Kelas art kalini adalah simple. Iaitu buat kapal layar. Bukan apa, malam tu agak letih, jadi buat yang simple2 je :)
1) Buatkan origami kapal layar yang biasa tu sorang satu.
2) Warnakan dengan crayon. Pastikan crayon ya sebab kalau tak nanti bila nak layar, tenggelam
Beria ahmad warna kan kapal layar dia. Tiap kali habis warna 1 bahagian, dia akan bersorak2 hahaha :)
Ni adalah kapal layar yang dah siap di warna kan dengan crayon. Kapal ahmad tak habis warna bahagian dalam sebab dia dah penat -___-. Ternyata, mewarna kan kapal juga occupy the kids untuk 1 malam
Malam kedua, aktiviti melayarkan kapal dalam bath tub
Kiri: kapal sarah. Kanan: kapal ahmad
Cuba teka kapal siapa yang bertahan lagi lama?
Kapal ahmad!. Sebab apa? sebab crayon ahmad lagi tebal dan penuh pada base kapal. Manakala walaupun sarah mewarnakan kapal nya lengkap yakni sampai dalam2 semua warna, tapi tak pekat. Paham tak? Hehe
Sarah komen "ala..kenapa mama tak cakap kena kaler pekat2" ekeke. Jadi budak2 belajar bahawa crayon ada lilin. Lilin tu yang 'balut' kapal supaya tak tenggelam sebab kalau kertas biasa, mesti sekejap ja. Patutnya kita buat lagi satu kapal kertas biasa sebagai control kan. Nantila next time :)
Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)





No comments:
Post a Comment