Kali ni pula kami buat jellyfish (dah kenapa asyik fish -___-). Guna pinggan kertas lagi. Begitu penting nampaknya ya pinggan kertas ni dalam hidup kami :"). Saya dah gunting siap2 bahan2 sebelum anak2 mula buat. Bukan apa, senang sikit kerja dan aktiviti boleh terus bermula. Jadi masa pon focus untuk pembuatan bukan penyediaan bahan.
Ada setengah yang saya sengaja buat zigzag dan ada yang lurus. Saja nak variasi. Boleh juga diganti dengan ribbon etc (kalau ada)
Anak2 hanya perlu tampal 'tentacles' pada pinggan kertas yakni badan jelly fish. Tengok kreativiti dan idea anak pada pemilihan corak, bentuk dan lokasi penampalan
Ni hasilnya. Kiri: Ahmad. Nampak tak ahmad tampal tentacles dengan sekata di permukaan pinggan? dan pilihan tentacles juga tak kisah samada ada zigzag atau tidak. Jadi jellyfish ahmad nampak besar sikit
Kanan: Sarah. Sarah design jellyfish dia agar tentacles berpusat pada center. Dan actually dia memilih dalam design dan corak tentacles. Sarah pilih zigzag semua
Yang lagi menarik, sarah siap warnakan bahagian belakang jellyfish beliau. Depan pon sarah warnakan dengan warna yang sama
Yang sebenarnya, saya tak terfikirpon boleh terhasil 2 jellyfish dengan 'jenis' yang berbeza. Tapi kreativiti anak2 melangkau kreativiti saya -__-!. Ini lah keseronokan buat art. Hasil yang mengujakan.
Jellyfish ahmad
Jellyfish sarah
Tergantung di dinding atas kepala katil masing2 :) Mudah kan!
p/s: mana hasan punya? hasan tak nak buat. Hasan nak main lori :D
Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)






No comments:
Post a Comment