Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Nutriferon Shaklee

Assalamualaikum

Tahu tak interferon adalah sejenis protein yang dibuat dan dilepaskan dari sel2 sebagai respons kepada virus, bakteria parasite / sel2 tumor. Dengan adanya interferon ini, sel2 akan activate sel2 immunisasi badan yang akan melawan virus2 etc tersebut. Interferon adalah agen antiviral.


Saya tengah baca buku ni then come across drug called interferon. Lepas study2, rupanya interferon banyak digunakan yntuk merawat pelbagai penyakit termasuk chemo, leukimia, cancer, tumor dan macam2 lagi. Kalau macam very low dos, interferon memang being used widely di eastern europe dan russia for cold and flu. Terdapat juga sintetik interferon yang digunakan untuk ubat, dan di approve oleh FDA. Untuk certain treatment i.e. hepatitis B dan hepatitis C (macam dalam petikan buku di atas), interferon di combined dengan drug as a therapy. Ada satu brand nama multiferon - produced in 2009. It is kind of approved drug to be used as medicine untuk certain penyakit.  

Nutriferon adalah satu2nya product yang dihasilkan oleh doctor yang discover interferon i.e. Dr Kojima, beliau adalah salah seorang dari medical advisory board. Nutriferon bertindak dengan stimulate badan untuk menghasilkan interferon secara natural. Kalau tak, treatment interferon is combined dengan drugs dan sangat mahal! 

Shaklee nutriferon is natural, using natural ingredients, and activate body interferon naturally with no side effects. Nutriferon juga adalah exclusive dan patent to shaklee sahaja. Anda tidak akan mendapati produk ini dimana2 

Ini adalah antara product favourite saya dan keluarga. Anda boleh mendapatkannya dari saya di 0192661775


Kekman @ goldenlounge 
019 2661775

Friday, October 11, 2013

Nutriferon Sebagai Pengganti Ubat

Assalamualaikum

Harini birthday saya. Hehe. Alhamdulillah hari yang seronok. Tapi pagi2 ketika breakfast dengan kawan2 dan bos2, ternyata salah seorang bos itu sakit sejak semalam. Beliau ke pharmacy semalam untuk mengambil antibiotik. Antibiotik! wah, saya terkejut juga. Tiada prescription boleh ambil ya?

Kata beliau, dah biasa ambil yang ini. Kemudian kawan lain menambah, mengatakan beliau juga mempunyai pelbagai ubat dalam bag. Termasuk juga antibiotik, ubat angin, panadol dan segalamacam. Yelah preparation incase sakit2. Fikir saya, rumit juga kemana2 kena bawa satu bakul ubat. Ala2 first aider dah ni. 

Sepatutnya boleh ambil nutriferon sahaja. Sebab semua tu ubat2 general bukan specific dan continuous. Jenuh juga tengok bos tu tadi telan beberapa ubat. Leceh nak bawa lagi. Apakah ingredientnya ok? Nutriferon terjamin asli dan selamat. Infact, bekerja dari dalam untuk activate antibodi.  Nanti saya nak suggest pada bos itu agar bawa dan ambil nutriferon sahaja. Mudah dan insya allah berkesan. Lagi murah pulak tu.

Sepanjang saya di jakarta ni, memang ubat yang diambil hanya nutriferon dan mealshake. Saya penah order ubat selesema dan batul pada kawan saya ketika hasan selesema dan batuk. Kesian tengok. Tapi kemudian saya tak jadi ambil. Well, frankly, saya nampak ubat tu macam lopek je. Bole caye ke? itulah yang bermain di fikiran. Jadi saya bagi je lah hasan sikitt nutriferon. Yelah bawah umur setahun kan. So alhamudlillah, ok je dalam 1-3 hari. 

Sejak tu, alhamdulillah. Dan saya bersyukur kami semua masih berkesihatan baik. Saya doakan anda juga. Tapi jangan lupa berusaha ya!

Jika mahu mencuba nutriferon, boleh hubungi saya via SMS/whatsapp di 0192661775


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, May 31, 2013

Seputar, suratan atau kebetulan

Assalamualaikum

Suratan atau kebetulan atau kebenaran? Hasan adalah sejenis yang suka tiba2 terbangun malam dan menangis. Lately ni agak kerap. Jadi, tidur saya yang sememangnya sedia terganggu bertambah lg terganggu lah. Tapi lepas disiasat, bibik mensyaki sebab hidung hasan tersumbat. Macam baru2 nak start selesema. Air hingus masih tahap jernih. Saya pon terus minum ESP dan nutriferon malam tu juga. Esoknya, nampak masih selesema. Tapi oleh kerana tak nak perkara sama berulang, yakni bangun nangis2 malam2, saya pon calit la sikit nutriferon kat lidah hasan. Calit sikittt je. Saya tak pernah advise orang untuk bg pada anak yang below 1 year old. Hasan insya allah akan masuk setahun 12 jun ini. Jadi, saya cuba2 lah. 

Dan alhamdulillahhh serius, selesema dia berhenti terus esoknya. Malam tu tak buat perangai. Perhaps, flu is under control :). Alhamdulillah. Hihi. Tetapi, saya tetap tak advise bagi nutriferon pada below 1 YO. Suratan, atau kebetulan, atau kebenaran.

Ini membawa kepada persoalan "orang lain terlalu mengisahkan perihal orang lain". Macam ada komen2 sumbang yang saya dengar, mengeji perbuatan memberikan anak2 makan supplement. Supplement yang famous termasuk lah our famous mealshake, dan infact, omega. Saya hairan malah begitu ajaib sekali akan keprihatinan segolongan masyarakat terhadap pemberian makanan2 ini kepada anak2 orang lain. 

Malah hingga merasa berdosa jika nasihat agar jangan memberikan anak2 mealshake dan omega tidak disampaikan pada orang ramai. Wah gittew sekali. Sungguh terharu dan amat mengharukan. Saya juga berasa amat aneh sekali, kerana pasukan2 ini tidak pula concern akan pemberian makanan2 lain nya seperti gula2 ice cream, coklat, keropok twisties, air gas, air sirap bandung etc kepada anak2. Malahan berusaha memberi komen semacam pakar dalam bidang pemakanan.

