekarang guna untuk breakfast!
 
Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, October 5, 2012

ESP - October promotion

Assalamualaykum
Yarkhh.. semalam seorang kawan whatsapp saya. ESP tu apa? takde pon entry kat blog. OK fine. Ada sebenarnya di sini. Also in conjunction dengan promosi Oktober yang menyebabkan gedung Shaklee nak runtuh dengan pembelian ESP secara pukal oleh semua orang, saya listkan kegunaan ESP secara ringkas.
Diet - ESP adalah pilihan terbaik sebagai 'snack' atau terasa lapar kerana ia adalah protein drink yang akan memberikan rasa kenyang.
Kolesterol - ESP membantu merendahkan tahap kolesterol
Tenaga - ESP membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum.
Kulit cantik - ESP memberikan khasiat protein terbaik untuk memperbaiki sel kulit yang rosak. ESP juga membantu mengurangkan pigmentasi, mengurangkan jerawat, parut jerawat dsb.
Badan pejal - ESP menguatkan kembali otot yang telah kendur dan mengelebeh. Pengambilan secara konsisten akan menghasilkan perubahan ketara
Awet Muda - ESP adalah protin drink terbaik. Protin adalah asas kepada pembinaan rambut, kulit dan kuku.
Mengandung - ESP membantu untuk pregnancy yang lebih sihat. Fetus berkembang dengan baik dan mengurangkan pregnancy discomfort. Ia juga untuk kulit bayi yang lebih gebu. ESP juga adalah pilihan yang lebih selamat dan berkesan berbanding soya kotak yang dijual di supermarket.
Menyusu - ESP membantu menggalak, memekat dan menambah kualiti susu ibu. Bayi akan cepat kenyang selepas menyusu.
Vegetarian - ESP adalah pilihan terbaik kerana protein soya mempunyai khasiat yang paling hampir dengan protein daripada daging.
Atlit - ESP membaikpulih dan membina tisu otot yang rosak ketika bersenam. Menjadi pilihan ramai atlit Olimpik diseluruh dunia
PROMOSI OKTOBER!
Promosi oktober adalah ESP. Pembelian 6 canister ESP dan anda mendapat 1 canister ESP secara percuma. Saya tahu tidak semua mampu dan mahu membeli 6 canister ESP sekaligus. Anda boleh mendapatkan jumlah canister ESP yang anda mahu pada harga diskaun. Caranya? hubungi saya. SMS 019 2661775. Bagi yang baru hendak mencuba ESP, inilah masanya sementara harga tengah murah dari biasa!
Promosi ini akan berakhir tepat pada 31/10/2012. Pembelian ESP selepas tarikh itu akan dijual pada harga biasa :)
Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, September 6, 2012

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Assalamualaykum

Saya ada sorang kawan yang berkerja sebagai nurse. Kata beliau, terdapat musim beranak di hospital. Musim yang dimaksudkan ialah pada bulan 6 dan bulan 12 iaitu sejurus selepas cuti sekolah. Melihatkan keadaan sekeliling, mungkin ada kebenarannya. 4 orang dari kawan office saya sahaja bakal bersalin akhir tahun ini. Saya dedicate entry ini kepada mereka dan bakal2 ibu mahupun ibu2 'lama' yang bakal melahirkan cahaya mata akhir tahun ini.

Disini saya ingin kongsikan set bersalin optimum / vitamin yang disyorkan untuk membantu ibu-ibu dalam pantang. Set tersebut terdiri daripada set basic + Zinc complex + Ostematrix.

Tahukah anda bahawa pengambilan ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat adalah disebabkan mereka kaya dengan zink, zat besi, protin etc. ?

Kegunaan zinc complex dalam set ini adalah untuk mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin samada dalaman dan luaran. Ia juga membantu mengurangkan masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin.

Vita-C memperbaiki sistem pendarahan. Kombinasi vita-c dan zink dalam set ini membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan mencantikkan kesan luka luaran. Vita-C yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun amat diperlukan oleh wanita yang berada dalam pantang. Antara lain adalah untuk mengelakkan daripada demam dalam pantang. Mengikut petua orang tua-tua, "jangan demam dalam pantang. bahaya". :)

Vitalea adalah multivit yang penting kepada wanita berpantang. Ini kerana vitalea membekalkan 28 jenis minerat dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Proses pantang orang tua-tua menghalang wanita dalam pantang daripada mengambil pelbagai jenis makanan. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat dan vitalea berfungsi untuk mengelakkan ia daripada berlaku. Vitalea juga mempunyai zat besi yang diperlukan oleh wanita dalam pantang akibat kehilangan darah yang banyak.

