Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Kids Daily. Show all posts
Showing posts with label Kids Daily. Show all posts

Sunday, August 9, 2015

Sheriff Callie

Assalamualaikum

Tau tak apa itu Sheriff Callie? Ah rupanya sejenis cartoon di tv. TV apa? jangan tanya. Saya pon tak berapa pasti. Malah, nak dapat ejaan "Sheriff Callie" pon saya google. Bukan apa, beria ahmad imitate. Dia kata Sheriff Callie ni bagus. Suka tolong orang. 

"mama sheriff callie tu dia ada tali atas topi dia. macam ni" 
tah tali apa dia rembat tah warna oren tu

"lepas tu dia cakap yeehaa"

Saya ingatkan cowboy. Rupanya....

cowgirl ke?! Huk aloh. Ahahaha :D

Thursday, July 23, 2015

Imagination

Assalamualaikum

Logic will get you from A to B. 

Imagination will take you everywhere

-Albert Einstein


"mama tengok ni..teropong"
Hasan ketika tak ada mainan. Hanya ada ruang kosong berkarpet. Cawan pon boleh jadi teropong :D

Kids and their imagination is very impressive :)

Luv, mama

Friday, June 12, 2015

Sekitar Majlis Persembahan

Assalamualaikum

Dua tiga hari kebelakangan ni, budak2 ni buat project. Mereka beria2 tutup pintu tak bagi masuk. Ok tak apa. Tup2 hari rabu, saya balik kerja, dapat kad ni.

Comel tak envelope buat sendiri?
Rupanya ada 2 envelope. 1 untuk mama. 1 untuk papa

Bila buka, ni suratnya. Surat jemputan rupanya beserta kad 'isetan'. Kad ni dikira sebagai 'tiket' untuk masuk. 
Tulisan kad berbunyi "mama malam ni datang bilik buku anak anak mama ajak datang la ye. Nanti bagi kat (kad) dekat kita orang tau. Daripada sarah hasan ahmad"

Lepas settle semua, kami pon datang lah ke bilik buku. Selagi tak datang selagi tu lah diaorang dok jenguk dan follow up bila nak datang :D Memenuhi jemputan katanya. Tup2 Sarah berdiri depan bilik dengan whiteboard. Dekat whiteboard ada tulisan makanan dan minuman. Sarah tanya suka minum dan makan apa; seraya mencatit dalam buku nota :D.

Makanan: roti coklat / pisang
Minuman: air kosong / air susu

Lepas tu dia minta kad 'isetan' tadi (ada 2 kad untuk tiap sampul) dan seolah 'swipe'. Lepas swipe baru boleh masuk bilik. 

Masuk2 je bilik, di sambut dengan Ahmad yang berkompang sejurus semasa kami buka pintu guna tin biskut hahaha.

Ahmad tengah kompang tepi pintu

Tadaaaa! Sebesar2 kek! Rupanya ini lah projek diaorang selama 3 hari cuti sekolah nih!

Mula2 diaorang cat putih. Lepas tu baru warna bahagian bawah. Diaorang susun kotak semua saiz. Saya pon tak pernah terfikir nak buat macam ni ahaha. 

Yang best, kat atas sekali ada benda ni. Sarah kata ni muka senyum. Macam ni ":)"

Lepas dah belek kek, ni persembahan pertama sebagai intro.

Siap pusing kek sambil berkompang. Kejap je ni ambil gambar pon gegar

Lepas persembahan pertama, sebenarnya ada makan i.e. berdasarkan menu depan pintu sebelum masuk tadi tu la. Tapi saya kata takperlu sebab baru dinner. Jadi sebenarnya, intention diaorang ialah while makan2, diaorang nak buat persembahan kedua iaitu kemuncak!

Kemuncak adalah persembahan kedua dengan lagu dan gaya yang di modify dari lagu2 yang di pelajari. Ahaha. Persembahan ni diaorang praktis berkali2 sebab memerlukan penghafalan lagu (yang di modify) dan gaya sekali! *Hasan last minute backoff..biasala Hasan tu :))*

Ni tengah beria2 buat persembahan

Alhamdulillah lepas kemuncak, selesai sudah majlis pada malam ni :))). Kami pulang dengan hati girang dan terhibur. Luv you guys xoxo.

Mesti kena bergambar sebelah kek!

Gambar ni diletakkan di depan kami as deco. Lepas tu saya perasan, HAH! GAMBAR POTRAIT KENA CONTENG BENTUK LOVE?!

Sekian semoga terhibur!

Note: all ideas and arrangement are by Sarah. But she cannot do it alone. She needs Ahmad as tag team. The success wont be as huge if they are to do it each on their own. Aha, see kiddos, teamwork makes you strong and better. Apa yang penting...KERJASAMAA..!

Tuesday, February 17, 2015

New Invention

Assalamualaikum

Tau tak ni apa? ops, jangan scroll ke bawah lagi. Siapa boleh teka dia pandai. Taksal.

teet..
..
..
ia adalah
.
.
.
.

SELIPAR JEPUN!
kihkih
.
.
.
.