Dan lagi satu, penggunaan basic H sebagai air untuk lap badan jika badan anak panas. Boleh mati katanya. Wah, ini memang mendebarkan saya. Walaupun setakat ini saya tidak lagi mendengar kes fatal untuk penggunaan basic H secara berikut, namun mendebarkan bukan. Pengguna2 yang menggunakan cara tersebut bermati2an mengatakan anak mereka ok dan turun panas suhu badannya selepas dilap menggunakan air bancuhan basic H itu tadi. Waallahualam. 

Cuma yang saya hairan kenapa pasukan2 prihatin itu amat prihatin. Bukan kah perkara2 sebegini sama seperti petua orang tua2 dahulu? contoh: jika baby sedu, maka letaklah tisu basah di dahi. Saya rasa benda tu bodoh. Walaupun saya pernah cuba, dan tak berkesan. Namun, ada orang claim perkara tersebut berkesan! malah melakukannya setiap kali baby sedu. Jadi, perlukah saya bertungkus lumus mengatakan kepada orang umum bahawa meletakkan tisu di dahi bayi ketika sedu adalah berbahaya! siapa tahu, kot2 tisu kering dan terjatuh dan masuk dalam mulut bayi lantas membuatkan bayi tercekik? Jadi kesimpulannya, tisu basah pada dahi bayi yang sedu adalah fatal! Jika di cek dengan pengeluar tisu, pasti pengeluar tisu memberi kan jawapan "kami membuat tisu berkualiti dengan fikiran bahawa pengguna adalah orang2 dewasa yang akan menggunakannya dengan berhemah. Ya, kami memangtidak membuat tisu untuk dibasahkan dan diletakkan pada dahi bayi yang sedu". Dan saya menggunakan statement tersebut untuk menyalahkan lagi pengguna yang meletakkan tisu basah di dahi bayi dan mengatakan "hey, tengok ni, manufacturer pon kata bukan dibuat untuk kanak2, apatahlagi untuk dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi". Malafide bukan?

Jadi tidak wajar jika satu pihak claim penggunaan sedemikian rupa memberi kesan yang baik pada anaknya, lantas pihak berlawan bermati2an menidakkan fakta tersebut. Ianya sama seperti teori orang2 tua. Ia menjadi petua orang tua kerana apa yang dilakukan oleh orang tua tersebut berkesan pada mereka lantas diturun temurun. Namun ada juga yang tidak berkesan, lantas tidak dibuat lagi. Jadi apa masalah jika satu pihak mengatakan anak mereka baik demam dengan mealshake, dan satu pihak mengatakan jangan ambil mealshake kerana mealshake hanyalah sejenis tepung. 

Lets just agree to disagree. Masing2 punya pendapat masing2 dan result dari anak masing2 adalah berbeza. 

Aih, lain saya nak tulis, lain pula yang saya tulis. Tak apa lah. Jadi harapnya pembaca boleh fikir dengan waras dan buat kajian sendiri sedikit2. Macam nutriferon, saya dan keluarga so far alhamdulillah. Memang ok dan ia memang berguna. Dah nanti jangan pula ada yang email ke shaklee tanya nutriferon ni boleh ke guna untuk bayi 11 bulan. :)

Sekian saja. Jumpa lagi ! :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, May 26, 2013

Testimoni Set Mengandung Shaklee - Kawanku

Assalamualaikum

Saya bawakan disini testimoni kawan saya sendiri tentang set mengandung. Beliau menggunakan vitamin shaklee sekalipun mendapat FREE SUPPLEMENTS dari hospital. Takling about preferences and quality..perhaps? :)

"Testimonial: Set Vitamin Mengandung

Tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum saya melahirkan anak ke-2. Rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kongsikan testimonial diri sendiri sepanjang mengamalkan set vitamin Shaklee untuk 2nd pregnancy nie.


Saya menggunakan kesemua vitamin di atas ketika usia kandungan mencecah 4 bulan. Sebelum itu saya masih menggunakan multivitamin, fish oil dan acid folic yang dibekalkan oleh pihak klinik. Saya jugak turut mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink untuk mengurangkan kesan loya mengandung. Buat pengetahuan anda, anak ke-2 saya adalah lelaki, anak sulung yang pertama juga lelaki, namun pengalaman mengandung untuk kedua-dua anak ini adalah berbeza. Antara perbezaan terbesar penggunaan set vitamin mengandung Shaklee adalah:

1st, TIADA KESAN STRETCH MARK PADA PERUT. Sewaktu mengandungkan anak pertama, perut saya umpama lukisan bercorak akar kayu, kesan stretch mark berlingkar2 pada perut. Even semasa 4 bulan pertama mengandungkan anak ke-2, kesan stretch mark sudah mula timbul namun hasil pengambilan set vitamin Shaklee, kesan stretch mark itu telah hilang dan perut saya kekal licin sehingga kini tanpa perlu menyapu minyak atau lotion stretch mark. Terima kasih kepada Vita-C dan ESP yang membina kembali kolagen yang musnah ketika pembentukan stretch mark.

2nd, PARUT HITAM PADA TUBUH MAKIN PUDAR. Kata orang tua, bila mengandungkan anak lelaki akan banyak kesan hitam pada tubuh. Kedua-dua kandungan saya memang begitu, tapi alhamdulillah, setelah pengambilan set vitamin Shaklee, kesan hitam pada leher saya hilang terus. Kesan hitam pada celah paha dan ketiak juga turut pudar. Thanks to Vita-C and ESP again.

3rd, KAKI TIDAK CRAMP / TIADA SIMPUL BIAWAK. Ini merupakan masalah terbesar saya ketika kandungan pertama dulu. Masalah cramp pada betis (simpul biawak, tarik mengkarung, etc.) berlaku beberapa kali dalam seminggu terutamanya pada tengah malam ketika sedang nyenyak tidur. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya bila terkena serangan simpul biawak. Untuk 2nd pregnancy, sekali pun saya tidak pernah mengalami kesakitan itu. Thanks to OsteMatrix yang membekalkan calcium dan magnesium yang secukupnye untuk mengelakkan masalah cramp kaki semasa mengandung.