Bcomplex mengandungi kesemua jenis 8 vitamin B dimana ia berfungsi untuk melawan kemurungan dan stress. Kemurungan yang teruk oleh wanita selepas bersalin amat berbahaya dan boleh menyebabkan postpartum depression (PPD) atau bahasa pasarnya "meroyan". Di samping itu, Bcomplex bertindak untuk memberi tenaga kepada wanita yang sedang berpantang.

Keistimewaan ostematrix adalah ia mambantu proses penghadaman dan sembelit. Sembelit adalah amat perit dan lebih-lebih lagi kepada wanita yang baru melahirkan. Ostematrix juga diperlukan oleh wanita dari mengandung hinggalah selepas berpantang. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium ibu dan tanpa kalsium yang secukupnya untuk top-up, osteoporosis akan lebih cepat berlaku.

ESP adalah minuman protein yang membantu menguatkan kembali otot yang telah kendur dan mengelebeh. ESP juga memainkan peranan dalam susu ibu seperti memekat, meningkatkan kualiti dan menambah kan kuantiti susu ibu.

Trial pack untuk 40 hari ada disediakan untuk mereka yang berminat. Selamat mencuba!


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, August 23, 2012

Set menyusu shaklee



Susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai. Hingga kini, tiada teknologi yang dapat menghasilkan susu setanding hebatnya dengan susu ibu yang percuma itu. Obsesnya ibu-ibu dalam memberikan susu yang terbaik buat anak mereka amatlah difahami. Disini saya ingin kongsikan supplement shaklee yang boleh membantu untuk penghasilan susu ibu (milk booster). Set milk booster shaklee dinamakan breastfeeding set. 


Set di atas adalah set premium yang terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vit C, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Supplements ini bergabung untuk membantu milk booster. 

Ostematrix dan alfalfa ditambah on top of basic set. Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ostematrix adalah kalsium (dan magnesium) yang diperlukan untuk menggantikan yang telah 'diambil' untuk penghasilan susu.

Anda boleh mencuba set ini. Perlu diingatkan bahawa pengambilan supplement bukanlah 100% solusi kepada masalah kekurangan susu. Konsep demand and supply masih applicable disamping mengambil makanan berkhasiat dan berdoa agar penyusuan berjalan lancar. 


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Family wellness set


Supplement shaklee paling basic yang harus berada di setiap rumah adalah set family wellness. Set ini adalah untuk seisi keluarga. Set family wellness terdiri daripada Vita Lea, Vit C, Bcomplex dan ESP. 

ESP:
ESP adalah protein drink dimana protein adalah makanan kepada sel sel dalam tubuh. Anda boleh rujuk pada entry saya yang lalu untuk kebaikan ESP ini di sini.

Vita Lea:
Vitalea adalah sejenis multivitamin yang terdiri daripada 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Oleh kerana kita tidak dapat menjamin pemakanan yang sihat dan seimbang setiap hari, maka pengambilan multivites adalah sangat penting untuk general health. Vitalea berfungsi untuk 'top-up' kekurangan vitamin dan mineral dalam tubuh.

Vit C:
Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Vitamin C amat cepat musnah dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Vitamin C yang baik adalah vitamin C yang dapat bertahan dengan lebih lama dalam badan. Bagi tujuan ini, Shaklee telah menghasilkan vitamin C dengan konsep sustained-release. Konsep sustained-release membebaskan vitamin C secara perlahan-lahan agar khasiat vitamin C dapat diserap oleh tubuh dan bertahan dengan lebih lama.

B-Complex:
Bcomplex Shaklee mempunyai kesemua 8 jenis vitamin B. Ini termausklah Thiamin (B1), Ribiflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyriodoxine (B6) Cyanocobalamin (B12), Biotin (7) dan Folic Acid (B9). Bcomplex berfungsi untuk memberikan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari dengan menukarkan makanan kepada tenaga. Tahukah anda bahawa vitamin B membantu melawan stress dan kemurungan? Vitamin B juga membantu daya tumpu. Anda akan menjadi lebih bertenaga dan tinggi daya focus.

Bagi mereka yang ingin mencuba set shaklee, set ini amat disyorkan. Anda boleh mendapatkannya dari Golden Lounge!



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, August 20, 2012

Kepentingan Protein

Protein boleh didapati didalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun hakikatnya protien ini mudah musnah apabila berada dala suhu masakan tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protien yang ada dan selebihnya menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk system. Protien adalah makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup dan protein di tambah dengan protien yang bagus, sel sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel lama dan mati.

Berikut adalah risiko kekurangan protein secara umum:
  • Anemia
  • Kidney disease
  • Liver
  • High Cholesetrol
  • Low blood pressure
  • Low blood sugar
  • Nerve instability
  • Peptic ulcer
  • Poor wound healing
  • Poor blood circulation
  • Poor vision
  • Irritability
  • Fatigue
  • Water retention
  • Prolonged period of time mental retardation
  • Lack of resistance to infection
Dapat apa kalau minum ESP?

