Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Recycle. Show all posts
Showing posts with label Recycle. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Boat Recycled Material

Assalamualaikum

Saya tak sempat lagi nak cerita pasal boat Ahmad. Bukan apa, boat ni dia buat sejurus selepas raya haritu. Ahmad pon dah mewarisi sifat nak buat project macam Sarah. Lagi2 bila tengok Sarah dapat hasilkan kereta secara solo kan. Refer sini. Jadi struggle la dia buat sorang2.

Project Ahmad kali ni ialah buat boat. Yang canggihnya, ini lah rupa boat Ahmad!

Boat di mulakan dari boat kertas tu. Then dia warnakan dan selotape pada botol mister potato. Reason? cubaan supaya floating dalam air nanti. Plastik roti gardenia ialah imagination supaya seolah2 buih2 air2 yang berada di belakang boat ketika boat menderuu laju. And the best part is? palette watercolor, kegunaan nya ialah untuk keseimbangan boat! ekeke

Another side of the boat.
Sudu tu kalau cam, ialah sudu dari telinga rabbit kotak yang dibuat oleh sarah hari tu :D
Saya dah lupa kegunaan dia. Sorry lambat sangat upload. Huhu

Jadi sekian sahaja projek ahmad. Memang saya bagi dia rendam boat dia dalam air. Saja bagi experiment. Tapi tak sampai hati nak ambil gambar "selepas". Sebab dia main sampai hancur. Haha. 

Ahmad memang detail dan suka benda2 try and error ni. Dia memang ada kesabaran dalam buat benda2 rumit, detail, mechanical blabla which i ABSOLUTELY DONT HAVE so let him be :). Trait tu sesuai kalau nanti dia nak jadi electronic engineer ka, computer systems yang buat coding baru ka, the next Steve Jobs ka. Who knows :D

p/s: Kalau jadi Steve Jobs mama nak free semua product ye Mad. Takyah la guna buah apple. Guna buah Durian pon ok. Barula truly asian.


Tuesday, July 7, 2015

Kereta Recycled Material

Assalamualaikum

Sudah 19 ramadhan. Kejap je rasa dah masuk 10 malam terakhir. Bila dah tua2 besar2 ni baru rasa appreciate bulan ramadhan. Time muda remaja pon appreciate juga. Tapi lain sikit. haha. Time kecil2, memang dreadful lah. Ekeke.

Cerita pasal time kecil2, saya pon tak ingat umur berapa saya mula berpuasa penuh. Yang saya ingat, ada satu incident tu mak saya tengah suap adik. Time tu, OMG terliurnya tengok nasi tuh!. Walhal nasi lauk apa je pon -____-. Dan dalam hati siap pasang niat buka kang nak makan nasi ni jugak! :D

Alhamdulillah so far tahun ni Ahmad puasa penuh. Saya tak berapa setuju dengan poster2 yang di viral kan di face book tentang jangan memaksa anak2 puasa, sedangkan solat lebih utama. 
Bukan apple to apple kalau banding puasa dan solat. Puasa hanya sebulan sekali. Sedangkan solat tiap2 hari. 5kali sehari pulak tu :D. Jadi, didikan nya lain. Saya rasa mak2 kena pandai2 lah tau tahap dan kekuatan anak untuk puasa. Kalau agak2 anak boleh tahan, teruskan aje lah. 

Bukan nak cerita tu sebenarnya. Saya nak cerita pasal projek personal Sarah sepanjang weekend lepas. Weekend lepas, Sarah sorang2 buat sebuah kereta dari bahan2 terbuang. Masya allah punya lah detail sampai kagum saya dibuatnya. 2 hari dia asyik berkurung dan repair kereta tuh. Rupanya inilah hasilnya!

Taraaa. Di buat daripada kotak recycle. 

Ini steering. Steering merah tu dia cabut dari buku (ada satu buku saya beli ada stereng. Tapi battery dah habis dan dah tak boleh bunyi). Steering ini dia ambil masa lama untuk bagi boleh berdiri macam tu. Sebelum ni tiada 'tiang' bawah tu. Jenuh dia lekat guna macam2 pelekat. Tengok cara dia sambungkan dari body kereta kepada steering. Siap lubangkan bekas kfc tuh :)

Steering upclose. Di support oleh bekas spray air. Ahaha. 