4th, TIADA WATER RETENTION PADA KAKI. Semasa kandungan pertama, ibu saya sampai menangis melihatkan keadaan kaki saya yang terlalu kembang akibat water retention. Water retention pada kaki adalah sangat mengganggu kehidupan harian kerana kaki mudah jadi penat dan sakit ketika berjalan. Thanks to B-Complex yang membekalkan B6 yang cukup untuk mencegah water retention. Kesannya akan lebih optimum jika digabungkan bersama pengambilan OsteMatrix dan VitaLea.

5th, TIADA MASALAH ANEMIA. Di awal kandungan anak pertama, saya mengalami masalah anemia. Hampir satu ofis menegur kulit saya sangat pucat sampai ke tapak kaki seolah-olah tiada aliran darah langsung. Saya terpaksa mengambil ubat tambahan dari klinik untuk mencegah anemia. Untuk kandungan kedua, saya langsung tidak diserang anemia ketika mengandung. Thanks to Vita-Lea yang membekalkan tambahan iron di dalam vitaminnya yang mampu mencegah anemia.

6th, KENAIKAN BERAT BADAN YANG IDEAL. Jumlah kenaikan berat badan saya pada kandungan pertama ialah 18kg. Untuk kandungan kedua ini, jumlah kenaikan masih belum mencecah 10kg. Thanks to B-Complex yang menukarkan makanan yang saya makan kepada tenaga dan mengelakkan masalah water retention. Thanks to OsteMatrix juga yang membantu penghadaman yang sempurna sepanjang kehamilan anak kedua ini.


Itulah 6 perubahan utama berbanding dengan kehamilan sebelum ini yang tidak menggunakan vitamin Shaklee. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, May 12, 2013

Perkasakan Kesihatan Ibu

Assalamualaikum

Saya yakin amat bahawa semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Kebanyakan ibu pon berusaha untuk susukan anak mereka. Terkadang susu kelihatan tidak mencukupi, lantas ibu pon berusaha mencari dan mencuba segala macam supplement mahupun cara tradisional untuk menambah dan membanyakkan susu. Mungkin tujuan ibu menyusu adalah untuk jimat (susu free kan), atau convenient, atau bonding, atau untuk merasa menjadi ibu etc. Tapi saya percaya, most reasons are kerana ibu percaya susu yang terbaik adalah susu ibu. Lantas ibu yang mahukan terbaik untuk anak terus berusaha untuk menyusukan.

Saya baru terifkir tadi. Jika ibu berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak, dengan harapan tinggi bahawa anak akan menjadi lebih sihat, cerdas, kuat etc etc, mungkinkah kesihatan ibu ada kaitan dengan kesihatan anak? Maksud saya, saya perhatikan, banyak bayi yang mengikut kesihatan ibu. Genetik mungkin? saya tidak pasti. Contoh: bayi yang 100% menyusu ibu. Namun, jika ibu jenis seorang yang mudah sakit, maka biasanya ibu akan membawa pulang kuman dan menjangkiti anak. Anak pula, mudah dijangkiti kerana mewarisi antibodi seakan antibodi ibu. Eh betul ke telahan saya?

Jadi why not, ibu2 perkasa kan kesihatan sendiri. Disamping menghalang daripada diri menjadi jambatan virus jahat kepada anak, ibu juga dapat transfer antibodi yang berkualiti kepada anak. Ini telahan saya sahaja. Sebab saya banyak perhatikan, kanak2 yang mendapat segalanya, namun sering kali sakit. Terkadang ibu mengaku "saya la punca ni..saya batuk dulu..lepas tu dah terjangkit kat baby". 

Saya tak pastilah teori ini betul atau tidak. Sebab saya pon tak sempat nak cek. Jadi ini telahan mengikut logik akal saya saja. Untuk diri sendiri, mestila saya percaya teori saya ni kan. Especially ketika saya nyaris terjangkit batuk dari rakan sekerja. Ehh risau. Sebab saya tak nak la jadi jambatan kuman2 tu kepada anak2 saya. 

Saya amalkan nutriferon. Ya. Tak payah tanya banyak. Memang saya bawa nutriferon tu kemana2. Sekarang nak cuba vivix pula. Sementara promo. 

Gambar hiasan ibu dan anak dibawah :))


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, May 10, 2013

Bonus 4 angka - Bulan kedua

Assalamualaikum

Menarik. Ada orang emel soalan pada saya, apa yang saya buat untuk bonus 4 angka bulan kedua saya? Saya takde lah nak cerita apa saya buat dengan bonus tiap bulan. Tapi dah kerana ada yang bertanya, jadi saya buka balik website untuk ambil details. Well, saya suka travel. Terkebetulan tengah ada promo tiket murah. Jadi destinasi kali ni dekat2 saja. Tak pernah pergi lagi. Nak pergi buat baju. Hehe. Jawapannya dibawah



Hehe, saya insya allah pergi vietnam sahaja. Tapi saya gembira sebab dapat spent untuk tiket tanpa menggunakan duit gaji saya. Murah je kan? rezeki promo. Ini bukan trip shaklee belanja. Ini saya guna duit bonus shaklee yang tiap2 bulan tu. ALhamdulillah. Accommodation belum booking lagi. Nanti tengok rezeki bulan depan. Nak dekat raya, kena pandai bahagi belanja. Duit gaji simpan untuk borong kain di Vietnam nanti.

Seronok ada side income. Jika mahu seronok, kena berusaha. Jangan dengki rezeki orang lain jika sendiri malas berusaha tapi hanya mengeluh dan berada di takuk yang sama! 
Jom, jana pendapatan lebih dengan saya. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, May 9, 2013

Sabun hotel

Saya suka collect sabun hotel. Tapi ni paling canggih. Dia guna loccitane. Wah jakun!