Pelajar/pekerja/individu biasa: As energy boster. Jika di minum pada awal pagi, akan lebih terasa energetic dan kurang rasa lapar. Sesuai untuk weight management
Lelaki: Melindungi dari penyakit ie heart, cancer etc
Ibu mengandung: Untuk pregnancy yang lebih sihat. Fetus berkembang dengan baik dan mengurangkan pregnancy discomfort. Ia juga untuk kulit bayi yang lebih gebu 
Wanita: Keanjalan kulit. Protein adalah amat penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dengan tona yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

Selamat mencuba!




Golden Lounge

019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, August 8, 2012

Energizing Soy Protein (ESP)

Salam.

Agak terlambat entry saya tentang Energizing Soy Protien, dalam singkat ESP, yang juga merupakan antara produk terlaris Shaklee. 

Sedikit latar belakang tentang ESP. ESP di hasilkan di awal 70-an oleh Dr Shaklee. ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan Shaklee adalah non-GMO. Non-GMO adalah non-Genetically Modified Organism. Ia di process pada kadar suhu yang rendah. Kacang soya non-GMO ini telah dihasilkan dibawah pantauan Identity Preservation Programme (IPP), dimana kacang soya dipantau dari seawal tanaman hingga akhir proses. Anda perlu mengetahui perbezaan kacang soya GMO dan non-GMO. 
Antara kebaikan ESP ini adalah:
  • Membekalkan tenaga. 1 canister 1 kg ESP dibuat daripada 30kg kacang soya dan ia adalah energy booster segara yang boleh bertahan selama berjam-jam
  • Melawan rasa lapar. Sesuai dijadikan snek harian untuk mereka yang berdiet. Sesuai diambil semasa sahur untuk yang berpuasa.
  • Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
  • Membantu, menggalak, memekat dan menambah kualiti susu ibu. Bayi akan cepat kenyang selepas menyusu.
  • Untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat dan cantik. Membantu mengurangkan masalah rambut gugur, kulit berparut dan berpigmentasi. Asid amino yang terdapat dalam protein soya membantu membina tisu-tisu baru dan menggantikan tisu-tisu yang rosak.
  • Membantu membina sistem imunisasi badan dan fungsi hati, prostat dan payudara.
  • Membaikpulih dan membina tisu otot yang rosak ketika bersenam. Menjadi pilihan ramai atlit Olimpik diseluruh dunia
  • Membina otot buat mereka yang sedang berdiet. Penurunan berat badan dan pembakaran lemak badan yang drastik boleh membuatkan otot badan kelihatan lembik dan menggelebeh. 

Apakah keistimewaan protein drink Shaklee berbanding jenama lain di pasaran?

  1. Telah menjalani ujian klinikal yang ketat lebih daripada 50 tahun dan telah diiktiraf di seluruh dunia. Bahan dan proses pembuatannya terbukti halal untuk penggunaan mereka yang beragama Islam. 
  2. Dibuat hanya dari kacang soya terbaik yang ditanam secara organik dan tidak di ubahsuai secara genetik (non-GMO). Kebanyakan syarikat pengeluar protein drink menggunakan soya yang dimodifikasi secara genetik untuk menjimatkan kos kerana ia lebih murah untuk dihasilkan. Toksin dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan. 
  3. Mengandungi semua jenis asid amino penting termasuk 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  4. Bebas kolesterol dan mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana ESP dibuat daripada protein tumbuhan, bukan protein haiwan. Protein kacang soya adalah 2x lebih dari daging, 4x lebih dari telur dan 12x lebih dari susu.
  5. Kacang soya mentah mengandungi bahan anti-growth dan anti-tyrosine. Sebab itu soya dikatakan tidak sesuai dan memberi kesan negatif untuk golongan tertentu. Tetapi untuk ESP Shaklee, 2 jenis bahan merbahaya itu telah disingkirkan ketika proses pembuatannya.
  6. Proses pembuatan yang bermutu. Sesetengah produk protein diproses mengguakan alkohol yang akan memusnahkan kandungan isoflavones dalam soya. Shaklee protein diproses secara waterwashed dan pada suhu yang rendah kerana asid amino dan isoflavones adalah sensitif dan akan musnah pada suhu tinggi. isoflavones membantu meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan kelenjar prostat.
  7. Terdapat penambahan 5 jenis vitamin B, kalsium dan isoflavones untuk tenaga. Kajian melaporkan serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Maka kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu.

ESP terbukti selamat digunakan oleh semua golongan termasuk wanita mengandung dan ibu menyusu. Cubalah ESP dari Golden Lounge hari ini!

Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com