Original idea by Hasan <3

Mucha loves. Expand your kids horizon. Celebrate every invention.  Support new ideas. Cherish everything!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Sunday, January 25, 2015

Nama Pada Botol Air

Assalamualaikum

So blog ni antara yang terlambat untuk cerita pasal hari pertama persekolahan. Banyak sangat nak cerita, masa yang tak begitu mengizinkan *cliche sangat ayat* :D

Ahmad masuk tadika tahun ni. Menangis first day je. Alhamdulillah second day takat gosok2 mata ala2 nak nangis tapi lepas tu ok je sampai sudah. Hehe

Sarah, steady je dah darjah 2 :)

Malam sebelum sekolah, of course lah malam yang kelamkabut (if not the next morning kan LOL). Malam tu heboh nak cari marker pen nak tulis nama di semua barang2. Masalah tiba2 sebab nak tulis nama pada botol air. 

Macamana nak tulis nama pada botol air? So this is what happens:

Idea mama: Tulis atas kertas, tape kan guna selotape lutsinar pada botol air, cover semua area kertas nama supaya tak rosak bila kena air

Idea bibik: Tulis atas masking tape warna putih dan tampal pada botol air (masalahnya masking tape tu tak ada kat rumah pada masa tu)

Idea sarah: See below!

Tulis guna marker pada botol, dan tape kan guna selotape coklat ni. Jadi marker tu tak tanggal lah. Kreatif kan?!

Ahaha saya rasa out of the box habis lah idea nih; sebab:
1- dia guna bahan yang ada depan mata
2- it is working and practical 
3- simplicity at its best!

I marvel at the idea; hence sharing it here :D. You can use it too!
Selamat memulakan persekolahan semua! kihkih


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, September 23, 2014

Kura-kura!

Assalamualaikum

Ingat tak entry saya pasal aquarium ikan dan kura2 sarah? Selang beberapa hari lepas tu saya balik kerja, aquarium ini pula di hasilkan. 

-____________-!

JADI, oleh kerana di pressure demikian rupa maka minggu lepas saya betul2 beli kura2 untuk budak2 ni. Hu hu

Amek. 2 ekor sekaligus. 1 jantan 1 betina. Senang cerita satu ahmad satu sarah. Hasan takpayah la lagi. Siap batu2 dan pokok lagi tuu :D

Jadi kerja diaorang ialah mengadap kura2 pagi petang siang dan malam :)). Angkut naik turun bawah. Tukar air hari2. Amboi kita tengok sampai bila tahap rajin tu ye :)

Akhirnya budak2 dapat aquarium yang sebenar. Yey!  Apa2 pon, saya gembira tengok budak2 gembira. 


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, September 2, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamualaikum

Selamat hari merdeka untuk semua rakyat Malaysia! Adakah pemikiran kita benar2 merdeka? adakah nafsu kita merdeka dari belenggu nafsu jahat? adakah hati dan perasaan kita merdeka? hehe banyak sangat kan jika nak di kupas erti merdeka.

Bagi saya, selain di atas, membawa maksud merdeka kewaangan i.e. financial freedom. Saya masih belum boleh declare saya merdeka dari segi itu. Dan masih berusaha hingga memperoleh financial freedom.

Kenapa? Sebab kebanyakan pahit hidup yang ditelan adalah berpokok pangkal dari financial yang tidak stabil dan masih bergantung pada macam2 perkara. Tapi bukanlah financial freedom bermaksud segala2nya. Banyak lagi faktor yang menyumbang. Cuma untuk masa ini, umur ini, antara focus besar saya ialah financial freedom :).

Untuk instill semangat kemerdekaan pada anak2 (cewah ye sangat la tu), kita ajar pasal bendera. Tapi di jalan2 raya pon banyak bendera Malaysia dan Hasan pon dah kenal bendera Malaysia. Bila nampak je dia akan kata "mama bendeya tita" :D

 Locate mana Malaysia dan cari bendera dari buku atlas.

Ahmad minat geography dan solar. Jadi mudah juga nak suruh cari bendera2 dan dia sentiasa boleh locate dan ingat negara2 mana yang dah pernah pergi :). Tapi lepas dah buka page buku ni dah hasan pula berminat sangat dengan orang utan tu -__-.

Mula2 ada niat nak buat KLCC guna barang2 recycle. Tapi tak jumpa pula tisu roll. So kita resort pada apa yang ada je ye. Apa lagi, painting watercolor la kan. Paling senang hahaha.

Merdeka kena sambut dengan 'kemerdekaan' Gaza kan? Jadi kena ada bendera Palestine :).

Sarah dah hafal bendera palestine. Dia yang lukis dan warna kan bendera tu. Saya lukiskan bendera Malaysia untuk ahmad. Tapi, herm, warna tak habis lepas tu sibuk2 nak cat kerusi -____-. 
*ni saya tengah update blog ahmad nampak gambar:
"mama padam gambar bendera ahmad. Jangan letak yang tak habis warna" 
"dahtu ahmad yang tak habis warna kenapa?" 
"eh tak cat kerusi pon. Ahmad nak cat kerusi dulu lepas tu cat bendera" 
derrr*
Hasan, tak tahu lah, mixture 2 bendera tersebut agaknya :D.

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Sekian!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)