High Risk High Return

Assalamualaikum

Semalam, ada seorang rakan baik telah provok saya dalam whatsapp group. Kebetulan saya tengah lapar dan penat. Lantas saya merespon pada provokasi tersebut dengan lancang dan tanpa berfikir panjang. Sedetik dua kemudian, saya boleh berfikir dan terus menyesal. Namun semua pun tahu, terlajak kata memang tidak boleh diundur. 

Saya terfikir, apakah tujuan provokasi, atau menjolok sarang tebuan. Jika anda seorang yang waras, tentu anda tidak sewenang2 menjolok sarang tebuan bukan? KECUALI jika anda tahu anda berupaya berlari lebih laju dari dikejar tebuan. Bermakna, jika anda memulakan provokasi, anda pasti boleh menerima impak atau akibat dari perbuatan tersebut. Logicnya saya berfikir, begitulah. 

Kejadian ini juga seakan pepatah "high risk, high return". Betulkan? JIka anda berasa mampu menghadapi risiko yang lebih, pastinya anda mendapat pulangan yang lebih. Dari sudut cerita saya diatas, jika rakan memprovok dengan hebat, pasti beliau mampu menerima 'respon' daripada provokasi beliau. Dan saya juga, jika saya respon tanpa berfikir, pastilah saya harus menerima 'padah' perbuatan saya itu. Dari sudut yang lebih menguntungkan, jika anda berani invest pada sesuatu yang besar modalnya, pasti untngnya juga besar. Vice versa. 

Betul untuk berbusiness shaklee, modal anda tidak perlu besar, hanya Rm 75. Namun, high return tidak datang tanpa high risk. Ini meliputi modal, barang etc. Ia juga termasuk pengorbanan dan usaha besar yang diperlukan jika anda mahu mendapat hasil yang lumayan. Business mana yang tidak ada risiko? Besar kecil pasti ada. Terpulang pada anda untuk memilih kerana semua pun di tangan anda.

Pengajaran dari cerita diatas, anda bertanggungjawap atas segala perbuatan anda. Samada anda initiator, mahupun penerima impak. Berkadar terus dengan dunia business shaklee, andalah empunya business, anda mencorakkan jatuh bangun business anda, anda juga menentukan high medium atau low return business anda. 

Mahu terus berada dibawah bimbingan saya dalam berbusiness shaklee? mari. Hubungi 0192661775. Selamat malam. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, April 20, 2013

Set Vitamin Politik

Assalamualaikum


Bersempena dengan musim pilihanraya di malaysia ni, saya rasa nak buat set vitamin baru lah. Namanya "set politik". Set ini terdiri daripada:

Nutriferon
Agar sentiasa sihat sepanjang berkempen. Perisai virus untuk yang pergi mencula kan jumpa macam2 orang di macam2 tempat. Agar sihat hendaknya dan berdaya upaya pergi mengundi

Bcomplex
Ini penting kerana politik adalah medan yang high pressure high temperature dan high stress. Bcompleks juga adalah anti stress dan anti moody disamping memberi tenaga. Ini penting untuk mengelakkan anda kelihatan moody dan emo ketika berkempen, malahan juga untuk mengelakkan agar bergaduh di facebook.

Performance Drink
Macamana atlet, macam itu lah anda. Kerja2 politik bukan kerja mudah. Bukan hanya duduk di atas katil. Malahan, memberi ceramah dan mencula dah cukup menhidrasi kan badan anda. Rehydrate dengan performance drink. Performance anda pasti berganda.

Vitalea
Vitalea adalah multivit pelengkap. Tentunya musim2 ni anda makan tak seimbang. Jadi multivit ini menjadi pelengkap diet harian anda disamping memberi tenaga sepanjang aktiviti berkempen.

Mealshake
Ya, ini memang sangat handy. Menjadi makanan on-the-go yang sesuai kerana kita tak ada masa nak makan. Terlalu banyak mesyuarat, kempen dan ceramah yang perlu dilakukan. Jadi mealshake akan memberi rasa kenyang disamping membekalkan vitamin yang diperlukan. 

Lecithin
Ahh, apa lagi yang penting selain tenaga di masa2 kritikal ni? tentulah brain food. Focus, focus dan focus. Itu yang anda perlukan dan itu yang boleh lecithin bantu anda. Anda perlu focus untuk menang!

Yeap! Set politik sudah siap. Jika anda mahu order, order lah dari saya. Moga parti anda menang. :))

Nanti saya bagi percuma satu botol vitalea for kids. Dengan anak2 pon sekali kita cover. 

Selamat berjuang! 
p/s: ahh copyright Golden Lounge


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, April 8, 2013

Suami dan Kakak Terbaik

Assalamualaikum

Di sini saya kongsikan lagi testimoni ESP dan ibu menyusu.

Kisah pertama: ESP dibelikan untuk isteri. Anak beliau premature. Dan as advisable by doctor, baby kena minum susu ibu. Ibu menghadapi masalah susu merudum dan ingin mencuba ESP. Lepas satu tin, hasil memuaskan dan baby alhamdulillah sudah 2.8kg. Beliau cuba untuk tidak minum ESP dan menggantikan dengan benda lain. Namun tidak menjadi, maka beliau kini menjadi loyal customer. Suami2 yang ini macam yang kita kena terapkan dalam masyarakat :p.


Alkisah kedua: Kakak membelikan set berpantang untuk adiknya. Tetapi tidak mengambil ESP. Namun ketika adik mempunyai krisis susu, kakak dan adik bersetuju mencuba ESP. Dan alhamdulillah inilah feedback nya. Kakak2 macam ni lah yang kita ingin terapkan dalam masyarakat :P.

Untuk bulan ni, anda boleh menambahkan nutriferon sekali dengan ESP. Antara komponen yang terkandung dalam susu ibu adalah antibodi. JIka anda perasan, kesihatan anak banyak juga bergantung pada taraf kesihatan ibu. Jika rasa2 taraf kesihatan anda tidak begitu memuaskan, mungkin anda perlukan nutriferon dan jika anda mempunyai anak yang masih menyusu badan, nah, ini adalah antara invesment terbaik untuk anak beranak.   