Ini pula ialah break dan headlight. Guna puncher mama untuk buat break! sabar je la. Lampu tu torch light mainan diaorang. Boleh berlampu lah

Jarak yang sesuai dengan kepanjangan kaki dia :D

Selipar tu pula untuk pedal minyak. Wahaha. Selipar GLPD tuari. Ada banyak.

Di belah kanan ada panel. Panel merangkumi window panel, lampu, radio etc.
ps: saya tak tahu plastuk apa dia ambil guna buat panel tu. Huhu

And here is the best part; its the seat! dia ambil bantal buat lapik punggung seat kereta :D

And here goes, bawa Yasir for the first ride. Yang lagi 2 orang, tengah mengecek nak naik kereta kakak :)

Nah! siapa kata kanak2 puasa = lembik? 



Wednesday, September 3, 2014

Toot Toot Train

Assalamualaikum

Long weekend kan time merdeka haritu. Tak ada rezeki nak plan holiday mana2. Lagipun kenduri dan jemputan aqiqah penuh pagi petang. Alhamdulillah dapat hadir semua. Jadi kami lepak2 saja ada masa lapang. Satu petang tu pegi alamanda beli barang. Kotak besar.

Sedang husband pasang alatan tu tiba2 hasan masuk dalam kotak dan main boat2. Dia memang boleh mem'boat'kan apa sahaja -_-!. Tiba2 dapat idea untuk recycle kotak dan buat train!

Ni lah rupa kotak tu. Ada 2 bahagian. Satu penutup, dan satu bahagian bawah

Kebetulan dari jemputan2 makan yang buat sebelum ni ada pinggan polisterine lebih. Jadi, boleh la buat tayar. Tayar kena ada 4 untuk 1 kotak. Sebab macam tak logic kalau ada 2 je kan *pikirku dalam hati*. Budak2 ni pon beria la cat guna watercolor. Yang kelakar, semua ambil warna biru. Hitam taknak sebab tak lawa. Apekess? :))

Tiga2 khusyu cat pinggan masing2

Then saya tolong tampal pada kotak. 2 'tayar' setiap side. Lepas tu lukiskan 'tingkap' berupa kotak2 empatsegi je di sisi2 kotak guna marker pen. Saja lah bagi cantik. 

Sampai terbaring2 untuk warnakan tingkap. Tingkap ni tak guna watercolor. Guna crayon baru! hehe

Semua warna tayar dan tingkap, saya biarkan ikut kreativiti budak2. Dan hasilnya..tadaa!

Ini gambar di kedua2 side. Buat 1 kotak je sebab mama dah penat nak tunggu dah malam:)

Dapatlah main train kejap sebelum disuruh mandi etc

Apa jadi pada lagi satu kotak? 
Esoknya pagi2 saya tengok budak2 dah ke bilik buku. Lepastu tiba2 hasan datang dekat saya sambil pegang pinggan "ma cantik tak hatan kale?" Baru saya perasan rupanya masing2 warnakan 'tayar' masing2 sekali lagi untuk kotak kedua :D. Kalini diaorang guna crayon (padanla tak ada siapa minta mama letakkan watercolor).

Masing2 kendurikan crayon baru :D

Tayar hasan je la warna oren. Oren is his favourite color. Sabar je lah

Ni sarah tengah nak tampal tayar. Ahmad muat baring dalam 1 gerabak

Of course hasan taknak kalah nak baring jugak -_-


Amacam, kellas tak steering wheel? Hehe *buku tu beli lama sangat dah di bookexcess*. Cawan ala2 serombong


Tadaa ini hasil train 2 gerabak. Siap diaorang color lantai train habis melekat2 warna di tapak kaki T_T

Hasan test drive. Dia paling suka train. Jadi dia paling layak jadi driver la :D *ahem kotak shakleeku terlibat dan sangat berguna nampaknya!*

Toot toot "cinders and ashes!"

See you real soon!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)