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, April 7, 2013

Promo Nutriferon

Assalamualaikum

Pertama kali saya membeli nutriferon adalah ketika ia promo tahun lepas. Sebab saya begitu teruja dengan konsep, keunikan dan kehebatannya. Jarang orang yang baru mencuba shaklee terus nak beli nutriferon. Tapi saya memang terkagum dengan konsepnya iaitu mengaktivate antibody diri secara semula jadi untuk melawan penyakit. Hey cool lah. I mean. badan akan well equip dengan anti bodi untuk melawan penyakit. Tak de lah sentiasa nak kena bagi ubat kan. 

Ini kira macam pro-aktif berbanding makan ubat-yang lebih berbentuk reaktif. Ha gittew. Ok entah kenapa bulan ni promo nutriferon lagi. Jadi saya suggest jika anda nak try, ambil la kesempatan bulan ni sebab harga promosi. 

Dalam blog ni saya rasa memang banyak lah article tentang nutriferon. Dah memang terbukti lah ketaksuban saya pada nutriferon ni. Ahaha. Kan latest cerita pasal nutriferon dan susu ibu? haa

Berikut adalah poster untuk promo April 2013. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, March 3, 2013

Hasan dan Demam Combo


Assalamualaikum 

Sunyi sepi blog ni. Saya teramat sibuk sekarang. Memang anda nampak facebook saya selalu update seolah tiada apa berlaku. Update facebook mudah saja. Saya jarang scroll kebawah2. Apa yang keluar dalam newsfeed aje. Jadi minta maaf kalau saya tak terupdated pasal siapa2. Jangan la marah :)


Minggu ini saja sarah dan ahmad demam combo. Hasan batuk selesema. Dengan suami tiada, budak2 semua merengek dan buat perangai ketika saya balik kerja. Wah dan demand kerja makin melampau sekarang. Kesian budak2 bila saya balik lambat, tambahan lagi demam. Sarah dah banyak kali tanya bila mama nak cuti. Dan hampir setiap pagi akan cakap, mama balik la awal hari ni. Sobss!! 

Sarah pernah kata, mama ambil la sarah balik sekolah. Wah, memang sadis. Nenek saya kata budak2 ni demam rindu. Rindu ayah mereka yang lama tak jumpa. 4 hari sarah tak ke sekolah. Lepas 3 hari, alhamdulillah ahmad sihat, cuma tinggal sisa selesema sikit. Sarah agak berlarutan demam. Tapi hari ini, nampak sihat sikit. Cuma selesema agak teruk sumbat hidung menyebabkan dia susah makan dan perut masuk angin. Hehe memang berangkai2. Dan saya? alhamdulillah, 'demam rindu' tak menjangkiti saya. Setakat bangun malan dan tak cukup tidur, dah memang rutin bertahun2 :)

Yang ajaib saya nak cerita ialah hasan. Hasan memang batuk sikit dan selesema. Selesema tu menjadikan dia agak cranky sebab tak dapat menyusu lama kan. Hidung tersumbat. Saya syak dia akan demam sebab kakak abang tengah demam dengan hebat. Tapi ajaib dan bersyukur bila hasan tak demam langsung. Surut selesema, alhamdulillah dia pon ok. Wah, bibik pon impress. Haa, saya rasa sebab dia menyusu badan lah. Saya makan nutriferon haritu. He he kantoi 'pakai' perisai. Sebab saya tahu nutriferon increase antibodi saya dan antibodi adalah antara komponen dalam susu ibu yang ditransfer pada bayi. Saya takde lah kaji betul2, tapi tau lah juga. Jadi, samada susu saya memang semulajadi hebat, atau enhancement nutriferon tu bertindak dengan jayanya. Mana2 pon, ia memberi konklusi bahawa susu ibu adalah terbaik. Dan teori susu ibu increase antibodi adalah betul. Teori susu ibu adalah yang terbaik buat bayi juga adalah betul.

Jadi untuk anda diluar sana, kalau boleh, susukan anak anda hingga 2 tahun. Buat lah apa terdaya untuk menyusukan anak anda. Yang terbaik akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk yang terbaik. :)


Alhamdulillah semua pon ok. Cuma saya macam nak pengsan jaga orang demam serentak. Badan sendiri dah macam zombi. Time zone lari dah. Apa apa pon, Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjaga ketiga2 amanah besar ini. DI saat2 macam ini memang nampak bertapa kesihatan diri sendiri amat penting. 

p/s: Taknak lah susah2 jaga anak sampai diri sendiri pon huru hara tunggang terbalik, sakit2, muka kusam tua dari usia, tulang reput, blabla


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, February 12, 2013

Yang Terbaik Hanya Untuk Yang Terbaik


Assalamualaikum

Sekarang banyak produk2 dipasaran. Yang paling bes, so-called campuran pemakanan sunnah. Semua benda di campur dan dijadikan sejenis minuman/ makanan. Tapi hakikatnya benda yang dicampur tu tak pula diberitahu dari mana asal dan ditanam. Contoh: kismis. Kismis mana? Jenis apa? Kismis minda ke? Kismis ligo ke? Kismis sunmaid ke? ke kismis mana2 je ambil. Tak acilah bukan tanam sendiri. Lagi satu, so-called susu yang di terapi dengan alquran, kemudian dijual dengan harga mahal. Saya muskil juga, kalau saya bacakan vitamin saya dengan alquran, dapat status yang sama kan? Vitamin shaklee berterapikan alquran. Saya jual double price. Amacam? He he he. Loyar buruk

Bukan apa. Sebelum memilih vitamin mana nak consume, saya study juga la sikit2, sebab tu saya settle for shaklee. Ada byk reason saya pilih shaklee, termasuk natural, research yang hebat dan raw material yang dijaga dan dipatau dengan ketat.

Jadi saya macam agak pelik macamana orang boleh simply makan tanpa menghirau asal usul. Contoh, saya ambil jualan paling laris saya iaitu kolagen. Saya boleh cakap kolagen shaklee adalah kolagen dari sisik ikan merah. 1) sisik ikan, 2) ikan merah (red snapper scale). Nampak, specific? Bukan general eg: kolagen ikan, atau ikan laut sejuk. Siap ada jenis ikan dan bahagian. Dan ada sebab. Bukan pukul rata asal nama kolagen, telan je. Heheh. Dan saya terus terang cakap pada customer, berdasarkan research yg dilakukan, penggunaan 8 minggu berturut2 akan menghasilkan blabla. Saya tak jual harapan dan tak menjanjikan yang manis2. Harga memang boleh tahan bagi setengah2 orang.Tapi, memang ada sebab disebalik harga. Sebab tu shaklee boleh bagitahu sumber dan bahan yang digunakan. Sebab dia pantau dari awal.

Jadi, jika anda benar2 mencari yang asli dan baik, pastikan sumber pemakanan anda boleh dipercayai. Anda berhak tanya dan soalselidik pada penjual tentang asal usul dan ramuan yang digunakan. Maklumla, badan nak pakai lama. Bukan bole dapat badan baru tiap 10 tahun. He he. Jadi kena lah pastikan intake yang benar2 bagus. Jangan lupa, garbage in garbage out. Ingat, ada sebab sesuatu diletakkan pada harga mahal dan murah. Ada sebab bag LV mahal dan sembonia murah. Bezanya, bag tidak di makan. Jadi bole la nak beli yang murah ke mahal ke :))

Buat pilihan bijak ye. Bukan badan orang lain. Badan sendiri. Hak diri. Hehe. Some people go extra miles for quality, some just doesnt care. Its all up to you.





Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, January 26, 2013

Musim Hujan Lagi

Assalamualaikum

Sekarang ni musim hujan. Yeke? macam panas juga kan minggu2 lepas. Frankly speaking, saya sukaa musim hujan. Sebab kalau tak hujan, panasnya ya rabbi. Setiap hari pasti saya doa supaya hujan. hu hu. Walaupun musim hujan dikaitkan dengan musim demam batuk selesema, saya lebih pilih hujan. Mungkin sebab saya lagi stress kalau panas berbanding demam/ anak2 demam. Lagi pula, saya memberi anak2 makan makanan tambahan dan vitamin agar badan mereka kuat antibodi dan tahan melawan penyakit. Dikala suami saya jauh, kami semua perlu sihat kerana susah juga kalau apa-apa terjadi.

Dah tak menjadi rahsia lagi apa yang saya bagi pada anak2. Tapi saya cerita lagi sekali lah. Saya bagi mereka mealshake dan vitamin C chewable. Untuk anak sulung saya, tambahan vitalea chewable kerana beliau menginjak umur 6 tahun tahun ini insya allah. Ada ketika mereka demam, saya bagi nutriferon. Ya, last time mereka demam/batuk/selesema adalah pada entry saya tentang demam combo. Jangan risau, saya akan insya allah update disini jika anak saya demam kerana saya pasti berkongsi apa yang saya bagi dan berapa lama efek. 

Anda nak cuba?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, January 6, 2013

Demam Combo

Assalamualaikum

Kelakar bila ibu boleh memberikan ice cream dan coklat pada bayi dengan alasan "bagi rasa-rasa", tapi bimbang jika mau berikan omegaguard pada anak mereka. Kelakar juga bila antibiotik dan ubat selesema disumbat masuk 2.5ml tanpa ragu, namun pemberian nutriferon amat merisaukan. Frankly speaking, saya tak kesah pon apa anda bagi dan tak bagi anak anda. Sebab tu anak anda. Kalau anak saya, ye saya kesah. Tapi kadang pelik kenapa orang lain terlebih kesah pada anak orang lain. Bukan kesah dalam erti kata positif, malah siap mengutuk dan kasihan pada anak tersebut. Sedangkan anak orang itu sihat2 sahaja, malahan anak beliau yang konon dijaga makan minumnya itu pula sering keluar masuk hospital. Ha ha teremo pula. Kesimpulan dari perenggan ini ialah, setiap ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Anda dipihak luar tidak berhak menjadi judgemental terhadap apa yang ibu lain buat kerana anda tidak sekali tahu apa sebenarnya berlaku apatahlagi mengalami. 

Di sini saya share sahaja apa yang saya berikan pada keluarga dan anak2. Sebab itu selalu saya kata, mungkin anda punya cara lain yang anda rasakanterbaik. Terpulanglah. 

Hari ini cerita pasal demam combo. 

Saya rasa virus kali ni agak power. Disyaki dibawa pulang oleh suami yang mengakibatkan beliau demam yang agak berlarutan hingga 4-5 hari. Namun tidak teruk. Virus lay low, SLow and steady sahaja demam beliau malah kami siap ke kuantan lagi. Kemudian menjangkiti hasan dimana hasan demam 2 hari. Hasan sihat dari demam dan virus pulang ke kamar iaitu suami saya demam dengan teruk selama 3 hari. Wah kali ini beliau mengambil sepeket nutriferon berturut selama 2 hari. Memang teruk. Virus merebak kepada ahmad dan sarah dimana mereka demam serentak! saya mmberikan mereka nutriferon dan mealshake. Kami juga ke klinik untuk mengambil ubat. Alhamdulillah sarah cepat sangat sembuhnya. Ahmad demam kebah namun batuk selesema masih ada sisa sisa. Virus cuba menyerang saya dan saya start sakit tekak. Ok selepas mengambil speeket nutriferon, macam biasa saya akan sakit kepala. Disebabkan virus sangat power, saya terpaksa mengambil sepeket lagi nutriferon dan mealshake berturut2 dan menyebabkan sakit kepala berlarutan. Namun seperti yang dijangka, selepas itu baik seperti sediakala kecuali suara mungkin berubah ala2 ning baizura. Selepas cuti krismas, alhamdulillah semua baik dan sembuh.

Wah hanya seperenggan saya berjaya menceritakan pengalaman demam combo yang saya rasa paling teruk melanda. Sibuk jadi nurse hingga saya lupa haribulan dan miss kenduri dan program. haha. 

Yang kelakar dari pengalaman di atas, orang sekitar bertanya "eh demam? tak ambik shaklee ke?" "macamana bole tak sihat ni, shaklee tak berkesan". Kelakar. Adakah anda fikir shaklee ini ubat kebal dan anda pasti tidak mati jika mengambilnya? he he. 

Ini supplement dimana ia membantu proses pemulihan. Bukan ubat kebal jika anda ambil anda akan kebal virus dan menjadi tuhan. Wah sarkastiknya saya? ya, saya nyaris mahu jawap "akai ada ka tanya soklan itu macam?" 
Senang cerita, mungkin jika anda ambil shaklee, demam jadi 3 hari instead of 7 hari. 

Saya memang fanatik nutriferon. Sebab saya suka prevent dari cure. Cure susah. Tengok? kan rugi cuti duduk dirumah saja tending to orang2 sakit :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, December 15, 2012

Batuk Selesema Lagi

Assalamualaikum

Nak kongsi tentang nutriferon, mealshake dan selesema batuk anak2 (lagi :))

Jumaat
Ahmad (anak kedua saya berumur 2tahun stgh) dijangkiti batuk. Kemudian selesema. Biasalah batuk dan selesema memang adik beradik. Batuk kuat dan selesema. Saya dah mula risau, biasalah kan..ibu. Lagipun saya takut batuk Ahmad berjangkit pada Hasan (anak ketiga saya berumur 6 bulan).

Sabtu
Sabtu pagi saya campurkan sedikit mealshake dalam susu Ahmad. Batuk kuat lagi dengan bunyi kahak. Selesema juga meleleh2. Ini takboleh jadi. Sabtu malam saya campurkan nutriferon sahaja (kerana mealshake telah diberi tadi pagi) dalam susu ahmad. 

Ahad 
Ahmad masih batuk selesema lagi. Ahad juga saya dijangkiti. Terasa sakit kepala dan seperti mahu demam. Saya risau berjangkit pada hasan. Ahad malam saya sendiri makan nutriferon setengah peket campur dengan ESP. Sekali lagi saya juga mencampurkan nutriferon dan mealshake kedalam susu ahmad. 

Isnin
Batuk ahmad mula berkurang, selesema juga mula kering. Saya masih tetap sakit kepala. Pagi itu saya makan sepeket nutriferon + mealshake + ESP. Sekali sakitt sangat kepala pagi tu hingga seharian. Malam saya tidur..esoknya.

Selasa
Alhamdulillah..macam tiada apa2 berlaku. Sihat sesihatnya. Ahmad juga baik alhamdulillah 90% pada hari yang sama. 

Orang tanya kenapa bagi nutriferon dan mealshake. Jawapan saya, mealshake mengandungi vitamin2 dan nutriferon menguatkan antibodi untuk melawan penyakit. Alhamdulillah kesyukuran dikembalikan pada Allah diatas kesembuhan. Betul2 bersyukur di atas kesembuhan dan kesihatan yang diberikan. Nutriferon dan mealshake hanyalah alatbantu, ikhtiar dan usaha. Tapi hakikat kesembuhan dan kesihatan adalah atas kuasa dan ihsan Allah. Saya benar2 mohon padaNya agar dikurniakan kesihatan yang baik bagi kami sekeluarga. Kesihatan juga adalah rezeki yang sering dipandang enteng oleh banyak orang. Sungguhpun medical kami covered by company, yakni tidak memerlukan pengeluaran duit yang banyak untuk medical (sekiranya terjadi apa2), namun saya tetap berharap agar diberi kesihatan yang baik.

Benar, orang yang sihat adalah orang yang kuat. Orang yang kuat, boleh memberi banyak manfaat pada orang lain. Saya pilih untuk sihat dan berharap agar dapat memberi manfaat banyak pada orang lain. Anda?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, October 31, 2012

Travel dengan Nutriferon

Assalamualaikum
 
Ingat tak entry saya tentang trip kami ke jepun? Refresh di sini. Kali ini saya sambung lagi experience travelling saya dan nutriferon. Since demam hari itu, alhamdulillah anak kedua saya tak demam lagi hingga sekarang. Dan kami have been travelling half the world since then.

Ini termasuk amsterdam, den haag, paris dan brussel. By all means of transportation. Ini termasuk by foot, tram, train, bus, flight and boat. Dan saya bukan jenis over protect anak; tak bg outdoor, tak bg jalan/main lecak, kutip kerang, sentiasa dokong, pegang sana, pegang sini. For me outdoor activity is what develops the child. Travel by train bukan mudah. Turun naik keluar masuk, kdg2 berdiri sebab org sesak. Begitu juga dgn bus dan tram. Siapa kata tidak mudah dijangkiti kuman dengan keadaan sebegitu? Dengan confined air dlm long hours flight, pelbagai jenis manusia di airport, lebih lagi airport schipol?
 
Traveling by public transport with 3 kids memang hassle. Hujan di paris, brussel dan amsterdam; dan kami tidak mempunyai payung. Hanya berharap pada hood jacket untuk anak2 saya. Termasuk baby saya berumur 3 bulan. Menyusu di public place, menukar pampers dalam tram :) -typical..makan ikut dan. Ada kawan tanya saya "tak bawak periuk nasi ke pergi paris". He he. Travelers cannot be fussy and choosy. Nak selesa either u become very rich or dont travel. Senang kan.

Lagi cuaca yang berubah2 di pelbagai negara, amat mudah untuk anak2 sakit dan demam. Sedangkan orang dewasa pon belum tentu boleh withstand all the weather changes. Jadi bagaimana? Saya memberi anak2 saya nutriferon, kemudian berdoa dan tawakkal. Saya beranggapan adalah tugas saya untuk berusaha memcegah. Result usaha adalah terpulang pada apa yg Allah mahu berikan. Jika Allah menghendaki sakit bg anak2 saya, maka saya redha dan terima sbg ujian.

Kita tidak mampulah protect anak2 sepanjang masa especially dari virus dan kuman. sedangkan dalam rumah pon belum tentu bebas-virus, apatahlagi diluar. Jadi yang paling penting skrg ialah antibodi yang kuat.

Nutriferon berfungsi dengan meransang antibodi secara semulajadi. Untuk long term antibodi akan lagi kuat dan resistance terhadap penyakit meningkat. Tak payah claim bnda lain sama dengan nutriferon sebab itu hanya di shaklee. Patented. :).

Dah ramai yang membeli nutriferon dari saya untuk mereka dan anak2. Alhamdulillah semua memberi pengkhabaran positif.

Saya rasa, tak perlulah saya katakan jangan bertangguh untuk mendapatkan nutriferon ini. Kuman dan virus tidak memilih siapa dan anak siapa. Dia masuk ikut dan. Saya percaya environment exposure kita sama.

Jika anda meletakkan kesihatan sebagai prioity dan mahu mencuba nutriferon, hubungi saya di 0192661775.

Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 20, 2012

Musim hujan

Assalamualaikum


Sekarang musim hujan. Asal petang je hujan. Musim hujan biasa selesema batuk. Anak saya dah start nak batuk. Saya hidung sumbat. Takboleh jadi. Saya tak boleh biarkan melarat. Jadi saya continue ambil vitamin c, dan tambah nutriferon untuk boost immune sistem. Untuk anak2, saya start bagi mereka mealshakes, vit c chewables dan sedikit nutriferon.

Bukan apa. Saya memang berpegang pada "prevention is better than cure". Kalau saya yang sakit boleh tahan lagi. Masalahnya anak saya ada yang masih menyusu. Nanti berjangkit susah. Kalau anak2 sakit, ibu yang susah. Tambahan lagi duduk nursery memang open virus-sharing. Takboleh nak elak, kena equip anak anda dengan pertahanan diri yang kuat. Especially when you are not there to defend your kids.

Kesihatan memang anugerah Allah. Tapi kita boleh berusaha. Dan kalau memang ditetapkan sakit, redhalah, tapi tetap berusaha agar sembuh. Ada kawan saya anak beliau selalu sakit. Selalu MC or EL. Ulang alik pergi hospital. Tak apalah, anak dia sorang je baru, tatang macam minyak yg penuh. Kalau dah ramai? Nauzubillah selalu sakit macam tu. Even kalau seorang anak pon saya kalau boleh nak sihat taknak selalu sakit macam tu. Rawatan untuk cure biasanya lagi mahal dari prevent. Anda sebagai ibu, anak, kakak, abang, adik boleh menilai sendiri mana yang lagi bagus. Pilihan memang terletak pada anda. Saya bersyukur kerana masih mampu mendapatkan apa yang saya rasa terbaik untuk kesihatan anak2. Ada yang bersungguh2 mahu membeli tapi tidak mampu. Bagi saya, kesihatan tiada tolok banding dengan benda lain. Pendapat kita mungkin berbeza. Terpulang :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, October 9, 2012

Nutriferon untuk wanita mengandung

Assalamualaykum

Mari tengok testimoni tentang nutriferon. Saya kongsikan di fb page saya. Jemput like :)

Mungkin ada yang tanya Nutriferon tu apa? Jawapannya di sini. Yang ini cerita testimoni saya dengan nutriferon. Allah yang menyembuh kan. Tapi kita perlu ikhtiar :)


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, September 21, 2012

Demam anak dan Nutriferon

Assalamualaikum

Bulan lepas saya sekeluarga pergi bercuti di Tokyo, Jepun. Pada hari terakhir kami di Jepun, badan anak kedua saya (2 tahun) mula suam-suam. Rasanya seperti nak demam. Beliau mula buat perangai, kurang aktif dan tidur. Nasib baik itu adalah hari terakhir di sana. Naik kapalterbang, panas meningkat. Awal pagi, setiba di Malaysia, kami memberikan beliau PCM. Panas badan beliau surut sedikit. Selang 4-6 jam kemudiannya, badan masih panas. Satu lagi dos PCM diberikan. kami pergi open house jiran, ternyata anak saya masih demam dan tidak enjoy pergi bermain. 6 jam kemudiannya, badan masih panas. Tetapi saya tidak mahu memberikan PCM lagi.

Saya teringat Nutriferon yang dibeli ketika promosi. Saya mencampurkan sedikit ke dalam susu anak saya dan bagi minum. Selebihnya saya simpan. Keesokannya, badan masih panas namun surut. Anak saya sudah aktif seperti biasa. Peliknya, naik ruam-ruam merah pada badan beliau. Mula-mula saya abaikan kerana tidak ada tanda kegatalan atau ketidakselesaan pada beliau. Dan anak saya begitu aktif. Namun ruam bertambah. Kami agak cuak. Puas fikir balik apa yang salah makan atau apa tambahan yang diberikan pada beliau. Nyaris nak bawa ke klinik, saya teringat ada bagi nutriferon malam sebelumnya. Kami tangguhkan dahulu untuk ke klinik dan observe. If simptom persist (macam kat botol ubat pulak kan:)), barulah bawa ke klinik. Alhamdulillah, ruam hilang dan anak saya terus aktif seperti tiada apa-apa berlaku. Even selesema pon hilang sertamerta. Ternyata ruam itu adalah healing crisis. Sejak itu, dengan izin Allah, tiada demam hingga ke hari ini.

Sejak itu juga, Nutriferon memang dibawa kemana-mana. Harganya agak mahal, bersesuaian dengan kualitinya. Akan tetapi, bukan perlu dimakan hari-hari. Cukup sekadar dimakan bila perlu atau sepeket seminggu untuk kesihatan berpanjangan. Jika anda berminat dan perlukan pandangan/nasihat, boleh hubungi kami.


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com